IsI dan KuLiT
Apapun di dalam dunia ini, dan kehidupan kita, ianya ibarat isi dan kulit di mana saling memerlukan. Jadilah seperti kulit yang melindungi sang isi yang baik, manis, cantik dan sang isi yang menggembirakan semua orang......
nuffnang_bid = "d34a8b3c94a92a06d463ba2a147a532c";
Saturday, May 19, 2012
Menentang Dalam Sembunyi
Wahai anak Adam! Aku jadikan engkau di dalam perut ibumu, Aku tutup mukamu dengan lapisan yang menutup, supaya engkau tidak takut di dalam rahim. Aku jadikan mukamu berpaling ke belakang ibumu supaya engkau tidak mendapatkan gangguan dari bau makanan (yang masuk ke dalam perut ibumu). Aku jadikan sebelah kanan dan limpa di sebelah kirimu. Aku ajarkan engkau berdiri dan duduk di dalam perut ibumu. Maka adakah seseorang selainKu yang kuasa atas demikian?Tatkala telah cukup masa kandungan, Aku wahyukan kepada Malaikat yang ditugaskan untuk rahim-rahim agar Malaikat itu mengeluarkan engkau (dari perut ibumu).Malaikat itu mengeluarkan engkau dengan bagian-bagian dari sayapnya. Tidak ada bagimu gigi yang menggigit, tangan yang berkuasa dan berusaha untuk itu.
Wednesday, May 9, 2012
KHASIAT MAAF
Tentunya dalam kehidupan kita ini begitu banyak individu yang sering menyakitkan hati kita, mengguris dan melukakan perasaan kita bahkan menjadikan jiwa kita berserabut dan penuh kebencian. Seringkali senyuman kita kehilangan serinya, tawa kita menjadi sumbing dan air muka kita kehilangan cahayanya setiapkali kita bertembung wajah dengan mereka. Bahkan ada yang begitu dengki dan sengaja menyakitkan hati kita malahan sering mereka-reka fitnah dan onar untuk mencacatkan kewibawaan kita.
Ya, inilah sebahagian dari warna warni hidup kita yang menjadikan perjalanan hidup kita lebih unik dan jiwa kita akan menjadi lebih matang jika kita mampu menyikapinya dengan betul.
Apa perasaan kita berdepan dengan golongan ini, walaupun bilangannya mungkin tidak begitu ramai? Apa pula perasaan kita jika yang sering menyakitkan hati kita itu ialah orang-orang yang begitu hampir dengan kita?
Bagi saya, tidak ada yang lebih baik selain memberi KEMAAFAN. Ya, MAAFKAN MEREKA agar jiwa kita lebih lapang dan bahagia. MAAFKAN MEREKA sehingga kebencian tidak lagi mampu mencemarkan keindahan budi atau merubah rupa jiwa kita. MAAFKAN MEREKA agar kita mampu tersenyum melihat kehidupan.
Adakah kita merasakan kebencian kita itu menguntungkan kita atau akan merugikan mereka? Apa yang kita dapat dari kebencian itu kalau bukan keserabutan jiwa, kemarahan yang meluap-luap dan terusirnya ketenangan dan kedamaian dari hati nurani kita? Bahkan setiapkali kebencian mula bertahkta dan menguasai hati maka hati kita itu akan makin keras, gersang, kasar dan merosak air muka kita. Hingga akhirnya dunia yang begitu luas terasa begitu sempit, hidangan yang lazat hilang kenikmatannya dan tidur kita tidak lagi merehatkan jiwa kita untuk mendepani hari baru. Jadi, nyatakan pada saya, apa untungnya kebencian dan kemarahan kita itu kalau bukan menambahkan penderitaan keatas penderitaan yang sudah sedia ada?
Jadi, MAAFKAN MEREKA kerana dalam kemaafan kita itu Allah SWT menjanjikan keampunan. Bukankah dosa-dosa kita masih terlalu banyak sedangkan kematian sering mengintai kita disetiap simpang siur kehidupan. Bagi jiwa-jiwa yang menyakini hari pertemuan dengan Allah SWT tentunya kita benar-benar rindukan pengampunan Allah SWT bahkan pengampunan itu lebih berharga dari pertambahan usia. Apalah gunanya bagi umur yang bertambah tetapi dosanya tidak berkurang. Apa yang kita harapkan dari kehidupan begini?
MAAFKAN MEREKA kerana kita juga sering membuat kesalahan dan setiapkali kita membuat kesalahan, kita begitu rindu dan mengharapkan orang lain menyikapi atau menghadapi kelakuan buruk kita dengan baik bahkan menasihati kita dengan penuh hikmah. Kenapa apabila orang lain melakukan kesalahan kepada kita, kita lalu marah-marah dan pamerkan wajah yang buruk dan penuh kebencian.
MAAFKAN MEREKA, agar jiwa kita menjadi lembut bahkan membuahkan kesabaran dan kepasrahan hingga kita mampu mengukirkan kesenyuman dari relung hati kita yang paling dalam. Biarkan kemaafan itu menghiasi jiwa kita dengan bunga-bunga kecintaan dan kasih sayang hingga mereka tertunduk hormat dan malu kepada kita.
Pernah satu ketika, jiwa saya begitu menderita ketika menghadapi salah seorang dari orang atasan saya. Dia merasakan dirinya yang paling benar. Dia bukan sekadar menolak pandangan orang lain bahkan tidak memberikan ruang untuk pandangan itu dikemukakan. Sedangkan apa yang dilakukannya terlalu salah, buah fikirannya sudah ketinggalan zaman dan cara pengurusan kerjanya sudah terlalu usang dan antik walaupun dari satu sudut saya yakin dia begitu ikhlas dalam kerjanya. Tidak sesiapa yang selesa mengemukakan pandangan kepadanya apatah lagi menegur kesalahannya walaupun kesalahannya terang lagi bersuluh. Bahkan tingkahlakunya sering menjadi buah mulut rakan sekerja.
Jiwa saya begitu menderita. Setiapkali ingin menyuapkan makanan kemulut lalu terpandang wajahnya selera makan saya hilang serta merta. Setiapkali saya pejamkan mata untuk tidur, wajahnya sering muncul dan bermain dalam fikiran saya. Ketika berehat seringkali minda saya mengangankan saat-saat saya berhujah dengannya dan dia menyikapi dengan sikap dingin dan keras kepala hinggakan angan-angan itu menjadikan jiwa saya dililit kegelisahan dan kemarahan. Ya, berbulan-bulan saya hilang kenikmatan jiwa ketika menginjakkan kaki di tempat kerja.
Jiwa saya terus menderita hinggalah saya menemui penawarnya yang begitu mujarab iaitu KEMAAFAN. Saya katakan pada diri saya, kenapa saya harus membencinya. Dia telah lakukan yang terbaik dengan apa yang dia faham, walaupun mungkin caranya salah tetapi itu yang dia faham dan tentang keikhlasannya, Allah yang lebih mengetahui. Kenapa saya harus membencinya sedangkan kebencian saya tidak akan menjadikan dirinya betul atau membetulkan keadaan yang salah. Kenapa saya harus membencinya sedangkan setiap manusia memikul beban dosa yang begitu banyak dan saya sendiripun tidak terlepas daripadanya. Bahkan apabila tua nanti mungkin saya akan akan lebih teruk daripadanya dan orang lain akan lebih membenci saya.
Lalu saya pejamkan mata saya, saya suarakan hati saya pada Allah yang Maha Mengetahui; Saksikanlah ya Allah, aku maafkannya dan aku juga mengharapkan keampunanMu. Saksikanlah ya Allah, aku kasihkannya kerana aku tahu dia ikhlas beramal untuk keredhaanMu. Walaupun dia punya banyak kelemahan tetapi didalam ilmu Mu ya Allah, dosa-dosa ku lebih banyak, walaupun aku rasakan aku lebih baik daripadanya belum tentu ketika aku sampai keusia sepertinya aku akan terus istiqomah diatas jalanMu yang benar ini ya Allah. Semoga Engkau menerima amalnya dan amalku ya Allah.
Disaat itu saya terasakan seolah satu hijab gelap yang menutupi hati saya terangkat dan limpahan cahaya kehidupan kembali menerangi hati saya. Tidak ada lagi kebencian dan keresahan. Kemudiannya saya mencari kesempatan untuk bermaafan dengannya. Semenjak itu hati saya kembali menemui nikmat ketika ditempat kerja. Setiapkali bertembung wajah, senyuman begitu mudah terukir pada wajah saya bahkan kami mampu duduk berbual dan bercerita.
Saya tidak maksudkan kita tidak perlu membetulkan yang salah. Kata Ibnu Qayyim; Jika kamu ingin menyuruh yang ma’ruf pastikan ia menjadi ma’ruf. Ya, jika kita inginkan kebaikan, biarlah tindakan dan cara kita menghasilkan sesuatu yang baik atau lebih baik. Maknanya, setiap tindakan kita perlu disesuaikan dengan niat, cara dan masa yang baik. Kalaupun usaha kita tidak berjaya, yakinlah Allah menjanjikan ganjaran di atas usaha dan kesabaran kita.
Maafkan mereka
agar jiwamu petah berbicara
mengajar insan erti bahagia
dan tersenyum dalam duka
agar jiwamu petah berbicara
mengajar insan erti bahagia
dan tersenyum dalam duka
Maafkan mereka
Agar hatimu lapang segala
Menikmati hari-hari baru
yang penuh duka lara
Agar hatimu lapang segala
Menikmati hari-hari baru
yang penuh duka lara
Maafkan mereka
Kerana jiwamu sedar mengerti
Hidup ini ada hari datang dan pergi
Kerana jiwamu sedar mengerti
Hidup ini ada hari datang dan pergi
Sumber: http://www.langitilahi.com/
Tuesday, May 8, 2012
MAT Skodeng Kena Siram
SARIKEI: Tabiat jelik seorang lelaki warga Bangladesh yang gemar mengintai wanita dalam tandas di sebuah ladang berdekatan Jalan Bintangor, di sini, menerima padah apabila dia melecur disimbah air panas oleh mangsa intipannya, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, lelaki terbabit yang berusia 20-an dikatakan menggelupur kesakitan akibat melecur di muka, dada, bahu kiri dan lengan akibat terkena air panas selepas disimbah seorang pekerja wanita di ladang berkenaan.
Sumber berkata, lelaki terbabit dikatakan sering mengintai pekerja wanita yang menggunakan tandas berkenaan dengan menebuk beberapa lubang pada dindingnya. Menurutnya, perbuatan lelaki yang juga pekerja ladang itu dikatakan sudah lama berlarutan menyebabkan beberapa pekerja wanita berang dan memasang perangkap.
“Tengah hari tadi (semalam), lelaki terbabit dikatakan mengulangi perbuatan sama apabila mengintai seorang pekerja wanita yang memasuki tandas itu.
“Rupa-rupanya wanita itu hanya berpura-pura menggunakan tandas kerana dia sebenarnya mahu memerangkap lelaki warga asing itu. Malah, wanita berkenaan dipercayai sudah berpakat dengan rakan lain untuk ‘mengenakan’ lelaki itu.
“Ketika asyik mengintai, seorang daripada rakan wanita menyimbah air panas ke arah lelaki itu menyebabkan dia melarikan diri sambil menjerit kesakitan,” katanya.
Sumber itu berkata, lelaki terbabit bernasib baik kerana segera dihantar beberapa pekerja ladang untuk mendapatkan rawatan di Hospital Sarikei.
“Bagaimanapun, berikutan kecederaan parah dialaminya, lelaki terbabit dirujuk ke Hospital Sibu,” katanya.
Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu dan memaklumkan, keadaan lelaki terbabit dilaporkan stabil.
Oleh Alias Abd Rani
lias@hmetro.com.my
lias@hmetro.com.my
Friday, April 6, 2012
BULETIN BSMM 2012
Rabu, 4 April 2012 – Satu ceramah dan latihan tentang Asas Pertolongan Cemas telah diadakan di SMA Maahad Al-Mizan anjuran Unit Beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM). Penceramah yang dijemput ialah dua orang jurulatih bertauliah di Perak yang juga merupakan guru di SMK Sultan Tajul Ariffin, Manong iaitu Encik Nazri bin Bahador dan Encik Saleh bin Mislan.Ceramah dan latihan ini dianjurkan bertujuan memberi pendedahan dan maklumat yang betul kepada murid supaya murid jelas tentang Asas Pertolongan Cemas terutamanya cardiopulmonary resuscitation (CPR). Seramai 68 orang murid yang terdiri daripada ahli BSMM sendiri dan sejumlah kecil daripada Unit Bomba dan Penyelamat.Murid juga diterap dengan nilai-nilai keberanian, yakin dan mempunyai semangat untuk membantu mereka yang memerlukan dan yang di dalam kesusahan seiring dengan prinsip kemanusiaaan BSMM yang tidak mengira kaum dan agama. Nyawa merupakan anugerah yang tidak ternilai yang Allah swt kurniakan kepada makhluk. Maka dengan itu, kita perlu bersyukur dan menghargai nyawa sendiri dan juga orang lain. Bersesuaian dengan firman Allah di dalam surah Al-Hujurat: 9,10 yang sekurang-kurang maksudnya berlaku adillah kamu dalam semua perkara kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil dan damaikanlah dua orang di antara kamu supaya beroleh rahmat Allah.
Allah juga telah berfirman di dalam al-quran bahawa “tidak dijadikan manusia dan jin melainkan untuk menyembahKU”.
Oleh yang demikian, berlumba-lumbalah kita dalam memperbanyakkan amal kebajikan supaya kita mendapat keampunan dan keredhaan Allah swt.
![]() |
| Compression |
![]() |
| Posisi pemulihan bagi mangsa |
![]() | ||
Blowing
|
Sunday, March 25, 2012
Taman Rekreasi Gunung Lang
Setelah hampir setengah hari berpenataran berkenaan perkhemahan peringkat daerah dan melihat tapak perkhemahan di Ulu Guar, Manong, suami mengajak untuk pergi ke suatu tempat. Katanya tempat tu memang best tapi diri sendiri pun tak pernah menjejak lagi. Demi masa yang ada, sebab jarang dapat bersama meluangkan masa bersama suami atas sebab kesibukan kerja masing-masing, maka saya bersetuju dengan cadangannya. Kami bergerak ke Ipoh dan menuju Taman Rekreasi Gunung Lang. Tempatnya memang menarik dan menenangkan dan sesuai untuk beriadah bersama seisi keluarga.
![]() |
| Entrance |
![]() |
| Pandangan daripada jeti entrance |
![]() |
| Ikan patin dan talapia |
![]() |
| Ikan patin berebut palet yang ditabur |
![]() |
| Shot dari atas bot |
![]() |
| Jeti di sebelah mini zoo |
Thursday, March 8, 2012
7 Golongan Yang Mendapat Naungan Di Akhirat
Pada hari pertama pengadilan di padang mahsyar, seluruh manusia berhimpun semenjak manusia pertama iaitu Nabi Adam sehinggalah manusia terakhir. Keadaan manusia pada hari itu sesuai dengan amalannya semasa di dunia dahulu. Rasulullah SAW menggambarkan ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat pertolongan dan naungan pada hari itu, menerusi sabda beliau yang maksudnya:
“Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: “Aku takut kepada Allah!”, orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.” (HR. Abu Daud dan Ibnu Majah)
Terdapat tujuh golongan yang bakal mendapat naungan di hari akhirat kelak iaitu sesuai dengan hadith di atas, iaitu:
- Pemerintah yang adil. Ini kerana tanggungjawab dipikul pemerintah dalam melaksanakan keadilan adalah perkara yang amat berat dan bukanlah mudah bagi seorang pemimpin untuk melaksanakan keadilan terhadap semua rakyatnya. Sekiranya keadilan ini berjaya ditunaikan, ganjarannya adalah amat besar sekali. Namun jika gagal, dia menjadi pemerintah yang zalim dan azab menanti di akhirat.
- Pemuda yang hidupnya sentiasa mengerjakan ibadat kepada Tuhannya. Ini kerana sebaik-baik masa dan semahal-mahal harganya di dalam hidup seseorang manusia adalah ketika alam remaja kerana pada usia muda seseorang berbagai ujian dan godaan terpaksa ditempuhi. Maka beruntunglah pemuda yang berjaya melepasi rintangan itu.
- Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid. Sesungguhnya terdapat hadis menyebutkan bahawa dua hayunan kaki yang melangkah ke masjid ganjarannya amat besar di sisi Allah SWT dan dikategorikan sebagai satu sedekah.
- Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah. Hubungan yang terjalin di atas dasar yang bercanggah dengan syariat sehingga melanggar batas agama, adab kesopanan dan sebagainya adalah hubungan yang menjurus ke arah dosa dan maksiat. Seharusnya ikatan kasih sayang yang dijalinkan sesama manusia mestilah ikhlas kerana Allah agar perhubungan itu mendapat pahala, restu dan keberkatan daripada-Nya.
- Orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk berzina lalu dia menolak dengan berkata: “Aku takut kepada Allah!” Ini menunjukkan keimanan dan ketakwaan yang sebenar berjaya menangkis segala bentuk godaan yang datang. Hal ini bukanlah mudah kerana tanpa kekuatan iman seseorang itu pasti akan mudah terpengaruh dengan bisikan nafsu dan akhirnya terjebak dalam perbuatan zina.
- Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya. Ia menggambarkan mengenai keikhlasan hati orang yang bersedekah. Sesungguhnya tidak ramai orang dapat menyembunyikan kebaikan dilakukannya melainkan akan terdapat perasaan riak dan ingin menunjuk supaya mendapat pujian atau sanjungan dari orang ramai.
- Orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah. Inilah sifat muslim mukmin sejati yang mempunyai perasaan cintakan Allah dengan sepenuh hatinya. Dia sentiasa memikirkan dan menghayati kejadian dan keagungan ciptaan Allah serta sifat-Nya yang Maha Agung. Oleh yang demikian hati, fikiran dan jiwanya terhindar daripada perkara yang melalaikan.
Wallahua’lam.
Sumber: Buku Malam Pertama Di Syurga – Adil Akhyar, SH, LL.M*** Alangkah berbahagianya seandainya dapat tergolong dalam golongan yang ke-4 dan yang ke-7 itu. Subhanallah....
Thursday, March 1, 2012
Anniversary Gift
Hmmm...hari ni tanpa diduga tiba-tiba........
Lagi beberapa minit sebelum loceng berbunyi bagi menandakan tamatnya sesi persekolahan hari ini, tiba-tiba datang la pulak my secretary. Secretary BSMM la kan, mana layak I ni nak dapat secretary....bukan B.O.S.S. Anyway, my secretary ni datang siap bagi salam bagai, ingatkan sebab nak tanya pasal fail ke, nak tanya pasal aktiviti BSMM ke dan yang sewaktu dengannya. Seperti biasa melayan student ni kenalah buat-buat jual mahal la, kang kalau terlebih-lebih peramah diorg ni naik lemak pulak,kan.
Dengan sopan santunnya my secretary said, "BONDA, nak tanya sikit boleh tak?". "Pasal apa tu Nabil?", I replied. "Nak tanya, hari ni anniversary BONDA ke?"tanya budak Nabil ni lagi.
Aku dengan muka yang pelik, dahi berkerut,aku pandang dia. (Budak tu dah gelabah dah. Mesti he thought I want to scold him. Hehehehehe...tau pulak dia cuak. Lenkali jangan amik tau hal peribadi orang eh.Dalam hati ku sudah berbunga.)
Pastu aku pun tanya, "apsal tetiba jer tanya pasal anniversary ni?Bukanlah.Hari ni bukan anniversary BONDA."(Masa ni tak perasan dia bawak hadiah.)
"Ada budak cakap hari ni anniversary BONDA,"si Nabil ni cakap lagi. "Takdalah Nabil, anniversary BONDA dah lepas dah," aku jawab.
"Bila anniversary BONDA?" dia tanya lagi. Dalam hati aku budak ni nak tanya ke, nak busy body ke, atau apa sebenarnya. Aku layan juga lagi sebab budak ni memang jenis baik dan rajin. Lagi pun kenalah tunjuk guru penyayang, beri motivasi sikit kat pelajar.
"Anniversary BONDA dah lepas dah bulan dua hari tu. ON *tut* haribulan (rahsia yer tarikhnya, nak tau jumpa personally.)Kenapa insist sangat nak tau nih?Ada apa sebenarnya?" aku beriya menanya pulak.
"Takde apa BONDA. Kitorang saja tanya," kata Nabil lagi. Dah berdialog sakan ngan my secretary ni, assistant dia plak datang rupanya tukang bawak hadiah daaa.
"Kitorang nak bagi hadiah tapi hadiah ni kitorang buat sendiri.Takde duit la BONDA," budak jujur ni menjawab penuh tanpa ada selindung-selindung. Bila dengar dia cakap macam tu especially bab TAKDE DUIT tu, terus aku terkedu, terdiam, aku pandang je muka budak Nabil tu. Yang budak tu pun dah rasa serba salah cepat-cepat bagi hadiah, wish dan terus berlalu pergi tapi sempat jugaklah aku say thanks to him dan minta dia on behalf say thanks to the others too.
Hehehehehe...lawak la pulak. Memula aku ingat kotak tu ada hadiah dalamnya. Rupanya..........dalam tu ada kek buatan sendiri dan penuh dengan kata-kata yang manis dan indah. ada katun-katun yang comel juga. Terasa bagai nak menitis airmata. Bukan mudah nak buat gift macam tu sebab aku yang dok tampal menampal buku rph maktab pun sengal-sengal kepala nak meng kreatif kan buku dan melukis. Same goes to this gift. Thank you guys! Memang terserlah keikhlasan you all. Pasni nampaknya BONDA kena belanja la ye? Hehehehe.....Tunggu akhir tahun la...exam first!
Tahun 2012 memang best segalanya dan kekal kegembiraan ini dan ukhuwwah ini bersama dengan orang-orang yang aku sayangi dan orang-orang yang menyayangi diri ku ini. ;)
Jom tengok hasil kerja mereka...BSMM students!
Lagi beberapa minit sebelum loceng berbunyi bagi menandakan tamatnya sesi persekolahan hari ini, tiba-tiba datang la pulak my secretary. Secretary BSMM la kan, mana layak I ni nak dapat secretary....bukan B.O.S.S. Anyway, my secretary ni datang siap bagi salam bagai, ingatkan sebab nak tanya pasal fail ke, nak tanya pasal aktiviti BSMM ke dan yang sewaktu dengannya. Seperti biasa melayan student ni kenalah buat-buat jual mahal la, kang kalau terlebih-lebih peramah diorg ni naik lemak pulak,kan.
Dengan sopan santunnya my secretary said, "BONDA, nak tanya sikit boleh tak?". "Pasal apa tu Nabil?", I replied. "Nak tanya, hari ni anniversary BONDA ke?"tanya budak Nabil ni lagi.
Aku dengan muka yang pelik, dahi berkerut,aku pandang dia. (Budak tu dah gelabah dah. Mesti he thought I want to scold him. Hehehehehe...tau pulak dia cuak. Lenkali jangan amik tau hal peribadi orang eh.Dalam hati ku sudah berbunga.)
Pastu aku pun tanya, "apsal tetiba jer tanya pasal anniversary ni?Bukanlah.Hari ni bukan anniversary BONDA."(Masa ni tak perasan dia bawak hadiah.)
"Ada budak cakap hari ni anniversary BONDA,"si Nabil ni cakap lagi. "Takdalah Nabil, anniversary BONDA dah lepas dah," aku jawab.
"Bila anniversary BONDA?" dia tanya lagi. Dalam hati aku budak ni nak tanya ke, nak busy body ke, atau apa sebenarnya. Aku layan juga lagi sebab budak ni memang jenis baik dan rajin. Lagi pun kenalah tunjuk guru penyayang, beri motivasi sikit kat pelajar.
"Anniversary BONDA dah lepas dah bulan dua hari tu. ON *tut* haribulan (rahsia yer tarikhnya, nak tau jumpa personally.)Kenapa insist sangat nak tau nih?Ada apa sebenarnya?" aku beriya menanya pulak.
"Takde apa BONDA. Kitorang saja tanya," kata Nabil lagi. Dah berdialog sakan ngan my secretary ni, assistant dia plak datang rupanya tukang bawak hadiah daaa.
"Kitorang nak bagi hadiah tapi hadiah ni kitorang buat sendiri.Takde duit la BONDA," budak jujur ni menjawab penuh tanpa ada selindung-selindung. Bila dengar dia cakap macam tu especially bab TAKDE DUIT tu, terus aku terkedu, terdiam, aku pandang je muka budak Nabil tu. Yang budak tu pun dah rasa serba salah cepat-cepat bagi hadiah, wish dan terus berlalu pergi tapi sempat jugaklah aku say thanks to him dan minta dia on behalf say thanks to the others too.
Hehehehehe...lawak la pulak. Memula aku ingat kotak tu ada hadiah dalamnya. Rupanya..........dalam tu ada kek buatan sendiri dan penuh dengan kata-kata yang manis dan indah. ada katun-katun yang comel juga. Terasa bagai nak menitis airmata. Bukan mudah nak buat gift macam tu sebab aku yang dok tampal menampal buku rph maktab pun sengal-sengal kepala nak meng kreatif kan buku dan melukis. Same goes to this gift. Thank you guys! Memang terserlah keikhlasan you all. Pasni nampaknya BONDA kena belanja la ye? Hehehehe.....Tunggu akhir tahun la...exam first!
Tahun 2012 memang best segalanya dan kekal kegembiraan ini dan ukhuwwah ini bersama dengan orang-orang yang aku sayangi dan orang-orang yang menyayangi diri ku ini. ;)
Jom tengok hasil kerja mereka...BSMM students!
![]() |
| Luaran kotak..bunga tu pun diorg buat sendiri..memang kreatif. Jangan pulak kome bandage orang kome buat ghuper ini ye yeop! |
![]() |
| Suka betul dengan katun muslimah tu. |
![]() |
| Full of love and cakes. (macam tau jer BONDA suka makan kek.) |
![]() |
| See! Full of loves and cakes. Yummy!!! |
Subscribe to:
Posts (Atom)



















