IsI dan KuLiT

Apapun di dalam dunia ini, dan kehidupan kita, ianya ibarat isi dan kulit di mana saling memerlukan. Jadilah seperti kulit yang melindungi sang isi yang baik, manis, cantik dan sang isi yang menggembirakan semua orang......

Friday, July 23, 2010

Sepanyol tak larang wanita pakai burqa

2010/07/22

Parlimen tolak cadang larangan menyeluruh

MADRID: Parlimen Sepanyol semalam menolak cadangan melarang wanita daripada memakai tudung yang hanya menampakkan mata di khalayak ramai.

Bagaimanapun kerajaan Sosialis berkata mereka menyokong termasuk larangan terhadap mereka memakai burqa dalam bangunan kerajaan dalam satu rang undang-undang terbaru mengenai isu agama yang akan dibentangkan selepas cuti musim panas parlimen.
Berikutan debat dewan rendah itu, 183 ahli parlimen menentang larangan berkenaan manakala 162 menyokongnya dan dua lagi tidak mengundi.

Cadangan berkenaan dibentangkan oleh parti pembangkang, Parti Popular yang melihatnya sebagai satu langkah menyokong hak wanita. Parti pemerintah Sosialis menentang larangan terbabit.

“Ia amat sukar untuk memahami bagaimana tentera kita mempertahankan pembebasan di Afghanistan tetapi kerajaan tidak berani melakukannya di sini, di Sepanyol,” kata jurucakap pembangkang, Soraya Saenz de Santamaria di Parlimen.

Cadangan pembangkang itu menurut langkah beberapa negara Eropah lain yang mungkin akan melarang pemakaian tudung menutup muka yang hanya menampakkan mata wanita.
Negara seperti Perancis, Belgium dan Switzerland cuba untuk menyeimbangkan identiti kebangsaan mereka dengan penduduk Islam yang semakin berkembang apabila mengamalkan budaya yang disifatkan bertentangan dengan negara terbabit.

Di Sepanyol, PP membawa cadangan itu dalam usaha membela maruah dan persamaan bagi semua wanita dan menghalang wanita Islam daripada dipaksa suami mereka memakai pakaian yang bukan menurut keinginan mereka sendiri seperti tudung berkenaan.

Beberapa penganalisis menyifatkan cadangan terbabit sebagai satu permainan pembangkang dalam memastikan kekuatan parti mereka di tengah kemelesetan ekonomi dan menyangkal prospek pertumbuhan yang dibawakan kerajaan Jose Luis Rodriguez Zapatero. – AP

No comments:

Post a Comment