IsI dan KuLiT

Apapun di dalam dunia ini, dan kehidupan kita, ianya ibarat isi dan kulit di mana saling memerlukan. Jadilah seperti kulit yang melindungi sang isi yang baik, manis, cantik dan sang isi yang menggembirakan semua orang......

Monday, October 17, 2011

Kenapa nak kesah?

Ada dan tiada tak menjadi apa,
Bersuka dan berduka tak siapa ambil kira,
nak ketawa nak menangis sendirilah jua.

Tapi........
Itu tak mengapa,
itu kan "small matter", kenapa nak terasa,
kau juga yang kata,"Hidup matiku hanya untukNYA",
itu hanya dugaan dari Al-Basitd,
setidak-tidaknya jauh daripada kutuk, mengata dan nista,
itu kan dosa, kau nak ke?

Patutnya kau berlapang dada,
tak perlu nak menangis sampai merah mata,
sentiasa ukir senyum agar nampak ceria,
nak beramal pun mudah dan lega.

Janganlah ambil kira orang nak mengata,
itukan lumrah dunia,
asalkan kau tak sakiti mereka,
itu lebih patut ku rasa.....

Doakan mereka,
agar terbuka hati dan minda,
ke arah kebaikan kesejagatan manusia,
kita tak lama di alam fana,
alam baqa' jua abadi selamanya.

Aku yang Merindu...


Angin menghembus lembut menampar pipiku lembut,
Ku tersentak, ku terjaga,
Ku bertanya pada malam, ku bertanya pada bintang,
Anganku menancap raut wajahmu,
Sedang apa kau di sana aduhai sayang,
Di sini aku merayu, angin sampaikan salam ku salam mu,
Salam sejuta kasih dan rindu.

Kau bisikkan di angin lalu,
SABAR, SABAR, SABARLAH SAYANG....
Semua ini akan cepat berlalu dan kita kembali menyatu,
Andai kau rindu pada ku, sebutlah namaku selalu,
Di setiap nafasmu, akan ku datang kepadamu sayang.

Sayang...
Ku panggil panggil kamu tiap detik,
Agar dapat kurasakan sentuhan mu, belaian mu,
Ku pejamkan mata ku agar dapat ku rasai kehangatan itu,
Dan merasai ketenangan seperti dalam dakapan mesramu,
Seperti selalu.....

Ruang mataku dipenuhi dengan panahan kasih sayangmu,
memandangku penuh tulus,
Limpahan cinta memuntahkan laharnya,
Dengan senyuman mu...

Di kejauhan ini, ku titip doa buatmu yang ku rindu,
Moga hatiku hatimu bertaut teguh,
Meleraikan sesak di batinku,
Biar airmata berderai namun bukan kesedihan,
Hanya kenangan bersama mekar selamanya.

Wednesday, October 12, 2011

Mengapa Perlu Menutup Aurat

Sedang aku melayari dan menyelusuri laman sosial aku, tiba2 artikel ini berjaya menarik perhatianku.Ianya sesuai dengan blogku yang bertajuk ISI dan KULIT.Isi dan kulit tak dpt dipisahkan.Di sini ku abadikan tulisan pelajar perempuan daripada Kolej Islam Klang buat tatapan dan peringatan kepada diriku dan aku dedikasikan artikel tersebut buat insan2 yg aku sayangi yg berada dalam ruang lingkup kehidupanku.Mungkin kata2ku tidak mampu menyentap hati mereka,namun aku berdoa agar Allah memberikan hidayah dan cahaya Islam dalam hati mereka melaluui artikel ini.Allahu 'alam.

_________________________________________________________________________________


Tidak berhijab dan mempamerkan perhiasan akan mengundang fitnah bagi lelaki. Seorang wanita apabila mempamerkan bentuk tubuh dan perhiasannya di hadapan lelaki bukan mahram, jelas akan mengundang perhatian kaum lelaki yang berhidung belang dan serigala berbulu domba.
Jika ada kesempatan mereka pasti akan mencari mangsa dengan ganas laksana singa sedang kelaparan.
Seorang penyair berkata:
"Berawal dari pandangan lalu senyuman kemudian salam disusul pembicaraan lalu berakhir dengan janji dan pertemuan."
Sesungguhnya Allah memerintahkan hijab untuk menghilangkan pelbagai macam fitnah (kerosakan). Jika pelbagai macam fitnah redup dan lenyap, maka masyarakat yang dihuni oleh kaum wanita berhijab akan lebih aman dan selamat dari fitnah.
Sebaliknya, masyarakat yang dihuni oleh wanita yang gemar bertabarruj (berdandan secara berlebihan), dedah aurat dan keindahan tubuh, sangatlah mudah terjebak dengan ancaman pelbagai fitnah dan gangguan seksual serta nafsu syahwat yang membawa malapetaka dan kehancuran yang sangat besar.
Jasad yang menampakkan bentuk tubuh badan akan jelas memancing perhatian dan pandangan kaum lelaki. Itulah tahap pertama bagi penghancuran dan kerosakan moral dan peradaban sebuah masyarakat.
"Sungguh akan merasakan manisnya Iman, seseorang yang telah rela Allah sebagai Rabb, Islam sebagai agama, dan Muhammad sebagai Rasul utusan Allah."(HR Muslim)
"Setiap umatku (yang bersalah) akan dimaafkan, kecuali orang yang secara terang-terangan (berbuat maksiat)."(Hr.Bukhari)
Sementara wanita yang mendedahkan aurat dan keindahan tubuh sama ertinya dia telah berani menampakkan kemaksiatan secara terang-terangan.
Jangan menelanjangi diri dengan berpakaian ketat atau sempit.
Bagaimana kita menyayangi orang lain sedangkan diri sendiri tidak mampu kita sayangi.
Sudahkah anda berhijab?
Kebenaran hanya milik Allah.

Biodata Penulis

Fatin Nabilah Seorang pelajar di Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang.

Hidup Ini Ibarat Secawan Kopi

Sejuk sungguh petang ini.Aku duduk di suatu sudut di beranda sambil menikmati angin petang yang bertiup lembut selepas hujan reda. Tiba-tiba Mak Jah datang,"Za, ko nak minum apa petang ni?" tanya Mak Jah. "Macam biasalah Mak Jah, kopi ye," kataku sambil tersenyum. "Baiklah,"  balas Mak Jah sambil berlalu pergi.
Aku meneruskan melayan perasaan sementara menunggu Mak Jah menghantar minuman petangku.

Tidak lama kemudian, Mak Jah datang dengan setalam kopi dan juga kuih kegemaranku,karipap pusing berinti kentang. Aku memang suka dengan karipap buatan Mak Jah kerana ianya mengingatkan aku kepada arwah nenek ku yang sering membuat karipap untukku. Nenek memang pandai memasak.

Aku menjamah sebiji karipap sambil Mak Jah menuangkan kopi ke dalam cawanku. "Mak Jah, minum lah sama dengan Za di sini. Dah lama kita tak bersembang panjang, " pelawaku kepada Mak Jah. "Ha, yelah.Nanti Mak Jah ke dapur ambil satu lagi cawan ye," jawab Mak Jah.

Tidak lama kemudian Mak Jah datang semula ke beranda sambil membawa sebiji cawan. Kemudian, Mak Jah duduk di sebelah ku. Mataku menyoroti setiap perbuatan Mak Jah menuang air kopi ke dalam cawannya. Aku menikmati kopi panasku dan kuhirup perlahan-lahan. "Ermmm...masih seperti biasa kopi Mak Jah ni. Sedap, pekat, gulanya juga seimbang," aku berkata dalam hati.

Semasa Mak Jah menghirup minumannya, tiba-tiba aku bersuara, "Mak Jah, kenapa Mak Jah guna cawan plastik tu? Kan ke ade banyak lagi cawan atau mug yang elok-elok Za beli.Kenapa Mak Jah tak guna?" tanyaku kepada Mak Jah.

"Tak pelah, kan sama aja cawan kaca atau plastik," jawab Mak Jah sambil tersenyum. "Yang penting nak minum kopinya, bukan cawannya," sambung Mak Jah lagi. "Mana ada sama Mak Jah, lain la. Minum dalam cawan kaca lebih bergaya, cantik, konfiden je bila minum. kalau guna cawan plastik ni biasa-biasa je rasanya Mak Jah," kataku dengan yakin.

Mak Jah tersenyum lagi sambil memandang aku. "Za," tiba-tiba Mak Jah bersuara. "Iye Mak Jah," jawabku. "Za perasan tak hidup kita ni ibarat secawan kopi?"tanya Mak jah kepadaku. "Entah, tak perasan pulak Mak Jah. Apa kene mengena kopi dengan hidup kita. Makan untuk hidup tu biasa lah Mak Jah," jawabku selamba tanpa memikirkan apa makna persoalan Mak Jah itu. Aku meneruskan menikmati minuman kegemaranku disulami dengan karipap.

"Za, air kopi Za dengan Mak Jah ni serupa ke tidak?" tanya Mak Jah kepada ku. "Eh, Mak Jah ni. Mestilah sama, serupa. Kan Mak Jah buat seteko besar ni. Soalan apa ni Mak Jah. Buat lawak pulak," jawabku. "Cuba Za perhatikan betul-betul nak. Ada beza ke antara air kopi ni dalam cawan Za dan Mak Jah ni? Rasa, warna, semuanya sama,kan?" soal Mak Jah lagi. "Samalah Mak Jah. Kenapa?"aku mula tertanya-tanya.

"Air kopi ni lah ibarat kehidupan kita Za. Takde bezanya antara satu sama lain. Yang kita cari dalam dunia ni pun,yang ingin dinikmati dan dikecapi inilah dia, macam rasa dan nikmat air kopi ni," Mak Jah mula mengulas. "Yang semua orang rasa adalah sama tetapi apa yang di sekeliling kitalah yang membezakan kita untuk merasai kehidupan kita," Mak Jah menyambung kata-katanya lagi. "Mak Jah, Za tak faham la kata-kata Mak Jah ni. Cuba Mak Jah terangkan dengan lebih jelas dan ringkas," jawabku sambil menggaru-garu kepala yang tidak gatal.

Mak Jah yang memang terkenal dengan kesabaran dan kelembuatannya itu, tersenyum sambil memandang aku. Mak Jah mula membuka mulut untuk berbicara lagi. "Semua orang menikmati kehidupan ni kan. Semua orang juga ada kehidupan tetapi yang menjadi pengahalang kepada kehidupan yang sama ialah luaran kita, sekeliling kita. Contohnya, cawan yang Mak Jah gunakan ialah cawan plastik yang murah, Za pula menikmati air kopi yang sama macam Mak Jah minum dalam cawan kaca yang mahal. Begitulah kehidupan kita yang sebenar Za. Macam yang Za cakap awal tadi, bila Za minum dalam cawan kaca yang mahal ni Za rasa ada status, Za rasa berkeyakinan dan rasa kopi tu sedap, berbeza dengan cawan plastik. Sedangkan air kopi tu jugalah yang Mak Jah minum ni ha. Sama je, bukan Mak Jah buat yang lain, tapi sudah fitrah manusia ni suka nak bersaing, nak berlumba dan bangga bila ada status yang tinggi, suka dipuji orang jika ada rumah besar, pangkat besar, kereta yang cantik, perhiasan emas dan berlian yang banyak dan berkilau, dan apabila kita tengok orang lain lebih kita akan rasa diri kita tak berguna, tak berkeyakinan, tidak hebat dan tidak bagus seperti orang lain. Kita akan cuba pula bersaing untuk menyamakan taraf kita dengan orang lain. Itu yang kadang-kadang sampai sanggup khianat kawan sendiri, sanggup berbunuhan, sanggup pula mengenakan dengan ilmmu-ilmu yang salah semata-mata memenuhi tuntutan nafsu. betul tak, Za?" jelas Mak Jah dengan panjang lebar. Aku hanya mendiamkan diri dan mengangguk-anggukkan kepala mendengar kata-kata Mak Jah dan cuba memahamkan kata-katanya itu.

"Iyelah Mak Jah. Za baru sedar rupanya hidup kita ni ibarat secawan kopi jer. Tak sangka pulak Za. Bertahun-tahun Za minum air kopi ni dan dah menjadi minuman kegemaran Za pun tapi Za tak nampak ianya begitu. Kopi tetap kopi tapi cawan yang kita gunakan berbeza-beza. Ada orang tak kisah dengan kehidupan yang biasa-biasa, tapi ada segelintir suka dengan kehidupan yang berstatus. Hishhh..tak sangka pulak Za ni tergolong dalam kumpulan yang gila status ye Mak Jah," kataku sambil tertawa.

Kami meneruskan menikmati minuman air kopi yang masih bersisa. Kehidupan tetap kehidupan, jangan dicemari dengan kerakusan menakluki dunia kerana yang hidup akhirnya akan mati jua, dan mati itu suatu yang pasti. Sepertimana yang disebutkan dalam Al-Quran surah Ali 'Imran ayat 185: "Kullu nafsin za iqotul maut"(Tiap yang bernyawa itu pasti merasai mati).Allahu 'alam.







*** Mak kata, terpulang la nak manis ke, nak kurang manis ke, ada orang suka minum kopi pahit. yang mampu ikut cara mampu,yang ketiadaan,ukurlah baju di badan sndiri..jangan sampai menusahkan diri sendiri dan hidup orang lain.

Tuesday, October 4, 2011

ENGISH is FUN!

Puan Nor Hasni is our Co-ordinator

Today all of us were learning how to blog and email. So, now here a bit touch from me and my friends....However we have learnt so much through this course and it was really benefits us as a teacher. All this will be applying in our school then. To those my friends, I really would like to express my gratitude to all of you and nice meeting you all then! Last but not least, thank you as well to our facilitators Miss Flory Juliana, Mss Suguna and miss Lizarose. All of you are really superb!!
Suhaila
Pruda @ Uda
Miss Suguna - our facilitator..
Bainah & Izzah
Miss Juliana our cheerful facilitator

Wednesday, September 14, 2011

Mengharap Redho Ilahi



Tombo Ati iku limo perkorone
Kaping pisan moco Qur’an lan maknane
Kaping pindo sholat wengi lakonono
Kaping telu wong kang sholeh kumpulono
Kaping papat kudu weteng ingkang luwe
Kaping limo dzikir wengi ingkang suwe

Salah sawijine sopo iso ngelakoni
Mugi-mugi Gusti Allah nyembadani

Obat Hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca Qur’an dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perbanyaklah

Salah satunya siapa bisa menjalani
Moga-moga Gusti Allah mencukup

Tuesday, August 23, 2011

Mana mak?


Jam 6.30 petang.
Mak  berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bongsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “ Ada  di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.
Dua puluh tahun kemudian,

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah  basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya.  Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah  menonton tv.  Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh  yang  asyik membaca majalah.


Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh  menjawab, “Entah.”


Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah  mahu.


Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah  bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar  kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang  sekolah.  Mak  resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak  mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"


Semakin anak-anak  Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan  memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan  bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan. 

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak  lakukannya.


Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan  bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus  kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda  faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak  sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."  

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur.  Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira  dan  berlari mendakapnya seperti dulu.


Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan  setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak  masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak  berangkat."

Mak  minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan  balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta.  Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.


Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak  ingat kata-kata ayah , “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun.  Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak p ayah  sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa  menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang  merasa anak-anak   mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.


Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya  Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.


Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak.  Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa  Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah  telepon untuk beritahu mak sakit tenat.


Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?".  Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah  itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini  tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah  hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala  Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah ....bangun." Suara Ateh memanggil ayah . Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"   

Ayah  tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?"  masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa perasaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. KataRasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah . Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telefon panggilan dari ibu tanpa berjawab?