IsI dan KuLiT

Apapun di dalam dunia ini, dan kehidupan kita, ianya ibarat isi dan kulit di mana saling memerlukan. Jadilah seperti kulit yang melindungi sang isi yang baik, manis, cantik dan sang isi yang menggembirakan semua orang......

Thursday, July 29, 2010

Boleh ker....???

Tiba-tiba je pagi tadi selepas solat subuh, aku terfikir kenapa kulit yang nipis pon dikira dianggap sebagai pelindung? Dah la nipis macam mana nak jadi protector? Tapi...mesti ade sebab kenapa Allah jadikan kulit nipis pon sebagai pelindung. Nak lindung isi. tapi camner ek? Mari kita sama-sama pk.

Then, aku pk punyer pk, aku buat perbandingan, kulit nipis tapi isi dia keras dan boleh buat ubat...tapi yang isi lembik mesti kulit dia keras atau liat. Contohnya isi durian dan telur penyu. Durian sedap tapi klo makan terlebih-lebih boleh mudarat, contohnya kencing manis, panas badan, perut kembung dan mcm2 lg le. Tapi cuba tgk benda yg kulitnya nipis mcm bawang putih atau bawang merah. Isinya kan ke keras, tp biasanya org buat ubat,kan? Bawang putih merupakan mknan yg tinggi anti-oksidan dan mampu mnjadi penawar kanser. Kanser apa mana aku tau. Bawang putih pulak, biasanya bidan gunakan sebagai minyak urut campur dengan minyak kelapa. Ada juga yang aku dengar dan aku baca bawang putih pon boleh digunakan bersama minyak kelapa td nk buat minyak urut. Mujarab sbb boleh buang angin. Bawang putih juga boleh mjadi ubat utk mengelak pendarahan berlebihan kerana getah bawang putih tuh. Aku pernah berdarah hidung, nak cari daun sireh payah la plak. Last2, aku gunakan bawang putih tuh sumbat jer hidung aku. Alhamdulilah, kering darah tuh...eh klo kering mati ler aku...darah tu beku. tapi bukan semua la. cuma darah yg mengalir kat idung jer. ade sambungannye lg nih...sabo yer.......

Wednesday, July 28, 2010

HATI SENIPIS KULIT BAWANG

Hati senipis kulit bawang.....
Salam semua

Kenapa kulit bawang?
adakah sebab saya suka makan bawang?

oh tidak..

adakah sebab saya suke bau bawang?

em..nop!

adakah sebab ketiak die bau bawang?
siapa dia??

siapa siapa jelah..
janji bukan saya..teehee

okey..saya mengadaptasikan kulit bawang,bukan awang atau pun sawang
sebagai hati kerana kulit bawang atau nama saintefiknya yang saya pun tidak ambli tahu,adalah sangat nipis.
Kalau anda tidak percaya,
sila ke dapur, kacau ayah anda yang sedang memasak,eh emak, mintak
sebiji bawang daripada beliau, dan cuba anda kopek.
Tak payah pakai pisau pun, guna jari pun boleh
untuk membuat kulit bawang tersebut koyak, rapuh, tercabut, terkopek dan banyak lagi ter.

Begitu juga dengan hati.
Hati saya juga begitu.
Hati anda pun agaknya begitu kan kan?


*anytime boleh jatuh*

Hati saya terlalu cepat terusik
tak kisah lah usik pakai apa pun.
Saya akan cepat menangis
dan moody jika tidak dapat menangis.

Ye.. hati wanita memang ibarat senipis kulit bawang,
senang terobek,

"Janganlah berjanji pada kaum hawa ini jika tidak mampu untuk ditunaikan.
Janganlah menabur kata kata manis jika mudah melupakan,
Janganlah terlalu kasar kerana wanita bukan barang mainan."

ceeewah!

Tapi memang betul pun kan.
Wanita mana yang mahu dikasari?
Tidak ada seorang pun wanita mahu di layan secara kasar dan tidak sopan
Wanita memerlukan belaian kasih sayang, dan juga perhatian yang penuh daripada
orang yang disayangi.
Termasuklah ibu,kakak,adik, isteri, kekasih dan sape sape yang mengaku dirinya wanita.

Saya agak tersentap lah bila baca paper,
seorang wanita kena simbah dengan cuka getah di sebabkan tak nak berasmara.
Ini bukan takat kasar dan tak bersopan, ini dah kes kurang ajar gila!
Wanita tuh dah mengandungkan anak kau, dah besarkan anak kau, jaga makan pakai minum kau,
tolong lagi tambah pendapatan, ini, kau balik main judi simbah dia dengan asidd!
Gila bodoh!

Tolonglah wahai kaum adam..
sayangilah dan hargailah kaum wanita..
percayalah,
jika anda memberi layanan yang baik,
pandai memujuk, bijak mengambil hati,
wanita juga akan menghargai anda di sisi dia.
Lindungilah kauM wanita.
Pesanan daripada kementerian hal ehwal pengguna.
eh bukan
Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat

KULIT KAYU MANIS........

Kulit kayu manis sebagai penawar alami (natural remedy) untuk daibetes type II

Para saintis telah mendapati kulit kayu manis mempunyai sifat ala-insulin, yang boleh mengurangkan paras glukosa darah dan juga triglyceride dan kolesterol, semuanya penting terutamanya kepada pesakit kencing manis diabetes type II.

kulit kayu manisDengan hanya setengah sudu teh serbuk kulit kayu manis setiap hari diambil dalam pemakanan harian , pesakit kencing manisboleh mengurangkan paras glukosa darah. Kesan yang sama juga boleh diperolehi dengan merendamkan batang kulit kayu manis ke dalam minuman teh atau kopi yang boleh membantu menghalang dan melawan kencing manis.

Para saintis mendapati bahawa kesan ala-insulin dari kulit kayu manis dan bahan aktifnya, poliphenol boleh melonjakkan paras tiga protin utama. Protin berkenaan sangat penting mengalukan proses isyarat-insulin normal, gerakbalas radangan yang sihatm dan pengangkutan glukosa berkesan ke seluruh anggota badan.

Keluran akhbar dari University of California at Santa Barbara pada April, 2004menyatakan kulit kayu manis boleh digunakan dalam perubatan untuk melawan diabetes. Kulit kayu manis boleh memainkan peranan pengganti insulin dalam diabetes type 2, dari kajian selular dan molekular di universiti berkenaan. Kulit kayu manis mempunyai komponen aktif-bio yang berpotensi menghalang dan mengubati kencing manis.

Kajian klinikal telah dijalankan di Pakistan di mana 60 orang sukarelawan kajian dengan diberi sebuk kulit kayu manis satu sudu teh setiap hari selama40 hari. Hasil kajian ini telah menunjukkan bahawa kulit kayu manis boleh mengurangkan paras glukosa darah dengan bekesan.

Dalam Medical News 09 Apr 2006 dua kajian yang dibentangkan dalam persidangan Experimental Biology 2006 menerangkan lagi kesan manfaat kulit kayu manis sebagai agen anti-radangan dan menyokong kajian awal mengenai kuasa agen anti-oksida dan agen yang boleh mengurangkan kolesterol, triglyceride, dan glukosa dan meningkatkan fungsi insulin.

Tuesday, July 27, 2010

KEGANASAN RUMAH TANGGA


apakah Keganasan Rumah Tangga?

Keganasan seumpama ini adalah pada asasnya suatu bentuk penyalahgunaan kuasa yang sering berlaku apabila seorang pasangan(lazimnya lelaki) cuba untuk mengawal atau mendominasi pasangannya.


beberapa Contoh Keganasan Rumahtangga

  • Memutuskan perhubungan wanita daripada kawan-kawan atau saudara-maranya.
  • Memalukan wanita tersebut di hadapan kawan-kawannya.
  • Menyekat beliau dari menggunakan telefon atau kereta.
  • Memaksa wanita tersebut sering terpaksa memberitahu ke mana beliau pergi dan dengan siapa beliau berada.
  • Penderaan fizikal atau psikologikal ( penghinaan dan tomahan)
  • Menjadikan wanita terpaksa bergantung dari segi kewangan.
  • Mengasingkan wanita tersebut dari sokongan yang beliau perlukan untuk meninggalkan pendera.

Walaupun seseorang wanita yang didera itu akan cuba untuk menghentikan penderaan terhadapnya, perubahan hanya boleh berlaku apabila pendera itu sendiri memilih untuk berhenti dari bersifat ganas.

kesan Keganasan Rumahtangga Terhadap Anak-Anak:

  • Kanak-kanak yang menyaksikan penderaan tersebut akan lebih mudah menjadi sugul atau berasa kurang berupaya/ berkuasa.
  • Mereka mungkin akan merasa bersalah atas penderaan itu atau malu akan kesannya.
  • Mereka mungkin akan merasa diketepikan atau takut menyuarakan keadaan emosi mereka.
  • Kanak-kanak ini mungkin akan mengalami kepayahan untuk mempercayai orang lain.
  • Mereka juga mungkin bertindak agressif terhadap ibu mereka sendiri.
  • Ramai kanak-kanak yang menyaksikan penderaan ini di rumah akan samaada menyisihkan diri mereka atau menjadi agresif. Mereka akan menjadi pasif atau membuli kanak-kanak lain.
  • Mereka juga mungkin menjadi kurang peka kepada rasa sakit.

memahami Keganasan Rumahtangga

Mengapa lelaki memukul?

Memang benar, semua lelaki bukannya besifat pendera, tetapi lazimnya, lelaki adalah pendera dan wanita menjadi mangsa.

Lelaki memukul kerana mereka merasakan bahawa mereka mempunyai hak untuk bertindak demikian atau berfikir bahawa perasaan mereka adalah lebih utama dari wanita.

Lelaki membuat pilihan bagaimana mereka harus meluahkan sikap agresif mereka dan ke atas siapa mereka harus berbuat demikian.

Selalunya, lelaki yang memukul isteri mereka tidak akan memukul majikan mereka, rakan sepejabat atau sahabat mereka sendiri. Mereka selalu memilih seseorang yang mereka anggap sebagai lebih lemah dan tidak dilindungi oleh masyarakat atau seseorang yang mereka tersalah anggap sebagai insan yang haknya lebih rendah dari mereka.

Teori Kitaran Keganasan

Peringkat Pembangunan: Peningkatan rasa tertekan
Peringkat Pemerhatian: lelaki tersebut menjadi ancaman
Keganasan meletus: keganasan berlaku/ bermula
Peringkat penyelesaian: lelaki tersebut meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya lagi.
Peringkat Berusaha: Lelaki tersebut berusaha untuk memenangi kembali hati wanita tersebut dengan berjanji untuk berubah.
Peringkat Bulan Madu: keadaan adalah tenang dan juga mungkin penuh kasih-sayang.
Peringkat Pembangunan: Rasa tertekan bermula kembali.

Mengapa wanita sanggup terus tinggal?

"Pernahkah anda merasa dalam ketakutan sehinggakan anda tidak mampu berbuat apa-apa? Begitulah perasaannya hidup di dalam perhubungan yang menyeksakan".

Merasa kaku akibat perasaan takut akan meningkatkan lagi keganasan dan juga kerana survival ekonomi serta tidak mampu menyelesaikan masalah tersebut, bagaimana anda dapat meninggalkan keadaan ini?

Bolehkah pendera itu berubah?

Lelaki yang mendera mestilah bersedia untuk berubah.

Lelaki memang boleh belajar untuk mengubah bagaimana mereka bertindak dan mempelajari cara-cara lain bagaimana untuk memahami wanita.

Jika seseorang lelaki itu betul-betul ingin menghentikan sikap ganasnya terhadap pasangannya, dia mesti bertanggungjawab sepenuhnya atas setiap tindakan yang dilakukan.

Dia mesti berhenti dari menyalahkan pasangannya, alkohol, dadah atau tekanan yang dihadapinya sebagai alasan sikap ganasnya.

Lelaki boleh mendapatkan kaunseling dan mestilah bersetuju untuk menghadiri beberapa sesi.

Bagaimanakah anda tahu seseorang pendera itu sedang berubah?

Walaupun seorang suami atau teman lelaki meminta maaf dan berjanji untuk berubah, ini mungkin hanya merupakan tipu-helahnya untuk memujuk supaya wanita tersebut tidak meninggalkannya. Perhatikan tanda-tanda ini sebelum mempercayai sepenuhnya yang dia sudah atau sedang berubah:

Beberapa tanda yang beliau sedang berubah:

  • Dia sudah berhenti sepenuhnya dari mengatakan atau melakukan perkara-perkara yang menakutkan anda.
  • Bolehkah anda berasa marah kepadanya tanpa dihukum?
  • Bolehkah dia berselisih pendapat tanpa bertindak ganas atau cuba menguasai keadaan?
  • Adakah dia menghormati kehendak anda tentang seks dan sentuhan fizikal?
  • Sudahkah dia berhenti dari dari mengharapkan anda melakukan perkara untuknya?
  • Bolehkah anda bersama rakan-rakan anda tanpa merasa takut yang pasangan anda membantah?
  • Bolehkah anda melakukan perkara-perkara penting seperti ke sekolah atau mencari pekerjaan?
  • Adakah anda berasa selesa dengan cara beliau berinteraksi dengan anak-anak?
  • Adakah anda berasa selamat untuk meninggalkan anak-anak dengannya?
  • Adakah dia menyokong anda dan memberi pujian? Adakah dia mendengar apa yang anda katakan?
  • Adakah dia melakukan bahagian kerja-kerjanya dalam rumahtangga dan menjaga anak-anak?

Beberapa tanda yang beliau tidak berubah:

  • Adakah ianya selamat untuk membangkitkan topik-topik yang anda tahu akan menyebabkan dia marah?
  • Bolehkah dia mendengar pendapat anda dan menghormatinya walaupun dia tidak bersetuju?
  • Jika dia sedang menerima kaunseling, adakah dia akan menggunakan alasan ini terhadap anda?
  • Adakah dia memberitahu anda yang anda ini bersikap pendera?
  • Adakah dia menyatakan kepada anda yang anda perlu memberi dia peluang kali kedua?
  • Adakah dia menyatakan yang dia tidak boleh berubah tanpa sokongan anda?
  • Adakah dia cuba mendapatkan simpati dari anda dan anak-anak?
  • Adakah dia cuba untuk menakutkan anak-anak dengan menyatakan tentang masa hadapan, kewangan atau di mana-merka akan tinggal serta sebagainya?
  • Adakah anda sentiasa terpaksa mengingatkannya tentang sesi kaunseling yang dia terpaksa hadiri?
  • Adakah dia cuba menyatakan yang penderaannya terhadap anda adalah tidak seburuk mana apabila dia bercakap tentangnya?
  • Adakah dia memberi tekanan yang berterusan kepada anda untuk menggugurkan Perintah Lindungan terhadapnya?

apa Yang Mangsa Keganasan Rumahtangga Boleh Lakukan?

Pelan Kecemasan

  • Buat Pelan tindakan tentang apa yang anda akan lakukan dan ke mana anda akan pergi jika anda dalam bahaya. Beritahu anak-anak anda tentang rancangan anda jika mereka cukup matang untuk memahaminya.
  • Bawa bersama anak-anak anda jika anda boleh berbuat demikian. Jika anda terpaksa meninggalkan mereka buat sementara waktu, pastikan mereka boleh bersama anda secepat mungkin. Dapatkan nasihat seorang peguam tentang hak penjagaan segera.
  • Apa jua jenis kenderaan yang anda gunakan, pastikan ia mempunyai petrol yang mencukupi.
  • Simpan satu set kunci dan nombor-nombor kecemasan di tempat yang anda pasti selamat.
  • Selalu pastikan yang anda ada menyimpan wang untuk membantu anda melarikan diri.
  • Bawa bersama kad pengenalan, surat-surat penting dan ubat-ubatan yang perlu untuk anda dan anak -anak anda.
  • Simpan senarai nombor-nombor penting yang anda boleh hubungi dan duit anda di tempat yang tersembunyi.
  • Gunakan perkataan berkod yang anda boleh cakapkan di telefon dengan seseorang yang anda boleh percayai apabila anda dalam bahaya.

bagaimana Akta Keganasan Rumahtangga
Dapat Membantu Anda?

  • Anda boleh membuat aduan kepada pihak polis dan pejabat kebajikan.
  • Anda boleh tinggal di rumah perlindungan jika anda tidak berasa selamat di rumah.
  • Anda boleh memohon Perintah Perlindungan Sementara (IPO) dari mahkamah yang akan menghalang pendera tersebut dari memukul anda.
  • Anda boleh meminta mahkamah untuk menambah kuasa untuk menangkap kepada perintah tersebut , jika anda khuatir yang pendera akan mencederakan anda lagi.
  • Jika anda sedang menjaga seseorang yang didera, ( seperti anak atau orang yang kurang upaya), anda boleh juga memohon Perintah Perlindungan Sementara untuk mereka.
  • Jika orang yang melakukan kesalahan itu melanggar perintah tersebut, beliau boleh dihukum oleh mahkamah.

bagaimana Anda Boleh Membantu Mangsa Keganasan Rumahtangga?

  • Sebagai seorang kawan, nyatakan kepadanya yang dia bukan keseorangan.Wanita teraniaya sering merasakan bahawa tiada sesiapa untuk mereka mengadukan masalah. Berterus-terang dengannya, nyatakan syak anda dan galakkan mereka supaya meluahkan masalahnya.
  • Jadilah " rakan telefon". Wanita sering terasing dan tidak dibenarkan keluar.
  • Membaca dan mengedar risalah serta maklumat kepada mereka. Bincangkan perkara ini dengan orang lain. Anda dapat menolong dengan lebih banyak jika anda mempunyai pengetahuan yang luas mengenai masalah ini.
  • Berbincang dengan wanita tersebut tentang pilihan yang boleh diambil dan bantu mereka membuat rancangan yang boleh digunakan sekiranya ada kecemasan.
  • Tunjukkan kepercayaan dan sokongan anda tidak kira apa jua keputusannya.
  • Berikan dia dan anak-anaknya tempat berehat pada waktu tengahari atau petang ketika waktu ketegangan.
  • Menyediakan pengangkutan bagi mereka ke pusat perlindungan atau rumah yang selamat.
  • Menolongnya menjaga anak-anaknya semasa beliau berjumpa dengan peguam atau menghadiri perbicaraan, mencari rumah, kerja dan lain-lain.
  • Menemani mereka ke perbicaraan di mahkamah dan mengambil nota serta menunjukkan sokongan anda.
  • Bantu beliau mencari rumah.
  • Bantu beliau memindahkan barang-barang sama ada dari rumahnya atau dari rumah perlindungan ke kediaman barunya.
  • Menelefon pihak polis dengan segera sekiranya anda terdengar jiran yang teraniaya/ dipukul.

bentuk-Bentuk Keganasan Terhadap Wanita

Gangguan Seksual

Perkosaan Dan Keganasan Seksual

Keganasan Rumahtangga

Penderaan Seksual Kanak - Kanak

TALIAN BANTUAN

Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO)03-7956 3488
Pusat Krisis Wanita ( WCC, Penang)04-228 0342
All Women Action Society of Malaysia (AWAM)03-7957 0224
TELEDERA1-800-883040
BEFRIENDERS03-7956 8144
P.S. The Children03-74931303

Keganasan Rumahtangga

Keganasan Rumah Tangga



Apakah yang dimaksudkan dengan keganasan rumah tangga?

  • Secara sengaja atau cuba meletakkan mangsa dalam ketakutan kecederaan fizikal.
  • Mencederakan mangsa secara fizikal.
  • Memaksa atau mengancam melakukan perbuatan berbentuk seksual atau selainnya yang mana mangsa itu berhak untuk tidak melakukannya.
  • Mengurung atau menahan mangsa tanpa kerelaan mangsa.
  • Khianat atau merosakkan harta dengan niat akan menyebabkan kesedihan atau kegusaran kepada mangsa.

Siapakah mangsa keganasan rumah tangga?

  • Isteri / bekas isteri
  • Suami / bekas suami
  • Anak-anak
  • Ibu bapa
  • Ahli keluarga yang tinggal serumah


Apakah yang dikategorikan sebagai keganasan rumah tangga?

  • Penderaan fizikal
  • Penderaan mental
  • Penderaan emosi
  • Penderaan seksual
  • Penderaan spiritual


Bagaimanakah keganasan rumah tangga boleh berlaku?

Keganasan rumah tangga berlaku melalui beberapa tahap dan peringkat iaitu:

  • Tahap 1 : Peningkatan tekanan - Bermula dengan perselisihan yang kecil dan isteri akan cuba menenangkan Si suami dengan pelbagai tindakan. Si Isteri lebih banyak mengalah menyebabkan Si suami akan menjadi dominan.
  • Tahap 2: Permulaan insiden keganasan - Di peringkat ini, keganasan berlaku secara mendadak disebabkan Si suami tidak dapat mengawal kemarahannnya. Si isteri pula, tidak akan melawan, sebaliknya memendam rasa dan menangis. Keadaaan ini akan menyebabkan Si isteri mengalami tekanan psikologi yang keterlaluan.
  • Tahap 3: Penyesalan - Pihak mangsa akan merasa sedih dan takut akan ditinggalkan pasangan. Suami berjanji akan berubah sikap, memohon maaf dan menunjukkan kasih sayang dan kemesraan yang luar biasa. Keadaan ini akan memberikan keyakinan kepada Si isteri bahawa Si suami akan berubah.

Adakah perselisihan faham boleh membawa kepada berlakunya keganasan rumah tangga?


Terpulang kepada pasangan suami isteri mengendalikan emosi mereka. Jika pasangan itu dapat berkomunikasi secara positif dan menyelesaikan perselisahan itu dengan baik, dan pasangan akan mengakui dan menginsafi kesalahan yang di buat, ia tidak akan membawa kepada keganasan rumah tangga. Walaubagaimanapun jika pasangan itu tidak dapat mengawal emosi mereka, kemungkinan pertengkaran dan pergaduhan akan berlaku. Kesan yang lebih teruk akan berlakunya keganasan fizikal, mental dan emosi atau seksual.



Mengapa keganasan rumah tangga boleh berlaku?


Keganasan rumah tangga berlaku kerana beberapa sebab:

  • Tiada keharmonian dan persefahaman dalam rumah tangga.
  • Personaliti suami atau isteri.
  • Latar belakang keluarga.
  • Kesan penagihan dadah, alkohol atau judi.
  • Masalah ekonomi.
  • Faktor terlalu cemburu terhadap pasangan.
  • Masalah mental
  • Latar belakang masyarakat dan budaya.
  • Pasangan yang tidak dapat menyesuaikan diri dalam rumah tangga.
  • Wujudnya orang ketiga dalam rumah tangga.
  • Kurangnya didikan agama.


Bagaimanakah untuk mengelakkan daripada berlakunya keganasan rumah tangga?

  • Menjalani kehidupan yang harmoni dan memupuk kasih sayang dalam keluarga.
  • Pasangan perlu menerima kekuatan dan kekurangan pasangan mereka dan sama memperbaikinya.
  • Pasangan perlu sentiasa berbincang tentang masalah yang dihadapi dan mencari penyelesaian secara harmoni.
  • Pasangan perlu tahu dan menunaikan tanggungjawab mereka.
  • Pasangan mengetahui hak-hak mereka dari sudut agama dan perundangan.
  • Berpegang teguh pada agama.


Mengapa keganasan rumah tangga mesti dibendung?


Keganasan rumah tangga mesti dibendung kerana ia meninggalkan kesan negatif dalam institusi kekeluargaan.

  • Si mangsa akan mengalami tekanan fizikal, mental dan spiritual. Sentiasa berada dalam satu situasi yang tidak selamat. Jika ia dibiarkan ia akan menjadi trauma untuk kesan jangka panjang.
  • Akan menimbulkan kesan negatif kepada pertumbuhan atau perkembangan anak-anak. Kemungkinan si anak akan mengulangi apa yang dipelajari dari ibu bapanya apabila mereka besar kelak. Mereka pula berpotensi untuk menjadi pendera.
  • Jika ia berterusan jalan akhirnya akan berlakunya penceraian. Penceraian tidak menguntungkan semua pihak. Pihak yang paling rugi sekali ialah anak-anak. Anak-anak akan mengalami tekanan emosi dan mental akibat penceraian ibu bapa mereka.
  • Anak-anak mangsa penceraian ini akan mengalami konflik identiti dan jika mereka tersalah haluan akan terlibat dengan kes-kes juvana seperti gangsterism, vandalism, penagihan dadah dan lain-lain masalah sosial.
  • Si ibu pula akan menjadi ibu tunggal. Terpaksa memainkan peranan sebagai ketua rumah.


Siapakah yang paling mudah terjebak kepada keganasan rumah tangga?

  • Pasangan yang berkahwin dalam usia yang muda.
  • Pasangan yang berpersonaliti negatif ( panas baran, kuat berleter dll)
  • Pasangan yang tidak dapat menyesuaikan diri dalam rumah tangga.
  • Penagih, pemabuk dan kaki judi.
  • Pasangan yang mengalami sakit mental.
  • Pasangan yang kuat cemburu.
  • Pasangan yang diganggu oleh orang ketiga.
  • Pasangan yang menghadapi masalah ekonomi.


Apakah yang perlu dilakukan sekiranya anda adalah mangsa keganasan rumah tangga?


Jika keganasan rumah tangga di tahap tidak serius:

  • Mengenalpasti punca berlakunya keganasan rumah tangga.
  • Cuba berbincang dengan pasangan anda agar tidak berlaku lagi.
  • Dapatkan bantuan orang ke tiga di kalangan kedua-dua keluarga anda.
  • Hubungi JPW ( unit Kaunseling ) atau PPWN untuk mendapatkan khidmat nasihat.


Jika keganasan di tahap serius:

  • Pastikan anda mendapat rawatan doktor jika berlaku kecederaan. Pergi ke OSCC ( Pusat Khidmat Bersepadu )
  • Laporkan kepada pihak polis.
  • Laporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapatkan Perintah perlindungan Interim ( IPO ) atau Perintah Perlindungan (PO).
  • Jika anda telah membuat keputusan untuk bercerai, failkan penceraian anda di mahkamah.


Bolehkah perkara ini ditangani sendiri tanpa bantuan pihak ketiga?


Boleh. Jika pasangan bersedia berbincang secara baik untuk menyelesaikan segala masalah yang timbul. Pada masa yang sama, pasangan dapat menerima kekuatan dan kelemahan pasangan dan memberi sokongan antara satu sama lain. Pasangan suami isteri perlu sedar bahawa perkahwinan bukan sahaja bersatunya dua hati tetapi penyatuan cara hidup, budaya dll. Kembali kepada agama dan memainkan peranan serta tanggungjawab sebagai suami isteri merupakan satu pendekatan yang terbaik.


Siapakah yang boleh membantu apabila anda mengalami keganasan Rumah Tangga?

  • Diri sendiri
  • Ahli Keluarga
  • Jiran tetangga
  • Ahli sukarelawan dan NGO
  • Pihak Polis
  • Hospital
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Jabatan Agama Islam atau Badan Pendamai.
  • Untuk mendapatkan khidmat nasihat hubungi Unit Kaunseling JPW atau PPWN ( Rumah Nur )


Bagaimanakah cara untuk mendapatkan bantuan?

  • Ingin mendapatkan khidmat nasihat : Menelefon atau membuat temujanji dengan kaunselor-kaunselor dan Pegawai Pembangunan Masyarakat ( JPW, PPWN,JKM,JAIS dan sukarelawan-sukarelawan NGO )
  • Ingin membuat aduan: Lapor segera kepada pihak polis yang berdekatan. Jika terdapat kecederaan, pergi ke Pusat Khidmat Sepadu( OSCC ) Ke Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapatkan IPO dan tempat perlindungan jika perlu.

Mengapakah wanita atau mangsa keganasan rumah tangga sering berdiam diri (membisu ) atau lambat bertindak apabila didera?

  • Wanita tidak mempunyai kesedaran tentang hak mereka sebagai isteri dalam aspek agama dan undang-undang.
  • Perasaan takut kerana akan hilang tempat bergantung.
  • Perasaan malu untuk membuat aduan tentang kepincangan keluarga sendiri.
  • Memikirkan tentang anak-anak.
  • Termakan pujuk rayu dan janji manis si suami

Friday, July 23, 2010

TELUR



Telur ialah ovum yang dihasilkan oleh haiwan betina untuk pembiakan. Ia sering dipergunakan sebagai makanan, dan merupakan salah satu sumber protein yang baik.

Kebanyakan telur yang boleh dimakan, termasuk telur-telur burung dan penyu, terdiri daripada kulit telur yang keras dan berbentuk bujur, putih telur atau albumen, kuning telur, serta berbagai-bagai selaput yang nipis. Setiap bahagian telur boleh dimakan, walaupun kulitnya biasanya dibuang. Selain itu, telur ikan serta kaviar juga boleh dimakan.

Okey...Kenapa kita bercerita tentang telur? apa yang bagus sangat tentang telur selain khasiat proteinnya? Hehehe...Selain kulitnya yang keras dan isinya yang lembut (akan keras/kenyal jika direbus), mari kita lihat apa lagi kegunaan telur sebagai ramuan makanan dan telur juga mempunyai budaya dalam kehidupan masyarakat. Jom baca lagi di bawah ini.


KEGUNAAN TELUR SEBAGAI RAMUAN MAKANAN

Telur-telur burung merupakan sumber makanan yang biasa, khususnya telur ayam, itik, dan angsa, tetapi telur-telur yang lebih kecil seperti telurpuyuh kekadang juga digunakan sebagai satu ramuan gourmet, sebagaimana dengan telur burung unta yang terbesar.

Kebanyakan telur ayam perdagangan yang bertujuan untuk dimakan manusia tidak disenyawakan kerana peneluran berlaku tanpa sebarang ayam jantan. Telur-telur subur juga dapat dibeli dan dimakan, tanpa sebarang perbezaan khasiatnya. Telur tersebut tidak mengandungi embrio kerana penyejukan melarang sebarang pertumbuhan sel.

Telur ayam dipergunakan secara meluas untuk berbagai-bagai hidangan, baik yang manis mahupun yang tidak. Telur juga boleh dijeruk, direbus keras dan disejukkan, atau juga dimakan secara mentah walaupun cara ini tidak disyorkan untuk mereka yang mudah terjejas oleh salmonela, umpamanya orang tua, orang uzur, dan wanita yang mengandung. Selain itu, hanya 51% daripada protein telur mentah boleh diserap ke dalam badan, berbanding dengan telur masak yang 91% dapat diserap. Dengan kata yang lain, penyerapan protein telur masak adalah hampir dua kali penyerapan protein telur mentah.

Telur masak dapat dibezakan daripada telur mentah tanpa memecahkan kulitnya melalui memutarkan telur tersebut. Inersia kandungan cecair telur mentah akan menghentikan pemutaran dalam tiga putaran. Kandungan telur rebus keras adalah pepejal kerana penyahaslian protein.


TELUR DAN IMPAK BUDAYA

Sebilangan Tradisi popular di sesetengah tempat di dunia meraikan Easter (Hari Paskah) adalah dengan mendekorasi kulit telur yang sepenuh masak(pada kebiasaannya dekorasi dibuat dengan menggunakan taktik dyeing tetapi kadangkala turut menggunakan taktik semburan lukisan).Orang dewasa akan menyorokkan telur yang sudah didekorasi lalu meminta untuk kanak-kanak mencarinya,aktiviti ini digelar sebagai “Pencarian Telur Easter”.Tradisi mendekorasi warna telur turut mendapat sambutan perayaan masyarakat Parsi disesetengah tempat didunia, Misalnya perayaan Sambutan Tahun Baharu Parsi yang digelar Norouz sebelum Musim Bunga Ekuinoks,melalui perayaan ini setiap daripada ahli keluarga akan mendekorasi kulit telur sepenuh masak dan seterusnya menghimpunkan kesemua telur-telur itu dalam mangkuk.

Selain telur sebagai bahan makanan, kadangkala telur juga dibuat bahan balingan kearah rumah,kereta, dan orang ramai.Adegan ini pada kebiasaannya berlaku tatkala untuk meraikan sambutan HariHalloween atau Hari Lahir Seseorang.Perkara ini biasanya dikenali sebagai Egging(Penteluran) dalam kebanyakan Negara-negara pertuturan Bahasa Inggeris (English-speaking countries), perbuatan seperti ini dianggap sebagai Minor Vandalism kerana kesan negetif yang mungkin diterima dari putih telur mampu merosakkan dinding rumah selain melunturkan warna kerana,juga mampu menyebabkan masalah mata yang serius jika terkena pada mata.Selain dari itu, telur juga turut menjadi bahan balingan untuk menandakan protes dan tunjuk perasaan bagi sesuatu perkara.

Dalam budaya Islam pula, telur seringkali digunakan bagi bahan makanan yang bermutu dan menyihatkan selaras dengan etikan pemakanan kesihatan Islam.Di negara Arab misalnya telur dijadikan bahan tambahan dalam proses membuat roti dan sebagainya.Bagi budaya masyarakat Melayu Islam pula, telur sepenuh masak pula dijadikan bahan buah tangan dan cenderahati kepada hadirin yang hadir dalam Majlis Perkahwinan seseorang.

Telur juga turut dijadikan bahan mujarab tradisional dalam menyembuhkan pelbagai penyakit misalnya pada penyakit sakit perut dan lemah badan.Telur juga turut menjadi medium perawatan dalam sesetengah penyakit mistik seperti saka yang berkaitan dengan serangan makhluk halus seperti Jin dan syaitan.


JENIS HIDANGAN TELUR