IsI dan KuLiT

Apapun di dalam dunia ini, dan kehidupan kita, ianya ibarat isi dan kulit di mana saling memerlukan. Jadilah seperti kulit yang melindungi sang isi yang baik, manis, cantik dan sang isi yang menggembirakan semua orang......

Wednesday, July 21, 2010

BSMM - Bulan Sabit Merah Malaysia


Jangan ambil mudah jika ingin ke Gaza: PBSM 2010/07/21

SEPANG: Rakyat Malaysia yang ingin ke Semenanjung Gaza dinasihati agar jangan ambil mudah jika ingin ke wilayah bergolak itu, kata ketua rombongan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM), Datuk Dr Bahari Abu Mansor. Beliau yang juga Naib Pengerusi Kebangsaan PBSM, baru pulang dari Gaza hari ini berkata nasihat itu diberikan ekoran kegagalan rombongan berkenaan memasuki Gaza dari pintu Rafah, Mesir seperti yang dijadualkan walaupun telah mendapat kelulusan daripada PBSM Palestin.

"Pada awalnya, kami menjangkakan dapat memasuki dengan senang namun keadaan yang tidak menentu di Mesir menyukarkan keadaan. Walaupun dapat kebenaran tidak bermakna kita dapat masuk Gaza dengan mudah," katanya yang selamat tiba bersama lapan lagi sukarelawan di bawah naungan PBSM.

Malahan, katanya Kedutaan Malaysia di Mesir turut membantu namun keputusan muktamad tetap di tangan kerajaan Mesir. "Ini adalah halangan yang kita hadapi," tegasnya yang berlepas ke Gaza bersama sukarelawan itu pada 11 Julai lalu. Dr Bahari berkata halangan itu tidak mematahkan semangat PBSM untuk menganjurkan misi yang sama, Kelab Putra 1Malaysia dengan 40 orang anggota yang dijangka berlepas seminggu sebelum Ramadan. "Pada dasarnya PBSM Palestin sudah maklum kedatangan rombongan ini," katanya Katanya rombongan PBSM yang pulang hari ini, hanya dapat memasuki Gaza pada Ahad lalu disebabkan prosedur baru yang diperkenalkan pihak berkuasa Mesir. Ini menyebabkan permohonan untuk memasuki wilayah itu perlu dilakukan semula dan hanya dibenarkan masuk empat hari kemudian yang menyebabkan PBSM terpaksa merombak jadual perjalanan di Gaza. Ia termasuk jadual lawatan ke beberapa hospital yang menempatkan mangsa serangan Israel 18 bulan lalu serta kem pelarian kanak-kanak dan kawasan kemusnahan serangan selama 22 hari itu. Namun, Dr Bahari menganggap misi PBSM ke Gaza kali ketiga ini adalah kejayaan besar bagi persatuan itu dengan melawat beberapa hospital di mana peralatan perubatan sudah dibeli termasuk pembelian kaki-kaki palsu. Malah katanya kira-kira 4,000 beg sekolah telah diserahkan kepada anak-anak Palestin. Beliau berkata matlamat misi PBSM kali ini adalah untuk memantau cara sumbangan berjumlah RM1.7 juta itu yang telah diserahkannya kepada PBSM Palestin tahun lalu dibelanjakan. Selain Dr Bahari, turut mengikuti rombongan ialah Pengerusi Jawatankuasa Publisiti PBSM, Datuk Ahmad A Talib; Pengurus Pengurusan Bencana, Nasir Khan Abdul Rahman serta enam sukarelawan. Antara lain, Dr Bahari berkata PBSM Malaysia juga telah meminta PBSM Palestin agar berusaha mendapatkan bantuan kemanusiaan yang dibawa oleh rombongan Flotilla Freedom awal Jun lalu yang kini masih ditahan Israel. Sebuah kapal yang dikenali sebagai MV Mavi Marmara yang sarat membawa sukarelawan dan bantuan kemanusiaan telah diserang oleh askar regim Zionis itu di perairan antarabangsa pada 31 Mei lalu menyebabkan sembilan orang sukarelawan terbunuh. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment