IsI dan KuLiT

Apapun di dalam dunia ini, dan kehidupan kita, ianya ibarat isi dan kulit di mana saling memerlukan. Jadilah seperti kulit yang melindungi sang isi yang baik, manis, cantik dan sang isi yang menggembirakan semua orang......

Monday, September 27, 2010

Cerita bulan Raya

Pejam celik pejam celik dah 18 hari berhari raya. Tahun ni biasa-biasa ajer rayanya. memasing sibuk dengan komitmen kerja masing-masing dan kepenatan bekerja tak dapat direhatkan semasa nak raya. Tahun ni aku pulak jadi tuan rumah utk menguruskan jemputan drp kawan2 lama. Tapi, alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik walaupun aku bertungkus-lumus seorang diri. Pada asalnya suami yang buat semuanya dan tugas aku hanya mengemas tapi kehendak Allah siapa yg dpt menduga. Itu takdirnya.

Ade sebahagian drp teman2 yg sakan dengan raya thn ni mcm thn depan dh tak beraya lg dah.Tak apalah sebab dah itu kemampuan dia. Belasah je lah kan.Tetapi kalau kita perhatikan,di bawah nih.


Benda2 ni sampai bila boleh bertahan? Benda2 ni akan luput, akan lusuh, akan usang tetapi masih ramai yang mendambakannya, kan? Kerana apa? Sebab masih mahukan pujian, pengiktirafan dan sanjungan daripada manusia lain seperti kawan2, keluarga dan sesiapa sahaja yg berada dekat di sekeliling kita, kan? Sebab manusia megah dan bangga bila dapat melebihi tahap org lain dan seronok bila dipuji. Kenapa kita tak mahu nak melihat orang yang di bawah kita? Yang lebih susah dan dhaif daripada kita? Yang tak dapat makan, yang takde tempat berteduh sebaik dan sesempurna kita? macam yang di bawah ni...........

Kemewahan dan kesenangan kadang-kadang bukan menambahbaik amalan ibadah kita tetapi semakin menjauhkan diri, hati dan jiwa kita daripada Allah SWT. Allah telah berfirman dalam surah At-Taubah: ayat 55 dan surah An-Naazi'at: ayat 37, 38, 39.

Sementara masih ada waktu, marilah bersama-sama kita beramal dan saling ingat-mengingati. Syawal akan berakhir dan bulan haji menggantikannya. Ambillah peluang utk beramal dan renung-renungkan apakah maksud disebalik "PENGORBANAN" bersempena eiduladha nanti.

Wallahua'lam.


Friday, September 24, 2010

Cerita bulan Puasa - Kisah Si BAK SO

Salam kepada semua pembaca blog....Rasanya masih tidak terlambat untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA,kan? Punyalah sibuk menguruskan itu ini samapai dah tak sempat nak update blog. Ni pun sebab dah tak tahan sangat nak berkongsi cerita tentang bulan puasa tempoh hari. Sebenarnya cerita ni nak kata lawak pun entah la, nak marah pon ada. Meh I story....heheheh...
Ceritanya camni. Aku ni punyalah taksub giler dengan bakso. Semenjak pertama kali pekena bakso kat Velodrom cheras terus jatuh hati dan mcm ketagih la pulak. Bila mkn jer bakso aku rasa lega jer kepala otak aku nih. Cner boleh mkn bakso kat Velodrom? Satu soalan yang bagus. Sebabnya aku nih kan studentkat IPGM Teknik Cheras, so senior la yg ajar aku mkn kat situ. Klo tak jgn harap aku nih nak merayau tanpa haluan. Situ mmg hampir ke semuanya masakan dan makanan dia sedap2. Perghhh.....marvellous you......

Ok, masa bulan buasa dlm minggu kedua gitu, aku pon spent time dengan hubby pi mkn kat luar sbb kitorg ni punyelah payah nak dpt quality time together. Al-maklum memasing busy dengan keje memasing. So, masa tu on the way drp perak ke Klang, so we dropped by at Klang Parade yang dah berapa kurun aku tak singgah sampaikan a lot of development happened pon aku tk perasan. Masa buka puasa tu we all naik kat food court di bahagian atas sekali mall tuh. Dah amik nasi n lauk sekadarnya aku pon tiba2 terpandang stall "BAKSO". Wahhhh..apalagi dengan penuh excited aku pegi meng'order' bakso kegemaran aku. Masa tgk makcik indon tu bubuh seme awas tu rasa tk sabar2 aku nak melantak bakso tuh, tapi sbb bulan puasa aku terpaksa menahan diri bersabar.

Then, bakso siap! Aku mkn nasi dulu sambil jeling2 kat bakso yg berasap tuh. Bebola daging dia....Ya Allah!!! Macam bola rounders daa...besor....tapi itu bukan faktor halangan utk aku memakan bakso tersebut.

Nasi pon habis dimakan. Aku ngadap bakso yg masih berasap. Masa dok kacau punyer kacau bak so tu aku dok tgk mee nyer berkilat dan jernih. hati aku mula la tak sedap nih.Dupp dapp dupp dapp. Ni yg rasa mcm nak hampeh jerk!!! Aku cool lagi. kacau lagi bakso tu sebab nak bg cepat sejuk. Bila suapan pertama masuk ke mulut..aku rasa semacam. aku pun tanya suami aku. "Abang, ni mee hun ke su un nih?". Dalam hati dh mcm nak menyumpah jerk makcik indon td. Dia reti ke tidak mana meehun dengan su un nih?!!!!! Suami aku pon tanya lah kenapa. Pastu dia senyum sbb tengok bakso tu dh pekat semacam jer. Then, dia kata tu su un tu bukan mee hun.

Astaghfirullahal 'azim.....kalau dulu kawan aku salah beli kuchai dgn daun bawang...yg aku nih terkena dengan makcik indon gara2 kemaruk mkn bakso. Alahaiiiii makcik indon....meh sini aku nk kenaikan mana meehun mana su un. Bg mereka2 yg masih lagi kompius mana meehun mana su un, inilah dianya yer. Kalau kurang jelas....pi TESCO ke pi GIANT ke atau mana2 market pi tgk dengan mata kepala sendiri mana satu mee hun mana satu suun yer......akhirnya bakso tu masuk jua ke perut walaupun su un. Su un pon su un la...dah bayar............Nasib, nasib!!!


P/S: Perhatian.......Meehun tu putih juga tp tk la berkilat mcm su un. Serupa tapi tak sama.......kerasnya sama....tp meehun kalau di rendam takde la kembang membang mcm su un yg melekit tuh sampai kuah poin boleh jadi pekat....Aduhaiiiii.......