IsI dan KuLiT

Apapun di dalam dunia ini, dan kehidupan kita, ianya ibarat isi dan kulit di mana saling memerlukan. Jadilah seperti kulit yang melindungi sang isi yang baik, manis, cantik dan sang isi yang menggembirakan semua orang......

Friday, April 6, 2012

BULETIN BSMM 2012




Rabu, 4 April 2012 – Satu ceramah dan latihan tentang Asas Pertolongan Cemas telah diadakan di SMA Maahad Al-Mizan anjuran Unit Beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM). Penceramah yang dijemput ialah dua orang jurulatih bertauliah di Perak yang juga merupakan guru di SMK Sultan Tajul Ariffin, Manong iaitu Encik Nazri bin Bahador dan Encik Saleh bin Mislan.Ceramah dan latihan ini dianjurkan bertujuan memberi pendedahan dan maklumat yang betul kepada murid supaya murid jelas tentang Asas Pertolongan Cemas terutamanya cardiopulmonary resuscitation (CPR). Seramai 68 orang murid yang terdiri daripada ahli BSMM sendiri dan sejumlah kecil daripada Unit Bomba dan Penyelamat.Murid juga diterap dengan nilai-nilai keberanian, yakin dan mempunyai semangat untuk membantu mereka yang memerlukan dan yang di dalam kesusahan seiring dengan prinsip kemanusiaaan BSMM yang tidak mengira kaum dan agama. Nyawa merupakan anugerah yang tidak ternilai yang Allah swt kurniakan kepada makhluk. Maka dengan itu, kita perlu bersyukur dan menghargai nyawa sendiri dan juga orang lain. Bersesuaian dengan firman Allah di dalam surah Al-Hujurat: 9,10 yang sekurang-kurang maksudnya berlaku adillah kamu dalam semua perkara kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil dan damaikanlah dua orang di antara kamu supaya beroleh rahmat Allah.

Allah juga telah berfirman di dalam al-quran bahawa “tidak dijadikan manusia dan jin melainkan untuk menyembahKU”.

Oleh yang demikian, berlumba-lumbalah kita dalam memperbanyakkan amal kebajikan supaya kita mendapat keampunan dan keredhaan Allah swt.

Compression

Posisi pemulihan bagi mangsa


Blowing
Amirul Asyraf, Presiden Unit BSMM sedang melakukan compression dengan bantuan jurulatih.


No comments:

Post a Comment