Selepas daripada ini, mungkin aku akan terus berblog dengan cerita-cerita yang terkini(rasanyalah!!). Cerita tentang yang berkaitan isi dan kulit.Banyak yang boleh dikaitkan dengan isi dan kulit ni. Ada yang tersirat dan ada juga yang tersurat. Kebanyakan orang lebih mudah faham yang tersurat sebab tak perlu nak berfikir dalam-dalam sampai senak kepala. Tapi, berfikir secara mendalam ni bagus untuk kesihatan sebenarnya. Apabila otak diransang dengan perkara-perkara yang baik, maka kita menjauhi penyakit contohnya penyakit malas.
Orang yang tak nak berfikir bukan ke termasuk kategori orang yang malas? Semua yang dibuat janji siap, apa yang dapat mudah berpuas hati, apa orang kata semua tak kisah. Hishhhh.....hidup ni kena buat sesuatu yang memberi manfaat pada diri sendiri dan adalah lebih baik jika memberi manfaat dan kebaikan kepada orang lain. Maka jika dibuat dengan ikhlas dapatlah pahala dan dikira sebagai ibadah. Bukan susah nak mencari pahala ni. tetapi, harus diingat, jangan kerana terlalu ghairah mencari pahala sehingga lupa dengan dosa-dosa yang dibuat tanpa disedari.
Hmmmm.......Bila dah menaip dan terus menaip ni aku mula la pulak rasa macam ketagih bila tak menulis atau menaip dalam sehari.Hishhhhh...macam mana ni??? fikir-fikirkan lah nanti....Cukup setakat ini dahulu.....
No comments:
Post a Comment