IsI dan KuLiT

Apapun di dalam dunia ini, dan kehidupan kita, ianya ibarat isi dan kulit di mana saling memerlukan. Jadilah seperti kulit yang melindungi sang isi yang baik, manis, cantik dan sang isi yang menggembirakan semua orang......

Tuesday, July 20, 2010

Hujan dan aku....


Sejak daripada petang tadi hujan turun dengan lebat. Habis basah ruang depan tv dan air yang mencurah-curah turun di pintu dapur. Angin bertiup kencang. Nak buka tingkap dan pintu pun terasa gerun sebab guruh petir galak bermain di laman langit.

Tapi aku suka bila time hujan ni. Sejuk dan kalau boleh nak aje aku turun dan main hujan. Dah lama tak mandi hujan ni. Sejak kahwin semua perkara yang gila-gila ni aku dah tak buat. Pastu tadi semasa sedang membasuh kain di belakang, aku mendengar satu persatu bunyi titisan air hujan yang menimpa bumbung hujan beserta tiupan angin yang dingin. Sungguh indah dan seronok dengar bunyi hujan tu. Sekonyong-konyong aku teringat kenangan terindah zaman solo aku. Dulu bila hari hujan aku suka di beranda atas rumah (rumah kampung jer tapi macam mansion), sambil membuka pintu dan menikmati hembusan angin dan menghayati irama hujan. Layan jer perasaan masa tu. Bau daun basah menusuk hidung. Segar je rasanya. Pastu ada sekoleh air teh panas. Memang syok. Nak nak pulak goreng mee. Makan panas-panas. Hmmmm....mendamaikan. Macam-macam ilham datang waktu tu. kadang-kadang duduk dalam pondok yang ditengah-tengah pondok tu ade pokok besar tapi aku pon tak tau tu pokok apa. Sengaja tak ditebang pokok tu. Depan pondok tu ade pokok ciku. Sedap dan manis buahnya. Tapi aku tak suka buah ciku. Tak tahulah kenapa. Duduk dalam pondok tu dengan mak atau dengan kak wana dan kitorang ngaji sama-sama. tak pun mulalah bercerita yang entah hapa-hapa tah. Tapi memang seronok dan kelakar. Masa tu entah kenapa apa pon seronok.

Tapi sekarang semua tu kenangan je lah. Tak mungkin aku dapat menikmati lagi suasana kampung yang betul-betul punye kampung. Rumah pon buat ikut dan jer. Hahahahah...macam rumah kongsi pun ada. Tapi di situlah bermula segala episod kehidupanku. Belajar mengenal diri, belajar tentang alam sekeliling, belajar tentang manusia lain dan budaya serta adat mereka. Seronok rupanya belajar tentang perangai manusia ni. macam-macam ada.(macam astro pulak...).

Sekarang duduk rumah tinggi juga tapi suasana nak menikmati hujan tu tak sama kalau duduk dalam hutan atau pun kampung. Berbeza sangat. Tapi rumah aku ni seronok jugaklah sebab kalau pagi-pagi buka pintu nampak bukit yang memutih kerana embun yang tebal. Sejuk kedinginan angin pagi memang menyegarkan dan tak seperti duduk bandar Klang yang memang menyesakkan ruang paru-paru aku ni. Pagi-pagi buka pintu dah berbau asap jerebu (kalau time jerebu kuat la...). kalau takda jerebu bau asap kereta yang lalu lalang depan rumah. berbeza di KK ni. Semua fresh. makan pon fresh.

Cerita pasal hujan ni juga teringat baru-baru kawin. Aku dan hujan meang tak dapat dipisahkan. Hehehehe......Ada juga kenangan bersama suami tersayang dalam hujan ni. Ada dua kenangan hujan ni dengan suami. Yang indah dan trauma. Yang indah dah tentu indah la..tapi tidaklah basah bersama dalam hujan tu tapi menikmati hujan bersama-sama di suatu tempat yang memang menjadi kenangan sampai bila-bila. Kebun pisang. Yang trauma nya ialah aku dan suami kemalangan dalam hujan juga. Nasib la waktu malam..so aku tak nampak sangat apa yang berlaku cuma dengar bunyi dentuman sahaja. Luka jugalah.....

Banyak lagi sebenarnya kenangan aku dan hujan ni. Masa tingkatan 2 dulu, cehh konon-konon ada balak la. Masa tu hujan. Balak aku ni...oppsss...bekas balak aku ni sanggup belikan aku payung konon-konon tak nak aku demam la....Aku dah cakap tak payah beli sebab aku tak suka pakai payung (sebenarnya tak pernah guna payung pun) tapi mamat tu beli jugak. last-last, aku tak reti nak bukak payung tu.Hishhhhh......Kan aku dah kata jangan beli payung. Tak pasal-pasal je dah malu sebab nak bukak payung pon tak reti. Masa tu aku rasa bila guna payung macam minah poyo je. Aku ni kan brutal. Hahahaha..sekarang tak lagi. Hehehehe.....

Hmmm.....kenangan...kenangan......:p


2 comments: