IsI dan KuLiT

Apapun di dalam dunia ini, dan kehidupan kita, ianya ibarat isi dan kulit di mana saling memerlukan. Jadilah seperti kulit yang melindungi sang isi yang baik, manis, cantik dan sang isi yang menggembirakan semua orang......

Wednesday, October 17, 2012

Kisah Zina dan Bau Kasturi


Ada seorang pemuda yang menjual kain dari rumah ke rumah. Ia mempunyai susuk tubuh yang tegap dan rupa yang tampan.

Suatu hari ia lewat di jalan-jalan dan seorang wanita telah memanggilnya dan memintanya untuk masuk ke dalam rumah, apabila pemuda itu masuk ke dalam rumah maka wanita itu terus mengunci pintu. Terkejut dengan perbuatan wanita tersebut, pemuda itu mengingatkanya dengan Allah dan azab yang pedih..

Tapi sia-sia.. Amarah wanita itu semakin bertambah. Wanita itu menyatakan betapa ia ingin melepaskan perasaan rindu dendamnya yang terpendam sejak sekian lama terhadap lelaki tersebut.

Wanita itu berkata pada pemuda penjual kain: “Jika anda tidak melakukan apa yang aku perintahkan pada kamu nescaya aku akan menjerit minta tolong. Aku akan beritahu kepada semua orang bahawa kamu menceroboh masuk dan memaksa ku melakukan perkara sumbang. Sudah tentu orang akan mempercayai kata-kataku ini.”

Melihat sikap wanita itu yang nekad. Pemuda itu menyuruhnya pergi bersiap-siap dan ia minta izin untuk masuk ke bilik air dengan alasan kononya ia juga ingin mempersiapkan diri. Apabila masuk ke bilik air, tubuh pemuda itu dengan sendiri rasa gementar daripada rasa takut dan jatuh dalam lumpur dosa dan tiba-tiba timbul dalam fikirannya satu jalan keluar.

Pemuda itu pun buang air besar dan ia lumurkan seluruh badan dengan najisnya sendiri. Sambil menangis ia berkata: “Daripada aku terjerumus dalam najis dosa dan kemurkaan Allah maka lebih baik aku lumurkan diriku dengan najis dunia yang busuk ini.”

Apabila pemuda itu keluar dari bilik mandi, ia dapati wanita itu sudah menunggunya. Ia melihat sendiri betapa terperanjatnya wanita itu dan wanita itu merasa sangat merasa jijik dengan keadaannya. Lalu wanita itu menjerit marah dan menyuruh pemuda itu keluar dari rumahnya dengan segera.

Lepaslah si pemuda dari dugaan yang amat berat. Dalam perjalanan pulang ia terdengar azan berkumandang.Ia terus balik ke rumah membersihkan diri. Dan dengan perasaan malu dengan bauan yang tak enak pada tubuhnya ia terus melangkahkan kakinya ke masjid.

Setelah selesai solat, pemuda itu menjadi panik apabila semua mata para jemaah tertumpu ke arahnya. Dalam keadaan tersipu-sipu ia mohon maaf. Apabila ia ingin beredar, jemaah masjid mengerumuninya dan bertanya kepadanya dari mana ia mendapat bauan yang sangat wangi itu. Semua ahli jemaah dapat mencium bauan kasturi yang semerbak harumannya..
Dikatakan bahawa bauan itu kekal dalam diri pemuda itu sampai akhir ajalnya. Ia di kenali dengan panggilan Abu Bakar “Al Miski” bermaksud Pemuda Kasturi..

Ingatlah, apabila seseorang melakukan zina ia terjerumus dalam najis dosa yang amat jijik di sisi Allah. Tapi sebelum itu, apabila hatimu tergerak untuk melakukan zina, ia sudah terlebih dahulu terpalit noda walaupun kamu tidak melakukannya. Itulah zina hati namanya. ^_^

Tuesday, October 16, 2012

Di manakah kita?

 Seorang doktar bergegas ke hospital setelah menerima panggilan untuk pembedahan emergency. 

Beliau menukar baju dan terus ke bilik pembedahan. Beliau nampak bapa budak sedang bermundar-mandir di bilik tersebut menunggu kehadiran doktor.

Selepas nampak doktor, bapa itu menjerit : “Mengapa lambat sangat? Doktor tak tahu nyawa anak saya dalam bahaya?!! Doktor tak de rasa sebarang tanggungjawab?”

Doktor tersebut tersenyum dan menjelaskan: “Saya mohon maaf. Saya tiada di hospital dan saya telah datang secepat mungkin… sekarang saya perlu saudara bertenang supaya saya boleh melakukan kerja saya.”




“Bertenang!!! Mudah cakap. Bayangkan kalau anak doktor yang di dalam sana!!!! BOLEHKAN DOKTOR BERTENANG?!!! JIKA ANAK SAYA MATI, APA YANG DOKTOR NAK BUAT!!” jerit bapa budak itu lagi.

Doktor tersebut bersenyum dan berkata : “Saya akan berpegang pada ajaran Islam - dari tanah kita datang kepada tanah kita dikembalikan… Doktor tidak boleh memanjangkan umur, hanya Allah boleh. Pergi berdoa untuk anak saudara dan kami akan cuba lakukan yang terbaik. InshaAllah.”

Bapa itu masih tidak berpuas hati dan berbisik pada hati : “Mudah bercakap nasihat bila tak kena batang hidup sendiri.”

Pembedahan itu mengambil masa beberapa jam… doktor keluar dengan senyuman lebar dan ceria.

“Alhamudillah. Anak saudara selamat!”

Tapi tanpa mendengar jawapan bapa tersebut, doktor terus berkata, “Ada apa-apa tanya jururawat saya.”

Bapa budak tadi tersinggung, “Mengapalah doktor tadi sombong sangat? Tak boleh ke tunggu dua tiga minit untuk berbincang mengenai keadaan anak saya?” kata bapa itu ke jururawat…

Jururawat itu tiba-tiba menangis dan berkata, “Anak doktor Hisham meninggal semalam… accident… beliau tadi atas urusan perkebumian ketika kami menelefon beliau untuk membedah anak encik. Selepas habis bedah, doktor kena gegas untuk balik mengebumikan anaknya.”

jawapan jururawat tu bikin Bapa budak tu tiba2 tergamam.

Manusia biasa melihat atas, melihat bawah, melihat kiri dan kanan… ….

Tapi mereka sering terlupa untuk melihat diri sendiri.

Adakah kita salah seorang daripadanya ? |

(^_^)

Friday, October 12, 2012

Ku Genggam Erat

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Ingin ku abadikan kata-kata ini untuk suamiku yang akan sekali lagi bertugas di Haramain
bagi tahun 1433 Hijriah...

Selagi boleh ku tatap wajahnya..akan ku tatap sepuasnya,
Selagi mampu ku senyum untuknya..akan ku berikan yang semanis2nya,
Selagi daya ku peluk dirinya..akan ku peluk seerat2 mungkin,
Selagi dapat ku kucup, ku cium dirinya..akan ku berikan yg seikhlas hatiku,
Selagi ada peluang ku menggenggami erat jari tangannya..akan ku genggam erat agar ku perolehi restunya dan dapat ku rasai kasih sayangnya....drp ♥ utk ♥


~ Semoga Allah SWT merahmati perjuangan mu di Haramain....
 — with Ustaz Haji Azlan bin Suhaimi