IsI dan KuLiT

Apapun di dalam dunia ini, dan kehidupan kita, ianya ibarat isi dan kulit di mana saling memerlukan. Jadilah seperti kulit yang melindungi sang isi yang baik, manis, cantik dan sang isi yang menggembirakan semua orang......

Friday, July 23, 2010

Haram Purdah????




Friday, October 9, 2009
Kelantan Haramkan Purdah? Nik Aziz Perlu Jelaskan Semula..
Posted by Ibnu Hasyim at 11:53 AM

Al-Azhar Haramkan Niqab @ Purdah, TG Nik Aziz setuju

MENURUT Utusan semalam Syeikhul al-Azhar Syeikh Tantawi merancang untuk mengharamkan pelajar perempuan yang memakai purdah daripada memasuki institusi-institusi pendidikan di bawah Universiti al-Azhar. Arahan lisan telahpun dikeluarkan kepada pihak keselamatan untuk melaksanakan rancangan berkenaan. Akhbar yang sama telah melaporkan bahawa TG Nik Abdul Aziz bersetuju dengan rancangan Syeikhul Azhar berkenaan. Wanita PKR, menurut laporan TV Antara bersetuju dengan kenyataan TG Nik Abd Aziz.

Niqab @ purdah adalah penutup muka kecuali dua mata yang dipakai oleh wanita bersama dengan tudung kepala bertujuan untuk melindunginya dari dilihat oleh lelaki ajnabi. Ia merupakan antara sekian banyak perkara khilafiyah dalam hal agama yang diperselisihkan di kalangan para fuqaha dari dahulu sehingga hari ini.

Lihat petikan berita berkenaan:

Syeikh Tantawi haramkan purdah ke Universiti al-Azhar

KAHERAH 6 Okt. – Syeikh Al-Azhar, Mohammed Sayyed Tantawi merancang untuk mengharamkan pelajar perempuan yang memakai purdah daripada memasuki institusi-institusi pendidikan di bawah Universiti al-Azhar.

Seorang pegawai keselamatan semalam berkata, polis telah menerima arahan secara lisan supaya menghalang pelajar perempuan yang berkelubung daripada memasuki institusi-institusi al-Azhar termasuk sekolah menengah dan tinggi, serta asrama beberapa universiti di Kaherah.

Pegawai itu berkata, pengharaman tersebut adalah atas sebab keselamatan.

Langkah itu dipercayai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk membendung manifestasi Islam yang dianggap ultrakonservatif di Mesir.

Sungguhpun majoriti wanita Mesir memakai tudung, hanya segelintir yang memakai purdah atau dikenali di sini sebagai niqab yang menutup muka dan lebih kerap ditemui di Arab Saudi yang mengamalkan ajaran Wahhabi.

Kebanyakan ulama berpendapat purdah tidak wajib tetapi hanyalah adat resam yang diamalkan oleh masyarakat Arab Badwi sebelum kedatangan Islam.

Rancangan Tantawi itu diumumkan semasa beliau menyuruh seorang pelajar sekolah menengah di sebuah kelas yang dikunjunginya awal minggu ini, supaya menanggalkan niqabnya.

Syeikh itu melawat sekolah-sekolah al-Azhar pada permulaan tahun akademik untuk memeriksa langkah yang diambil bagi membendung wabak selesema babi, menurut butir-butir lawatan yang disiarkan semalam oleh akhbar bebas, Al-Masry Al-Youm.

Tantawi dengan tegas memberitahu gadis berkenaan bahawa niqab ‘tidak ada kena-mengena dengan Islam dan hanya satu adat resam’ dan memaksanya menanggalkan niqabnya.

Beliau kemudian mengumumkan akan mengeluarkan arahan tidak lama lagi bagi mengharamkan pelajar perempuan yang memakai niqab daripada memasuki sekolah-sekolah al-Azhar.

“Niqab tidak ada kaitan dengan Islam…saya lebih arif tentang agama daripada kamu dan ibu bapa kamu,” kata Tantawi kepada pelajar berkenaan.

Seorang sarjana di sebuah pusat penyelidikan al-Azhar, Abdel Moati Bayoumi berkata, para sarjana al-Azhar akan menyokong Tantawi jika beliau mengeluarkan arahan tersebut.

Bagaimanapun pengkritik langkah itu berkata, pengharaman niqab tidak akan dilaksanakan. Arahan sebelum ini oleh Kementerian Wakaf untuk mengharamkan penceramah wanita yang memakai niqab daripada memasuki masjid dibantah keras.

Seorang penyelidik yang dihalang daripada memasuki perpustakaan Universiti Amerika di sini pada 2001 kerana memakai niqab membawa kesnya ke Mahkamah Agung Mesir dan akhirnya menang.

Mahkamah memutuskan pengharaman menyeluruh ke atas niqab menyalahi perlembagaan. – AP

Nik Aziz setuju haram purdah

KOTA BHARU 7 Okt. – Musyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju langkah Syeikh Al-Azhar, Mohammed Sayyed Tantawi yang merancang untuk mengharamkan pelajar perempuan memakai purdah atas alasan keselamatan.

Malah beliau yang juga Menteri Bersar Kelantan menegaskan, langkah yang serupa tentunya akan dilakukan di negeri ini sekiranya keadaan memaksa.

Beliau berkata, pemakaian purdah menimbulkan kekeliruan dan menyebabkan pihak tertentu mengambil kesempatan untuk menyembunyikan identiti bagi melakukan aktiviti haram.

Katanya, Islam hanya mewajibkan perempuan menutup aurat dari kepala sehingga ke kaki tetapi tidak termasuk muka.

“Saya sudah lama sebut bahawa Islam hanya minta perempuan tutup aurat dan saya tak pernah sebut tutup aurat tutup muka, macam kita sembahyang, pakai telekung,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Wanita PKR Setuju Larangan Niqab

Ketua sayap wanita Parti Keadilan Rakyat Zuraida Kamaruddin menyambut baik kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melarang pemakaian niqab, atau penutup muka, sekiranya perlu bagi membendung jenayah dan keganasan.

Menurut Zuraida, keputusan Nik Aziz yang akan melarang pemakaian niqab di Kelantan sekiranya keadaan memaksa adalah satu tindakan wajar dan bertepatan dengan keadaan semasa.

“Kalau purdah itu dalam keadaan sekarang merbahayakan kerana orang menggunakan kesempatan untuk berselindung di bawah pakaian purdah itu untuk melakukan kerja jahat, sebagai perompak misalnya, maka wajarlah seorang ulamak selaku Menteri Besar mengeluarkan fatwa itu”.

Mursyidul Am Pas itu membuat kenyataan tersebut ketika diminta mengulas cadangan ulama tertinggi Universiti Al-Azhar Mohammad Sayyed Tantawi mengharamkan pemakaian niqab di kalangan penuntut institusi-institusi al-Azhar.

Atas dasar keselamatan negara, Tantawi mengambil keputusan tersebut sebagai langkah awal pencegahan jenayah dan keganasan, menangani taktik penjahat menggunakan purdah melindungi aktiviti haram mereka.

Beliau bersetuju bahawa iklim sejagat hari ini tegang dengan ancaman pengganas dan jenayah, dan menambah larangan yang sama akan dikuatkuasakan di Kelantan sekiranya negeri Serambi Mekah itu menjadi mangsa pihak-pihak tidak bertanggungjawab.

” Dari segi dia sebagai seorang pemimpin, dia sebagai alim ulamak di sebuah negeri, dia boleh mengeluarkan fatwa begitu berdasarkan u’ruf, maknanya bertepatan dengan kehendak setempat dan masa. Cara kita berpakaian kalau ikut Islam, bertepatan juga dengan u’ruf dan keadaan masa setempat”.

Nik Aziz menegaskan keputusan ini tidak bermaksud penutupan muka itu haram. Sekiranya larangan ini dikuatkuasakan, ia tidak akan menjejaskan ke-Islaman mana-mana pihak kerana tuntutan tutup aurat tidak semestinya berniqab.

Sebahagian besar ulama berpendapat bahawa purdah tidak wajib tetapi hanyalah adat resam yang diamal masyarakat Arab Badwi dari sebelum kedatangan Islam lagi. Tantawi akan mengeluarkan arahan itu dalam masa terdekat bagi mengharamkan pelajar wanita yang berniqab dari memasuki institusi al-Azhar.

Mengulas dengan lebih lanjut, Zuraida menyuarakan kekhuatiran kenyataan Nik Aziz akan disalah-tafsir oleh sesetengah pihak yang sengaja mencari ruang menyerang tokoh Islam itu.

"Saya harap tidak ada pihak yang dangkal itu memanipulasi kerana mereka mungkin akan kata Tok Guru ikut kehendak rakyat, Islam memang suruh purdah sekarang tak perlu purdah. Mereka boleh memanipulasi demikian”.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Benarkah Tok guru setuju haramkan purdah, terutama di Kelantan? Perlukah tok guru jelaskan semula, supaya tidak timbul kontroversi seperti yang dikhuatiri wanita Parti Keadilan Rakyat Zuraida Kamaruddin? Bagaimana pandangan Dewan Muslimat PAS pula atau Harakah?(2MA)

No comments:

Post a Comment