IsI dan KuLiT

Apapun di dalam dunia ini, dan kehidupan kita, ianya ibarat isi dan kulit di mana saling memerlukan. Jadilah seperti kulit yang melindungi sang isi yang baik, manis, cantik dan sang isi yang menggembirakan semua orang......
Showing posts with label BSMM. Show all posts
Showing posts with label BSMM. Show all posts

Friday, April 6, 2012

BULETIN BSMM 2012




Rabu, 4 April 2012 – Satu ceramah dan latihan tentang Asas Pertolongan Cemas telah diadakan di SMA Maahad Al-Mizan anjuran Unit Beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM). Penceramah yang dijemput ialah dua orang jurulatih bertauliah di Perak yang juga merupakan guru di SMK Sultan Tajul Ariffin, Manong iaitu Encik Nazri bin Bahador dan Encik Saleh bin Mislan.Ceramah dan latihan ini dianjurkan bertujuan memberi pendedahan dan maklumat yang betul kepada murid supaya murid jelas tentang Asas Pertolongan Cemas terutamanya cardiopulmonary resuscitation (CPR). Seramai 68 orang murid yang terdiri daripada ahli BSMM sendiri dan sejumlah kecil daripada Unit Bomba dan Penyelamat.Murid juga diterap dengan nilai-nilai keberanian, yakin dan mempunyai semangat untuk membantu mereka yang memerlukan dan yang di dalam kesusahan seiring dengan prinsip kemanusiaaan BSMM yang tidak mengira kaum dan agama. Nyawa merupakan anugerah yang tidak ternilai yang Allah swt kurniakan kepada makhluk. Maka dengan itu, kita perlu bersyukur dan menghargai nyawa sendiri dan juga orang lain. Bersesuaian dengan firman Allah di dalam surah Al-Hujurat: 9,10 yang sekurang-kurang maksudnya berlaku adillah kamu dalam semua perkara kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil dan damaikanlah dua orang di antara kamu supaya beroleh rahmat Allah.

Allah juga telah berfirman di dalam al-quran bahawa “tidak dijadikan manusia dan jin melainkan untuk menyembahKU”.

Oleh yang demikian, berlumba-lumbalah kita dalam memperbanyakkan amal kebajikan supaya kita mendapat keampunan dan keredhaan Allah swt.

Compression

Posisi pemulihan bagi mangsa


Blowing
Amirul Asyraf, Presiden Unit BSMM sedang melakukan compression dengan bantuan jurulatih.


Friday, October 21, 2011

UCAPAN TAKZIAH ATAS KEMANGKATAN BONDA PENASIHAT DIRAJA BSMM

Pengerusi Kebangsaan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM), Ahli-Ahli Jawatankuasa Kebangsaan BSMM, seluruh Ahli-Ahli Sukarelawan BSMM serta staf Ibu Pejabat Kebangsaan BSMM mengucapkan setinggi takziah atas kemangkatan bonda kepada Penasihat DiRaja BSMM, Tuanku Raja Zarith Sofiah bte Almarhum Sultan Idris Shah. Semoga roh Almarhumah ditempatkan di kalangan yang dimuliakan Allah. Al-Fatihah.

BSMM Bantu USD 10,000 Untuk Korban Bencana Indonesia

Bulan Sabit Merah Malaysia menujukkan kepeduliannya terhadap korban bencana alam di Indonesia, dengan menyerahkan bantuan sebesar USD 10,000 kepada Palang Merah Indonesia. Bantuan tersebut secara simbolis diserahkan oleh Wakil Ketua Bulan Sabit Merah Malaysia, Datuk Wira Dr. Bahari bin Datuk Abu Mansor, kepada Duta Besar Indonesia untuk Kerajaan Malaysia, Da’i Bachtiar di KBRI Kuala Lumpur (03/11).

“Sumbangan tersebut merupakan bantuan awal, sekaligus bentuk simpati rakyat Malaysia terhadap korban bencana alam di Mentawai dan Merapi, Jawa Tengah”, demikian disampaikan Datuk Wira Dr. Bahari bin Datuk Abu Mansor saat menyerahkan mock check.

Duta Besar RI, Da’i Bachtiar menyampaikan terima kasih atas simpati dan bantuan yang diberikan rakyat Malaysia. Semoga ini dapat lebih mempererat lagi hubungan kedua bangsa serumpun. Dalam kesempatan tersebut juga dijelaskan upaya pemerintah Indonesia dalam menanggulangi bencana Mentawai dan Merapi.

Bulan Sabit Merah Malaysia menyatakan siap memberangkatkan timnya untuk membantu korban bencana alam di Indonesia, apabila diperlukan dan diijinkan oleh Pemerintah Indonesia. “Saat ini Pemerintah Indonesia menyatakan masih belum memerlukan bantuan tenaga dari luar. Namun, kami tetap bersiap jika sewaktu-waktu PMI meminta bantuan kami”, kata Datuk Wira Dr. Bahari bin Datuk Abu Mansor. (Sumber: KBRI Kuala Lumpur)

Wednesday, July 21, 2010

BSMM - Bulan Sabit Merah Malaysia


Jangan ambil mudah jika ingin ke Gaza: PBSM 2010/07/21

SEPANG: Rakyat Malaysia yang ingin ke Semenanjung Gaza dinasihati agar jangan ambil mudah jika ingin ke wilayah bergolak itu, kata ketua rombongan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM), Datuk Dr Bahari Abu Mansor. Beliau yang juga Naib Pengerusi Kebangsaan PBSM, baru pulang dari Gaza hari ini berkata nasihat itu diberikan ekoran kegagalan rombongan berkenaan memasuki Gaza dari pintu Rafah, Mesir seperti yang dijadualkan walaupun telah mendapat kelulusan daripada PBSM Palestin.

"Pada awalnya, kami menjangkakan dapat memasuki dengan senang namun keadaan yang tidak menentu di Mesir menyukarkan keadaan. Walaupun dapat kebenaran tidak bermakna kita dapat masuk Gaza dengan mudah," katanya yang selamat tiba bersama lapan lagi sukarelawan di bawah naungan PBSM.

Malahan, katanya Kedutaan Malaysia di Mesir turut membantu namun keputusan muktamad tetap di tangan kerajaan Mesir. "Ini adalah halangan yang kita hadapi," tegasnya yang berlepas ke Gaza bersama sukarelawan itu pada 11 Julai lalu. Dr Bahari berkata halangan itu tidak mematahkan semangat PBSM untuk menganjurkan misi yang sama, Kelab Putra 1Malaysia dengan 40 orang anggota yang dijangka berlepas seminggu sebelum Ramadan. "Pada dasarnya PBSM Palestin sudah maklum kedatangan rombongan ini," katanya Katanya rombongan PBSM yang pulang hari ini, hanya dapat memasuki Gaza pada Ahad lalu disebabkan prosedur baru yang diperkenalkan pihak berkuasa Mesir. Ini menyebabkan permohonan untuk memasuki wilayah itu perlu dilakukan semula dan hanya dibenarkan masuk empat hari kemudian yang menyebabkan PBSM terpaksa merombak jadual perjalanan di Gaza. Ia termasuk jadual lawatan ke beberapa hospital yang menempatkan mangsa serangan Israel 18 bulan lalu serta kem pelarian kanak-kanak dan kawasan kemusnahan serangan selama 22 hari itu. Namun, Dr Bahari menganggap misi PBSM ke Gaza kali ketiga ini adalah kejayaan besar bagi persatuan itu dengan melawat beberapa hospital di mana peralatan perubatan sudah dibeli termasuk pembelian kaki-kaki palsu. Malah katanya kira-kira 4,000 beg sekolah telah diserahkan kepada anak-anak Palestin. Beliau berkata matlamat misi PBSM kali ini adalah untuk memantau cara sumbangan berjumlah RM1.7 juta itu yang telah diserahkannya kepada PBSM Palestin tahun lalu dibelanjakan. Selain Dr Bahari, turut mengikuti rombongan ialah Pengerusi Jawatankuasa Publisiti PBSM, Datuk Ahmad A Talib; Pengurus Pengurusan Bencana, Nasir Khan Abdul Rahman serta enam sukarelawan. Antara lain, Dr Bahari berkata PBSM Malaysia juga telah meminta PBSM Palestin agar berusaha mendapatkan bantuan kemanusiaan yang dibawa oleh rombongan Flotilla Freedom awal Jun lalu yang kini masih ditahan Israel. Sebuah kapal yang dikenali sebagai MV Mavi Marmara yang sarat membawa sukarelawan dan bantuan kemanusiaan telah diserang oleh askar regim Zionis itu di perairan antarabangsa pada 31 Mei lalu menyebabkan sembilan orang sukarelawan terbunuh. - BERNAMA