IsI dan KuLiT

Apapun di dalam dunia ini, dan kehidupan kita, ianya ibarat isi dan kulit di mana saling memerlukan. Jadilah seperti kulit yang melindungi sang isi yang baik, manis, cantik dan sang isi yang menggembirakan semua orang......

Monday, February 18, 2013

Kek


Hasil kedua membuat kek dalam seminggu.

Minggu ni minggu buat kek aje. Semenjak-menjak dah berjaya buat kek pelangi yang memang terlalu diidam-idamkan, semalam operasi membuat kek kali kedua. Hmmm....memang amat berpuas hati dengannya. Bukan senang nak buat kek nih. Perlu sabar, tekun dan fokus kalau tk konfem kek tak jadi. Nak buat kek juga kene ada mood yang baik, kalau tidak hancurlah kek tu.

Sebelum ni buat kek kukus tapi tk pernah yang menjadi. Kecewa sangat masa tuh. Hmmm.... sekarang dah dapat petua dan hasilnya kejayaan itu mendorong untuk memvariasikan lagi kek yang akan datang. Tambahan pula suami amat sukakan rasa kek buatan di rumah (home-made) ni. Terima kasih Abang kerana bagi sokongan.
Dekorasi kek oleh Busyra. Hehehe...jadilah ye!
Kek pelangi untuk Busyra

Kerana Sebiji Epal



Ahad, 13 Januari 2013. Aku dan anak-anak balik ke Klang menjenguk mak yang kini tinggal berseorangan. Anak-anak sudah tinggal bersama denganku di Perak kerana mereka telah pun bersekolah. Seperti biasa hari Ahad pasti aku dan mak serta anak-anak akan keluar menghabiskan masa bersama dengan makan bersama dan "window shopping". Destinasi kali ni makan tengahari di Restoran Cili Merah dan kemudian ke Plaza Alam Sentral.

Tujuan ke Plaza Alam Sentral ialah mencari tudung sekolah untuk Busyra dan 'Ilmee. Kalau putih sudah lama aku buat sendiri tapi ni nak mencari warna ungu dan yang paling utama mesti mudah dipakai atau disarung sebab anak-anak kecil agak lasak dan sukar digayakan.

Setelah 15 minit berlegar-legar di lantai satu Alam Sentral, akhirnya bertemu juga dengan tudung yang dikehendaki. Dapatlah seorang sepasang. Kemudian, menemani emak cari barang yang dikehendaki pulak..

Setelah apa yang dihajati emak diperolehi kami turun ke lantai bawah(ground floor). Anak-anak dah mula membising sebab dah berjalan agak lama. Mulalah mereka mintak itu dan ini. Kemudian, emak berhenti di gerai buah berdekatan eskalator. Sambil emak memilih-milih buah yang segar, aku seperti biasa melayan androidku. Sambil melayari facebook di android mataku menjeling-jeling juga untuk memastikan keselamatan anak-anak ku agar mereka tidak pergi jauh daripada aku dan emak. Entah macam mana, dalam kekalutan emak memilih buah dan anak-anak yang dah mula riuh, mata aku terpandang seorang mat Bangla tukang sapu di bangunan Alam Sentral tu sedang berbual dengan peniaga buah tersebut. Peniaga buah tersebut sedang ralit menyusun buah ke rak. Sambil berbual dia tidak memandang ke arah mat Bangla tersebut. Aku agak curiga dengan mat Bangla tersebut yang mana bahasa badannya membuatkan  aku untuk terus memerhatikan dia dan apakah yang akan dibuat seterusnya.

Sambil dia berbual dan sambil menyapu ala kadar di sekitar gerai buah itu, tiba-tiba tangannya meraba-raba buah epal yang berdekatan. Tanpa peniaga tersebut menyedari, mat Bangla itu telah mengambil sebiji epal yang agak kehijau-hijauan dan di sembunyikan di tanggannya. Kelihatannya dia seperti ingin tunjuk atau minta kepada peniaga buah tersebut tetapi mungkin dia takut atau rasa bersalah atau ditakuti peniaga tersebut minta wang selepas itu mat Bangla tersebut tiba-tiba menyeluk sakunya. Dia nekad menyembunyikan epal tersebut. Aku teragak-agak untuk menegur mat Bangla tersebut. Pertama aku fikir mat Bangla tersebut mungkin akan malu. Kedua aku takut akan terjadi pergaduhan antara peniaga buah dengan mat Bangla tersebut. Kemudian, ku lihat mat Bangla tersebut terus beredar tapi wajahnya masih menunjukkan rasa bersalah.

Aku mula terfikirkan sesuatu. Kenapa mat Bangla tersebut tergamak berbuat demikian? Tidak ada duitkah dia? Sebiji epal baru berapa sen sahaja. Atau adakah kalau mat Bangla tersebut meminta kepada peniaga tersebut, mungkinkah peniaga tersebut akan memberinya dengan percuma atau akan terus meminta bayaran?
Dalam aku berkira-kira tu, aku cuba mencari tanda harga bagi buah epal tersebut. Setelah aku tolak kali bahagi akhirnya aku dapati harga bagi sebiji epal hanyalah RM0.50 sahaja. Masya Allah. Aku beristighfar  berkali-kali dan pada masa yang sama aku bersyukur dengan apa yang telah Allah kurniakan untuk aku dan keluargaku. Lantas, aku berjumpa dengan peniaga buah tersebut lalu aku berikan RM0.50 kepadanya. Aku katakan ada yang ambil buah epal di gerainya tadi. Dia cuba bertanya sesuatu lalu aku katakan takpalah. Tak perlu tahu siapa. Anggap saja saya beli. Tapi saya beli sebiji sahaja. Peniaga tersebut nampaknya keliru. Tapi masih lagi menerima wang pemberianku.

Emak pun selesai membeli buah dan kami terus memutuskan untuk balik ke rumah kerana bas ku ke Perak akan bergerak jam 4.30 petang. Barang perlu dikemas dan anak-anak perlu dibersihkan sebelum balik ke Perak.

Sepanjang perjalanan balik, kepala dan perasaanku sarat dengan kejadian yang berlaku tadi. Manusia sanggup buat apa sahaja demi sesuap makanan. Manusia tega mencuri, merompak, mengemis untuk makan. Ada juga segelintir manusia yang mahu makan tapi tak mahu membayar dengan erti kata lain nak 'makan free". Kejadian ini membuatkan aku insaf dengan apa yang telah aku ada. Jika kita ada rezeki lebih tidak salah rasanya kita berkongsi dengan mereka yang betul-betul memerlukan. Jangan kedekut kerana rezeki itu datangnya daripada Allah jua. Sekuat mana dan segigih mana kita bekerja tapi Allah jua yang mengurniakan. Janganlah kita mendabik dada dengan berkata, "aku kerja penat-penat, senang-senang je dia nak mintak". Itulah kata-kata manusia yang sombong dan kufur ni'mat. Adakalanya mata zahir kita tidak dapat melihat apa sebenarnya yang berlaku. Mungkin seseorang itu amat memerlukan wang dan wang itu perlu dibelanjakan dengan sebaiknya untuk keperluan yang lebih utama. Seperti insiden mat Bangla tersebut aku berfikir mungkin dia teringin sangat nak makan epal tersebut tetapi mungkin wangnya amat terhad. Jadi, aku niatkan sedekah untuknya. Mudah-mudahan ianya menjadi jariah buatku dan aku doakan mat Bangla tersebut jangan lagi mengulangi perbuatannya yang salah. Mudah-mudahan Allah berikan dia kekuatan untuk membuat kebaikan.

Hadis ada menyebutkan yang berbunyi:

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:Allah memberikan rahmat kepada seseorang yang berusaha mencari harta dengan jalan yang halal dan membelanjakannya dengan cara sederhana dan berhemat dan menabung kelebihannya untuk hari susah dan hajatnya.  

Antara kelebihan bersedekah ialah:

Dari Abu Dzar r.a katanya:Beberapa orang sahabat Nabi SAW pernah berkata kepada beliau,:Kaum hartawan memperolehi pahala yang lebih banyak. Mereka solat seperti kami solat, puasa seperti kami puasa dan bersedekah dengan sisa harta mereka. Jawab Rasulullah SAW:Bukankah Allah telah menjadikan berbagai macam cara untuk kamu bersedekah? Setiap kalimah tasbih adalah sedekah; setiap kalimah takbir adalah sedekah; setiap kalimah tahmid adalah sedekah; setiap kalimah tahlil adalah sedekah; amar makruf dan nahi mungkar (menagajak kepada kebaikan dan melarang kepada yang mungkar) adalah sedekah; bahkan pada kemaluanmu pun terdapat pula unsur sedekah. Mereka bertanya:Kalau begitu, adakah kami mendapat pahala jika kami memuaskan nafsu syahwat kami? Jawab Rasulullah SAW Jika kamu melakukannya dengan yang haram, tentunya kamu berdosa. Sebaliknya jika kamu melakukannya dengan yang halal, kamu mendapat pahala.

Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Sesiapa bersedekah seberat biji kurma dari usaha yang baik, dan tidak naik (sampai) kepada Allah melainkan yang baik, maka sesungguhnya Allah menyambutnya dengan tangan kanan-Nya. Kemudian Allah memelihara sedekah itu untuk pemiliknya, sebagaimana seorang kamu memelihara anak-anak kudanya sehingga menjadilah sedekah itu setinggi gunung.

Abu Said al-Khudri r.a menerangkan bahawasanya segolongan sahabat dari golongan Ansar meminta pemberian daripada Rasulullah lalu baginda memberikannya kepada mereka itu. Kemudian mereka meminta lagi kepada Rasulullah lalu baginda memberikannya pula sehingga habis apa yang ada padanya. Maka bersabdalah nabi: Harta yang ada pada ku tidaklah sekali-kali aku menyimpannya untuk orang yang lain daripada mu. Sesiapa yang memelihara diri dari meminta-minta nescaya Allah memeliharanya daripada yang haram. Dan sesiapa yang memohon kepada Allah, nescaya Allah memberikan kecukupan kepadanya. Dan sesiapa bersabar menahan penderitaan, nescaya Allah memberikan kepadanya kesabaran. Dan tidak diberikan kepada seseorang sesuatu pemberian yang lebih baik dan luas daripada ˜kesabaran'.




Saturday, February 16, 2013

LADAP 2 - Pembinaan Blog

Hmmm....Lama sudah tak menulis dan memasukkan entri.Rindu untuk menulis sebenarnya tetapi apakan daya kekangan masa untuk mengurus rumah dan anak-anak yang baru memulakan alam persekolahan. Inni entri saya yang pertama dalam tahun 2013 ini.

Hari ini LADAP 2 di sekolah dengan tajuk "Pembinaan Blog". Instructor hari ni ialah PK Pentadbran sendiri iaitu Tuan Haji Ahmad Zuhairi bin Haji Zakaria. seronok juga apabila kita buat 'revision" tentang laman blog nih. Dulu masa mula-mula buat blog tak lah secanggih sekarang ni. Hari ni diri ni banyak mendengar, melihat dan senyum. Hehehehe.....

Aktiviti yang menyeronokkan hari ni semasa membuat laman blog ni ialah dapat membantu kawan-kawan membuat tapak blog yang baru. Hmmm....inilah kelebihan dan hikmah berkongsi ilmu. "Sharing is caring". :)  :)

Jom tengok sekitar aktiviti pembinaan blog hari ini.

Inilah rupanya blog yang direka pagi tadi oleh PK1 tn Hj Ahmad Zuhairi


Guru-guru tekun mendengar tutorial drp PK1.
"Ustazah Shida dah sampai ke mana tu...???"



Wednesday, November 7, 2012

Kebaikan Minum Sarang Burung


Kebaikan Minum Sarang Burung(Bird Nest)









Bayi & Kanak kanakMemperbaiki sistem penghadaman, mencegah deman & selsema, mencedaskan minda & meningkatkan kepintaran
Wanita hamilMengukuhkan penghamilan serta perkembangan otak bayi, pemulihan rahim & badan selepas bersalin
Remaja Meningkatkan kadar metabloic & mengekalkan kecantikan
Dewasa & warga emasAnti Penuaan, mengekalkan pengedaran darah, meningkatkan semangat dan daya ingatan
Tekanan kesihatan perkerjaanMengurangkan keletihan mental, fizikal & memberi keselesaan
Pesakit Asma & Pesakit baru sembuhMenguatkan & meningkatkan daya ketahanan
Kurang Tidur, Panas BadanMemulihkan tenaga, mengurangkan kebahangan usus, melembahkan paru-paru





Wednesday, October 17, 2012

Kisah Zina dan Bau Kasturi


Ada seorang pemuda yang menjual kain dari rumah ke rumah. Ia mempunyai susuk tubuh yang tegap dan rupa yang tampan.

Suatu hari ia lewat di jalan-jalan dan seorang wanita telah memanggilnya dan memintanya untuk masuk ke dalam rumah, apabila pemuda itu masuk ke dalam rumah maka wanita itu terus mengunci pintu. Terkejut dengan perbuatan wanita tersebut, pemuda itu mengingatkanya dengan Allah dan azab yang pedih..

Tapi sia-sia.. Amarah wanita itu semakin bertambah. Wanita itu menyatakan betapa ia ingin melepaskan perasaan rindu dendamnya yang terpendam sejak sekian lama terhadap lelaki tersebut.

Wanita itu berkata pada pemuda penjual kain: “Jika anda tidak melakukan apa yang aku perintahkan pada kamu nescaya aku akan menjerit minta tolong. Aku akan beritahu kepada semua orang bahawa kamu menceroboh masuk dan memaksa ku melakukan perkara sumbang. Sudah tentu orang akan mempercayai kata-kataku ini.”

Melihat sikap wanita itu yang nekad. Pemuda itu menyuruhnya pergi bersiap-siap dan ia minta izin untuk masuk ke bilik air dengan alasan kononya ia juga ingin mempersiapkan diri. Apabila masuk ke bilik air, tubuh pemuda itu dengan sendiri rasa gementar daripada rasa takut dan jatuh dalam lumpur dosa dan tiba-tiba timbul dalam fikirannya satu jalan keluar.

Pemuda itu pun buang air besar dan ia lumurkan seluruh badan dengan najisnya sendiri. Sambil menangis ia berkata: “Daripada aku terjerumus dalam najis dosa dan kemurkaan Allah maka lebih baik aku lumurkan diriku dengan najis dunia yang busuk ini.”

Apabila pemuda itu keluar dari bilik mandi, ia dapati wanita itu sudah menunggunya. Ia melihat sendiri betapa terperanjatnya wanita itu dan wanita itu merasa sangat merasa jijik dengan keadaannya. Lalu wanita itu menjerit marah dan menyuruh pemuda itu keluar dari rumahnya dengan segera.

Lepaslah si pemuda dari dugaan yang amat berat. Dalam perjalanan pulang ia terdengar azan berkumandang.Ia terus balik ke rumah membersihkan diri. Dan dengan perasaan malu dengan bauan yang tak enak pada tubuhnya ia terus melangkahkan kakinya ke masjid.

Setelah selesai solat, pemuda itu menjadi panik apabila semua mata para jemaah tertumpu ke arahnya. Dalam keadaan tersipu-sipu ia mohon maaf. Apabila ia ingin beredar, jemaah masjid mengerumuninya dan bertanya kepadanya dari mana ia mendapat bauan yang sangat wangi itu. Semua ahli jemaah dapat mencium bauan kasturi yang semerbak harumannya..
Dikatakan bahawa bauan itu kekal dalam diri pemuda itu sampai akhir ajalnya. Ia di kenali dengan panggilan Abu Bakar “Al Miski” bermaksud Pemuda Kasturi..

Ingatlah, apabila seseorang melakukan zina ia terjerumus dalam najis dosa yang amat jijik di sisi Allah. Tapi sebelum itu, apabila hatimu tergerak untuk melakukan zina, ia sudah terlebih dahulu terpalit noda walaupun kamu tidak melakukannya. Itulah zina hati namanya. ^_^

Tuesday, October 16, 2012

Di manakah kita?

 Seorang doktar bergegas ke hospital setelah menerima panggilan untuk pembedahan emergency. 

Beliau menukar baju dan terus ke bilik pembedahan. Beliau nampak bapa budak sedang bermundar-mandir di bilik tersebut menunggu kehadiran doktor.

Selepas nampak doktor, bapa itu menjerit : “Mengapa lambat sangat? Doktor tak tahu nyawa anak saya dalam bahaya?!! Doktor tak de rasa sebarang tanggungjawab?”

Doktor tersebut tersenyum dan menjelaskan: “Saya mohon maaf. Saya tiada di hospital dan saya telah datang secepat mungkin… sekarang saya perlu saudara bertenang supaya saya boleh melakukan kerja saya.”




“Bertenang!!! Mudah cakap. Bayangkan kalau anak doktor yang di dalam sana!!!! BOLEHKAN DOKTOR BERTENANG?!!! JIKA ANAK SAYA MATI, APA YANG DOKTOR NAK BUAT!!” jerit bapa budak itu lagi.

Doktor tersebut bersenyum dan berkata : “Saya akan berpegang pada ajaran Islam - dari tanah kita datang kepada tanah kita dikembalikan… Doktor tidak boleh memanjangkan umur, hanya Allah boleh. Pergi berdoa untuk anak saudara dan kami akan cuba lakukan yang terbaik. InshaAllah.”

Bapa itu masih tidak berpuas hati dan berbisik pada hati : “Mudah bercakap nasihat bila tak kena batang hidup sendiri.”

Pembedahan itu mengambil masa beberapa jam… doktor keluar dengan senyuman lebar dan ceria.

“Alhamudillah. Anak saudara selamat!”

Tapi tanpa mendengar jawapan bapa tersebut, doktor terus berkata, “Ada apa-apa tanya jururawat saya.”

Bapa budak tadi tersinggung, “Mengapalah doktor tadi sombong sangat? Tak boleh ke tunggu dua tiga minit untuk berbincang mengenai keadaan anak saya?” kata bapa itu ke jururawat…

Jururawat itu tiba-tiba menangis dan berkata, “Anak doktor Hisham meninggal semalam… accident… beliau tadi atas urusan perkebumian ketika kami menelefon beliau untuk membedah anak encik. Selepas habis bedah, doktor kena gegas untuk balik mengebumikan anaknya.”

jawapan jururawat tu bikin Bapa budak tu tiba2 tergamam.

Manusia biasa melihat atas, melihat bawah, melihat kiri dan kanan… ….

Tapi mereka sering terlupa untuk melihat diri sendiri.

Adakah kita salah seorang daripadanya ? |

(^_^)

Friday, October 12, 2012

Ku Genggam Erat

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Ingin ku abadikan kata-kata ini untuk suamiku yang akan sekali lagi bertugas di Haramain
bagi tahun 1433 Hijriah...

Selagi boleh ku tatap wajahnya..akan ku tatap sepuasnya,
Selagi mampu ku senyum untuknya..akan ku berikan yang semanis2nya,
Selagi daya ku peluk dirinya..akan ku peluk seerat2 mungkin,
Selagi dapat ku kucup, ku cium dirinya..akan ku berikan yg seikhlas hatiku,
Selagi ada peluang ku menggenggami erat jari tangannya..akan ku genggam erat agar ku perolehi restunya dan dapat ku rasai kasih sayangnya....drp ♥ utk ♥


~ Semoga Allah SWT merahmati perjuangan mu di Haramain....
 — with Ustaz Haji Azlan bin Suhaimi