IsI dan KuLiT

Apapun di dalam dunia ini, dan kehidupan kita, ianya ibarat isi dan kulit di mana saling memerlukan. Jadilah seperti kulit yang melindungi sang isi yang baik, manis, cantik dan sang isi yang menggembirakan semua orang......

Tuesday, May 10, 2011

Aduhai makhluk...

“Sudah pastilah kecintaan-KU itu untuk orang-orang yang saling ziarah menziarahi kerana AKU. Sudah pasti pula kecintaan-KU untuk orang yang saling cinta menyintai kerana AKU, sudah pasti pula kecintaan-KU kepada orang-orang yang saling bantu membantu kerana AKU. Juga sudah pastilah kecintaan-KU untuk orang yang saling tolong menolong kerana AKU.” - Riwayat Ahmad dan Hakim.


Di antara makhluk yang bernama manusia, makhluk yang bernama binatang dan alam sekeliling yang terdiri daripada tumbuhan, saling memerlukan, saling menyokong antara mereka. Inilah yang disebut sebagai hablum minallah, hablum minan nas dan hablum minal 'alam, iaitu hubungan antara Allah sebagai Pencipta, hubungan antara manusia dan hubungan antara alam. Ini terbukti antara dua makhluk yang istimewa ini.

Sekilas memandang gambar ini, pasti pembaca akan tersenyum. Setelah itu akan berfikir akan ketakjuban keadaan ini. Inilah kebesaran yang telah Allah ciptakan untuk kesejahteraan makhluknya yang hidup daripada pelbagai jenis dan bentuk. Selagi mana kita berbuat kebaikan di antara sesama makhluk, nescaya makhluk lain juga akan berbuat kebaikan dan mendoakan untuk kesejahteraan dan kebahagiaan kita. Indah, bukan? 

Jika antara makhluk bernama manusia dan makhluk bernama haiwan dapat berkawan baik, saling menjaga satu sama lain, bagaimana pula sekiranya hubungan manusia dengan manusia? Tidakkah kita mahu hubungan seperti mana gambar di atas? Tetapi, realitinya tidak sebegitu. Makhluk manusia dengan manusia yang lain lebih gemar berbalah dan bersengketa sedangkan mereka dikurniakan oleh Allah dengan sebaik-baik akal tetapi lemah dengan nafsu serakah. 

Lihatlah di sekeliling kita dan hayatilah keindahan ciptaan Allah. Setiap yang dijadikan mempunyai sebab dan pergunakanlah dengan sebaik-baiknya untuk manfaat bersama selagi ada hayat. Pergunakanlah segala kenikmatan yang telah Allah berikan untuk menjadi hamba yang sebenar-benar hamba kepada Pencipta Yang Maha Agung yang memiliki seluruh alam ini dan seluruh isinya. Wallahu 'alam.





















No comments:

Post a Comment