IsI dan KuLiT

Apapun di dalam dunia ini, dan kehidupan kita, ianya ibarat isi dan kulit di mana saling memerlukan. Jadilah seperti kulit yang melindungi sang isi yang baik, manis, cantik dan sang isi yang menggembirakan semua orang......

Wednesday, June 8, 2011

Karangan English Pertama Diriku

Malam tadi aku dan suami meluangkan masa bersama sejurus selepas suami balik dari Ipoh selepas beberapa hari menjaga bapaknya yang uzur dan diberi rawatan serta pemerhatian penuh daripada doktor dan jururawat di Hospital Besar, Ipoh.
Selepas makan malam bersama, berborak tentang keadaan masing-masing, aku memulakan kerja yang sepatutnya aku usaikan untuk dihantar pada keesokan harinya. Sambil menyiapkan kerja aku, suami membuka laptop dan membaca karangan bahasa inggeris aku yang pertama kalinya aku rasakan agak baik berbanding zaman persekolahan kerana strukturnya yang agak teratur berbanding sebelumnya. Kemudian, suami meng edit karangan tersebut tanpa mengubah sedikit pun isi kandungan dan gambar yang aku sediakan. Suami menjadikan karangan aku lebih menarik dari segi visualitinya dengan menggunakan microsoft publisher dan hasilnya adalah seperti berikut. https://docs.google.com/leaf?id=0Bz-B9NXBP_lBZWYyMzRjYWMtZDdlOS00MGFlLTgyYzMtM2M3NjY5M2NkMWEy&hl=en_US
Selamat membaca!

No comments:

Post a Comment