Ade sebahagian drp teman2 yg sakan dengan raya thn ni mcm thn depan dh tak beraya lg dah.Tak apalah sebab dah itu kemampuan dia. Belasah je lah kan.Tetapi kalau kita perhatikan,di bawah nih.






Benda2 ni sampai bila boleh bertahan? Benda2 ni akan luput, akan lusuh, akan usang tetapi masih ramai yang mendambakannya, kan? Kerana apa? Sebab masih mahukan pujian, pengiktirafan dan sanjungan daripada manusia lain seperti kawan2, keluarga dan sesiapa sahaja yg berada dekat di sekeliling kita, kan? Sebab manusia megah dan bangga bila dapat melebihi tahap org lain dan seronok bila dipuji. Kenapa kita tak mahu nak melihat orang yang di bawah kita? Yang lebih susah dan dhaif daripada kita? Yang tak dapat makan, yang takde tempat berteduh sebaik dan sesempurna kita? macam yang di bawah ni...........


Kemewahan dan kesenangan kadang-kadang bukan menambahbaik amalan ibadah kita tetapi semakin menjauhkan diri, hati dan jiwa kita daripada Allah SWT. Allah telah berfirman dalam surah At-Taubah: ayat 55 dan surah An-Naazi'at: ayat 37, 38, 39.
Sementara masih ada waktu, marilah bersama-sama kita beramal dan saling ingat-mengingati. Syawal akan berakhir dan bulan haji menggantikannya. Ambillah peluang utk beramal dan renung-renungkan apakah maksud disebalik "PENGORBANAN" bersempena eiduladha nanti.
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment