IsI dan KuLiT

Apapun di dalam dunia ini, dan kehidupan kita, ianya ibarat isi dan kulit di mana saling memerlukan. Jadilah seperti kulit yang melindungi sang isi yang baik, manis, cantik dan sang isi yang menggembirakan semua orang......

Wednesday, June 8, 2011

Puan Hjh Haslina yang superb!!! PART 2

Huhuhu...Seronok sangat rasanya hari ini sebab dapat bertemu semula dengan Puan Haslina. Menyambung kembali membuat blog dan membina borang sendiri. Ceria rasa dunia hari ini walaupun banyak esaimen menanti lagi untuk disiapkan. Aku juga dapat menambah beberapa lagi blog daripada kawan-kawan semaktab. Walau pun ada di kalangan mereka yang masih lagi belajar bagaimana membuat blog tapi setidak-tidaknya aku dapat berkongsi cerita daripada blog mereka dengan entry yang terhad. Apapun, kepada rakan-rakan,teruskan ber blog dan saling berkongsi ilmu serta pengalaman.
Inilah Puan Haslina yang superb...terima kasih Puan dengan tunjuk ajar...

Monday, June 6, 2011

Kerja Tangan Peringkat 4 MINOR

Hmmm...kali ni di IPTKL, bagi subjek minor, semuanya buat hasil kerja tangan. Tak kiralah hasil kerja tangan keras ke, hasil kerja tangan lembut ker, hasil kerja tangan berat mahu pun hasil kerja tangan lembut kerana yang penting ialah kepuasan melihat hasilnya setelah tekun dan bersungguh-sungguh membuat kerja tersebut. Hasil pertama untuk subjek minor kali ini ialah membuat kusyen, atau ada juga yang menyebut bantal. Tak kesahlah asalkan semua org tau bantal atau kusyen tersebut. Hasil pertama dengan Puan Raziya Jan di peringkat 4 ini ialah seperti berikut:
pandangan hadapan

pandangan belakang
Hasil yang kedua pulak ialah semasa Pendidikan Alam Sekitar dengan Cik Zawiah Bahrom.Perghhh...memang happening...merepek-repek pon ada sebab ada yang tak bersedia dengan tugasan yang diberi. Ikut dan je mengutip barang terbuang. tapi, apa pun ianya tetap nampak comel.
rekacipta Husni dan Marzaini
lukisan Che Lan dgn kulit kacangnya
rekaan kami KDPM- KDC SABK  PDG 2008
Satu lagi rekaan bagi subjek minor sedang dalam proses ialah kerja kayu di bengkel pertukangan bersama Encik Zainol.....akan disambung setelah kerja tersebut siap.Nantikan!














Thursday, June 2, 2011

BORANG KEAHLIAN ISI DAN KULIT

Puan Hjh Haslina yang superb!!!

Hari ni hari yang ke 5 berada di maktab. Tetapi hari ini aku merasakan suatu kelainan apabila belajar P.Sumber. Buat pertama kalinya, belajar dengan Hjh Haslina. Orangnya kecil molek, bersuara not A, picing bagus, dan buat pertama kalinya(aku ulang sekali lagi) seronok belajar P. Sumber dan mata cerah sampai ke sudah. Pelajaran hari ini ialah tentang Smart School dan mengenai ICT. Yang best tu sebab Puan Haslina mengajar tentang menggunakan ZGoogle docs. Bagi aku dan rakan yang sekepala dengan aku, ini suatu pejaran yang amat bagus dan memberi manfaat secara maksimum. Dengan google docs kami boleh berchatting dan on the spot edit the documents we shared.
Kami ni sekelas kebanyakannya duduk jauh2, aku di Perak dan Klang manakala rakan yang lain kebanyakannya adalah dari Pantai Timur, Terengganu. Nak berhubung memang payah terutama sekali sewaktu nak buat esaimen. kali ini kami dah berjanji untuk menggunakan google docs jikalau ada esaimen yang diberi yang melibatkan karang mengarang. Biasanya aku lah yang menjadi tukang karang esaimen nih. Seronok jugak tadi apabila dapat mengaplikasikan dan mencuba dengan serta merta pelajaran baru dan kami akan terus memahirkan diri dengan google docs.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan Hjh Haslina dengan pengajaran hari ini dan kami mengharapkan yang terbaik lagi untuk interaksi yang akan datang. Seronok belajar dengan Puan. Next entry i hope i could put your pic Puan Haslina.

Tuesday, May 10, 2011

Aduhai makhluk...

“Sudah pastilah kecintaan-KU itu untuk orang-orang yang saling ziarah menziarahi kerana AKU. Sudah pasti pula kecintaan-KU untuk orang yang saling cinta menyintai kerana AKU, sudah pasti pula kecintaan-KU kepada orang-orang yang saling bantu membantu kerana AKU. Juga sudah pastilah kecintaan-KU untuk orang yang saling tolong menolong kerana AKU.” - Riwayat Ahmad dan Hakim.


Di antara makhluk yang bernama manusia, makhluk yang bernama binatang dan alam sekeliling yang terdiri daripada tumbuhan, saling memerlukan, saling menyokong antara mereka. Inilah yang disebut sebagai hablum minallah, hablum minan nas dan hablum minal 'alam, iaitu hubungan antara Allah sebagai Pencipta, hubungan antara manusia dan hubungan antara alam. Ini terbukti antara dua makhluk yang istimewa ini.

Sekilas memandang gambar ini, pasti pembaca akan tersenyum. Setelah itu akan berfikir akan ketakjuban keadaan ini. Inilah kebesaran yang telah Allah ciptakan untuk kesejahteraan makhluknya yang hidup daripada pelbagai jenis dan bentuk. Selagi mana kita berbuat kebaikan di antara sesama makhluk, nescaya makhluk lain juga akan berbuat kebaikan dan mendoakan untuk kesejahteraan dan kebahagiaan kita. Indah, bukan? 

Jika antara makhluk bernama manusia dan makhluk bernama haiwan dapat berkawan baik, saling menjaga satu sama lain, bagaimana pula sekiranya hubungan manusia dengan manusia? Tidakkah kita mahu hubungan seperti mana gambar di atas? Tetapi, realitinya tidak sebegitu. Makhluk manusia dengan manusia yang lain lebih gemar berbalah dan bersengketa sedangkan mereka dikurniakan oleh Allah dengan sebaik-baik akal tetapi lemah dengan nafsu serakah. 

Lihatlah di sekeliling kita dan hayatilah keindahan ciptaan Allah. Setiap yang dijadikan mempunyai sebab dan pergunakanlah dengan sebaik-baiknya untuk manfaat bersama selagi ada hayat. Pergunakanlah segala kenikmatan yang telah Allah berikan untuk menjadi hamba yang sebenar-benar hamba kepada Pencipta Yang Maha Agung yang memiliki seluruh alam ini dan seluruh isinya. Wallahu 'alam.





















Thursday, March 17, 2011

Ketenangan dapat dirasai melaluinya terhadapNYA...


Apabila hati dirundung kegelisahan, kekecewaan, jika terlihat keadaan ini, sudah pasti hati akan merasa ketenangan dan kedamaian. Selalunya, memang dicari pun tempat-tempat sebegini. Bukannya boleh terjumpa dengan tiba-tiba atau kebetulan. Itulah sebabnya ramai yang suka masuk ke hutan, pergi ke tepi laut atau pantai, bersendirian di air terjun, dan macam-macam lagi yang dibuat oleh manusia apabila ada masalah atau kerunsingan untuk mententeramkan jiwa mereka. Cuba perhatikan....Indah, bukan? Inilah kebesaranNYA untuk manfaat hamba-hambaNYA......Subhanallah............

Tuesday, February 15, 2011

Si Isi dan Si Kulit


Hari Jumaat yang lepas adalah penentu bg segala kebuntuan dan kesesakan dan kesebakan perasaan aku. Segalanya terungkai apabila anak kedua aku jatuh disebabkan mahu menggapai gambar aku yang tergantung di dinding rumah abangku. Gambar yang hendak dicapai tak dapat, kepalanya pula menjadi habuan kepada bucu tiang rumah yang tajam. maka berhamburlah darah tanpa henti sehingga menyebabkan semua isi rumah kaget. Bukan kerana anakku yang jatuh tetapi kerana darahnya yang mengalir tanpa henti sehingga memenuhi dan melenjapkan kain napkinnya. Malah turut berada di lantai. Inilah antara contoh ISI dengan KULIT. Aku sebagai ibu berasa rindu, mampu mengungkapkan kata RINDU itu dan menatap gambarnya di henfon mahupun album gambar, tetapi bagi si kecil ini melalui perbuatan mencium gambar adalah petunjuk ia rindu kepada induknya. Tetapi kali ini nasib tidak menyebelahinya, maka dia terpaksa menanggung kesakitan ini. Semoga kamu dilindungi Allah anakku, dan semoga cepat sembuh.