Menulis sebenarnya memberi satu kepuasan dalam diri naun disebabkan kekangan masa dan kerja serta rutin harian, semua itu terpaksa dilupakan buat seketika.
Hampir dua tahun masa berlalu, banyak perkara yang telah di "update". Perkara pertama yang telah di "upgrade" dalam kehidupan ialah tentang ahli baru dalam keluarga.Akhirnya, Allah kurniakan juga seorang anak lelaki buat kami. Itulah rezeki kami. Bersempena dengan rezeki yang Allah berikan, maka dinamakan dia Ahmad Fathul Rizqee (Ahmad mengambil sempena Nabi Muhammad yang juga dipanggil Ahmad.......Fathul bererti pembuka......Rizqee bererti rezeki saya).
Adapun hadis shahih Bukhari-Muslim berikut,
سَمُّوْا باسمي ولاتَكَنَّوْا بكنيتي، فإني أنا أبو القاسم
“Silakan memberi nama dengan namaku, namun jangan ber-kun-yah dengan kun-yah-ku. Kun-yah-ku adalah Abul Qasim”
Selain dia merupakan rezeki kami, sepanjang mengandungkannya memang murah rezeki. Apa sahaja yang terlintas di fikiran saya, pasti saya akan mendapatnya. Sepanjang tempoh mengandungkannya juga ramai kawan-kawan yang sangat prihatin dan sangat menyantuni saya dengan melayani segala kehendak selera saya dan yang paling sayatak dapat lupakan apabila salah seorangnya sanggup bersengkang mata sehingga 1 pagi untuk membuatkan agar-agar sumi. Terasa sangat terharu dan disayangi saat itu dan saya amat menghargai usaha beliau. Terima kasih Ustazah Salina Sani.
Ahmad Rizqee - 1 tahun |
Seterusnya, berfoya-foya dengan minat yang telah lama ditinggalkan sejak zaman sekolah. Selepas berumahtangga, minat dan "madness" tentang berbasikal telah dilupakan. Tetapi sekarang saya berkongsi minat tersebut dengan anak-anak daripada yang besar sampailah yang kecik. Hobi yang boleh dikira serampang dua mata, sambil berhibur, bersama dengan anak-anak dan ianya juga salah satu cara untuk beriadah/bersenam. Dapat bersama dengan famili dan keluar peluh juga.
Harapan seterusnya agar kehidupan lebih gemilang dan cita-cita untuk pergi ke tempat yang diimpikan mendapat redha Allah and Allah will grant my wish on one fine day. Insha Allah.