IsI dan KuLiT

Apapun di dalam dunia ini, dan kehidupan kita, ianya ibarat isi dan kulit di mana saling memerlukan. Jadilah seperti kulit yang melindungi sang isi yang baik, manis, cantik dan sang isi yang menggembirakan semua orang......

Tuesday, July 20, 2010

Inilah kisah ISI dan KULIT...........


Bila ku renung, ku lihat gambar yang melatari blog ini, terasa tenang dan damai dihatiku kerana ia berlatar belakangkan susunan buku-buku dirak yang tinggi mencecah siling.Aku selalu mengharapkan suatu ketika aku memiliki rumah yang terdapat sebuah bilik dipenuhi dengan buku-buku sebagai hiasan.aku lebih selesa menghiasi rumah dengan bahan bacaan berbanding dengan hiasan seperti bunga-buangaan.Mungkin jugak aku bukan minah bunga.Walau bagaimana pun perlu ada satu atau dua bunga sebagai penyegar.

Kemudian, bila ku renung, ku tatapi tajuk blog ku ini, membuatkan aku tersenyum sendirian. Kebetulan atau....kerana sama macam buku-buku tu jugak. Ada kulit dan ada isi. Tebal atau nipis bukan pokoknya.Tersenyum sendiri kerana ada sesuatu di sebalik "ISI dan KULIT" ini. Biasanya kita akan dengar isi dan kuku tetapi ini isi dan kulit. Kenapa isi dan kulit? Apa kaitan kedua-duanya?Kenapa perlu ada kulit dan apa kepentingan isi?

Ini bukan hanya cerita tentang kulit buku dan isinya atau kulit buah dan isinya. Ianya lebih daripada itu.Cuba cubit peha. Apa rasanya? Sakit tak? Sakit. Terasa pedih tak? Pedih,bisa kan? Itulah namanya isi dan kulit.Yang dicubit adalah isi tetapi kenapa kulit yang terasa pedihnya? Begitulah kehidupan kita dengan seseorang yang lain terutamanya keluarga kita. Tidak kiralah suami isteri, anak dengan ibu atau ayah, sesama kawan dan sebagainya. Apabila kita mula merasa selesa, mesra, seronok, bahagia dengan seseorang, sudah pasti akan terbit dari hati perasaan sayang, kasih dan cinta. Malah kadang-kadang timbul rasa rindu. Adakalanya rindu tidak perlu ketika berjauhan tetapi ia mampu wujud sekalipun orang yang kita sayang itu di depan mata kita. Mengapa ini boleh terjadi? Inilah salah satu rahmat dan juga nikmat dari Allah Yang Maha Mengasihi. Dicampakkan ke dalam hati hamba-hambanya rasa kasih untuk diriNya dan makhluk yang lain untuk hidup bahagia dan harmoni di dunia ini.

Isi dan kulit ini adalah cetusan idea kata-kata suami ku yang tercinta. Ringkas tetapi mendalam maknanya. Terlalu luas pengertiannya. Soalan demi soalan ku lontarkan kepadanya, jawapan yang diberikan amat ringkas. Pabila ku dalami, ku renung dalam-dalam perkatan-perkataan ini, maka aku merasai suatu perasaan yang mana apabila kita terluka, atau pun dilukai, maka pasangan kita turut merasakan yang sama. Aku juga membayangkan perasaan aku terhadap anak-anakku. Sedih, sebak, sayu dan terasa sebal di dalam hati apabila aku mengasari anak-anakku. Tujuanku untuk mendidik dan bukan menzalimi. Jauh di sudut hati aku menyayangi permata-permata hatiku itu. Merekalah penawar dan ubat ku di saat aku lelah dengan rutin harianku seharian di pejabat dan rutin harian sebagai suri di rumah. Mereka juga teman ku di saat aku berjalan dan bersiar-siar.

Kadang-kadang aku terbayang juga bagaimana agaknya perasaan ibuku atau ayahku jika aku buat perangai dulu. Sekarang aku mengerti semua itu dan aku turut merasai perasaan itu sekarang. Aku bersyukur dan bertuah kerana setidak-tidaknya aku masih berpeluang menebus segala kesilapan itu terhadap mereka. Masih dapat bergelak tawa dengan mereka, masih mampu berjalan lagi bersama-sama mereka, makan bersama dan kadang-kadang tidur bersama. Alangkah bahagianya hidup ku ini. Pengorbanan orang tua ku tidak dapat ku nilai dengan wang ringgit tetapi aku mendoakan semoga Allah sahaja yang membalasi mereka dengan ganjaran yang lebih baik daripada pemberian materialku kepada mereka.

isi dan kulit ini juga membuatkak aku terkenang kepada kawan-kawan seperjuanganku semasa di sekolah menengah. Kami masih lagi berhubung walau pun masing-masing sudah berumahtangga. namun ikatan persahabatan masih utuh di antara kami. kalau tidak kerana isi dan kulit tadi, sudah lama terputus silaturrahim. Terima kasih kepada sahabat ku yang bernama ROSYANTI kerana engkau sahaja yang sanggup mengkritik aku depan-depan dan banyak memberi pandangan secara telus. Engkau bagai cermin yang memantulkan diri aku.

Inilah kisah ISI dan KULIT......................

No comments:

Post a Comment