IsI dan KuLiT

Apapun di dalam dunia ini, dan kehidupan kita, ianya ibarat isi dan kulit di mana saling memerlukan. Jadilah seperti kulit yang melindungi sang isi yang baik, manis, cantik dan sang isi yang menggembirakan semua orang......

Friday, July 23, 2010

Syria larang pakai niqab


2010/07/21

DAMSYIK: Syria melarang pelajar dan guru di negara itu daripada memakai niqab, tudung yang hanya mendedahkan bahagian mata wanita, tindakan yang dilihat kebanyakan pihak mempunyai tujuan politik.

Larangan terbabit menunjukkan perjanjian yang jarang berlaku dalam masyarakat sekular Syria, pihak berkuasa kerajaan dan demokrasi Eropah: di mana kedua-dua melihat niqab sebagai sesuatu boleh mengancaman kestabilan.

“Kami memberikan arahan kepada semua universiti agar melarang wanita memakai niqab daripada mendaftar,” kata seorang pegawai kerajaan di Damsyik.
Arahan berkenaan berkuatkuasa di universiti awam dan swasta dan bertujuan melindungi identiti sekular Syria, kata seorang pegawai terbabit yang enggan mendedahkan namanya.

Beratus-ratus guru sekolah rendah yang memakai niqab di sekolah kerajaan dipindahkan bulan lalu untuk melakukan kerja pentadbiran, katanya.

Larangan berkenaan dikeluarkan Ahad lalu oleh Kementerian Pelajaran tidak membabitkan hijab, atau tudung kepala yang biasa di Syria berbanding niqab.

Syria adalah negara terkini membabitkan Eropah hingga Asia Barat yang mengambil tindakan terhadap tudung, kebanyakan dilihat sebagai simbol Islam konservatif. Tindakan terhadap tudung mula merebak ke negara Arab lain termasuk Mesir, Jordan dan Lubnan, sementara Jordan cuba menimbulkan kebimbangan bahawa perompak juga boleh memakai tudung sebagai topeng.
Turki melarang tudung di kalangan pelajar universiti dan kebanyakan rakyatnya menyifatkan tindakan membenarkannya di sekolah sebagai ancaman kepada undang-undang sekular moden Turki. – AP

No comments:

Post a Comment