IsI dan KuLiT

Apapun di dalam dunia ini, dan kehidupan kita, ianya ibarat isi dan kulit di mana saling memerlukan. Jadilah seperti kulit yang melindungi sang isi yang baik, manis, cantik dan sang isi yang menggembirakan semua orang......

Wednesday, May 15, 2013

MOMOK OH! MOMOK

Hari tu saya cerita pasal ayam dgn penyu.Hari ni tdetik utk tulis ttg MOMOk Oh! MoMOK apb terpandangkan kelibat murid yg lalu di hdpn saya.

Sejak saya kecil saya sering ditakut2kan dgn cerita hantu.Org tua suka sebut MOmOk.Apa tu momok saya tk tahu.Gemok saya tahulah.  Zaman saya kecil org suka takutkan saya dgn hantu kom-kom sbb tknk bg saya menakal dan pergi jauh drp mak ayah.Jenis org tk reti takut,hyperaktif. 

Apb saya mula masuk alam persekolahan menengah, tjadi pula pkara spt histeria, kerasukan dll sehinggakan ada kwn saya yg ingin terjun bangunan sekolah empat tingkat. Saya mula berfikir.

Apb saya mula bekerja dan mengajar di sekolah men agama,perkara yg sama juga tjadi.

Pernah saya bertanyakan kpd murid saya terutama yg ppuan krn murid ppuan yg sering mengalami perkara ini. Soalan saya knp menjerit2 tu?Sampai tk sedar diri? Mereka jwb histeria.Apa punca histeria? Mereka jwb ada hantu.Saya senyum.
Ada juga yg mberi jwpan...mereka kerasukan.Saya senyum.

Saya tdk pernah menafikan bhw wujudnya dunia lain selain alam manusia.Malah saya berpegang teguh dgn alam ghaib yg menyebut adanya Allah,malaikat,syurga neraka dan iblis syaitan. Wujud ke hantu? Apa itu hantu?

Saya pernah bertanya kpd murid saya knp awak menjerit sama mcm org histeria tu?Mereka jawab saya terperanjat.Mereka jawab sbb dia menjerit tu sebab saya ikut menjerit.Saya tanya lagi knp awak menangis dan menjerit mcm org histeria?Mereka jawab sebab diorg ckp ada hantu.Saya takutlah.Saya tanya...awak nmpk ke hantu tu dgn mata awak sdiri?Mereka jawab tk...saya tk nmpk.Tapi dh mereka kata ada hantu saya percayalah.Tapi saya mmg tk nampak.

Saya senyum.Lihatlah perangai manusia.Kebanyakan mereka hanya berandaian.Mereka tk nmpk pun hakikat kewujudan hantu itu meski pun wujud.Bagi saya tiada hantu tetapi hanyalah iblis syaitan dan jin yg berupa pelbagai wajah utk melemahkan semangat jiwa manusia.

Saya mula berfikir:
1. Apa hukumnya takut pd makhluk yg lain selain Allah? (syirik)


2. Kita dididik drp kecil supaya hanya takutkan Allah tetapi knp apb besar semenye takutkan hantu sampaikan tgk cerita hantu menerusi tv pun nk tutup muka?sampai begitu sekali lemahnya semangat manusia akibat permainan iblis dan syaitan.
3. Kenapa manusia suka ikut pd perkara yg mereka tk nmpk?Knp manusia ikut ikutan thdp pckpn org lain sdgkn dia sdiri pun teragak2 antara mahu pcaya dgn tidak?

 Sebagai org yg matang,berilmu,ingin memartabatkan Islam di mata umum,meluaskan dakwah Islamiyyah, ubahlah cara berfikir.Tanamkan keyakinan yg tinggi di dlm hati supaya iktiqad anda tdk tgelincir dek pkara remeh temeh.Wallahu a'lam.

#jahildimana

Thursday, April 25, 2013

Legoland Malaysia



Pada Jumaat yang lepas pada 19 April 2013, saya dan anak-anak serta emak saya telah bergerak menuju ke Johor untuk pergi ke Legoland Malaysia. Tempat berhibur a.k.a sebagai taman tema yang sangat menghiburkan. Berkebetulan dengan cuti umum bagi negeri Perak bersempena Hari Keputeraan Sultan Perak yang ke 83 maka dapatlah akhirnya saya menyampaikan hajat anak-anak untuk ke taman tema tersebut. Nasib saya agak baik kerana pertama saya pergi waktu bekerja bagi negeri Johor maka tidak ramai yang datang ke Legoland. Kedua cuaca pada hari itu amat redup dan baru sahaja selesai hujan lebat di sebelah paginya. Kebiasaanya menurut cerita daripada kawan-kawan yang telah pergi ke Legoland hari amat panas di Nusajaya dan amat terik yang memerlukan minum air masak yang banyak dan perlu kepada perlindungan seperti topi atau pun payung. Kami sampai ke Legoland kurang lebih jam 12.30 tengahari.Tiket masuk bagi dewasa berharga RM140 manakala kanak-kanak dan warga emas RM110. Jom kita tengok apa yang menarik di Legoland melalui gamabr yang sempat dirakamkan sepanjang setengah hari kami berada di taman tema tersebut.
Jaws makan saya!
Horse riding.

Adik...bayar dahulu ye. Jangan panjat pagar. Salah tu.


Monorail
Taj Mahal
Eye on Singapore
Singapore
Menara KL
Lego - -  Tanjung Pelepas Johor

Memandu dengan berhemah ye sayang. Jangan jadi road bully ye.











Ada banyak lagi gambar semasa di Legoland. Untuk rujukan boleh melayari laman web berikut.




Thursday, April 4, 2013

6 Jenis Perempuan Yang Wajib Dijauhi..



Lelaki digalakkan untuk mencari isteri solehah. Jauhi jenis perempuan-perempuan di bawah untuk dijadikan isteri nescaya 
kamu akan bahagia :

1. Al-Anaanah : Banyak keluh kesah. Yang selalu merasa tak cukup, apa yang diberi semua tak cukup. Diberi rumah tak cukup, diberi motor tak cukup, diberi kereta tak cukup. Tak redha dengan pemberian yang diberi suami. Asy
ik ingin memenuhi kehendak nafsu dia saja, tanpa menghiraukan perasaan suami, tak hormat kepada suami apalagi berterima kasih pada suami. Bukannya hendak menolong suami, apa yang suami beri pun tak pernah puas. Ada saja yang tak cukup.

2. Al-Manaanah : Suka mengungkit. Kalau suami melakukan perkara yang dia tak berkenan maka diungkitlah segala hal tentang suaminya itu. Sangat mudah hendak membicarakan perihal suami. Tak mengenang budi, tak bertanggungjawab, tak sayang dan macam-macam. Walaupun suaminya sudah memberi perlindungan macam-macam padanya.

3. Al-Hunaanah : Ingin pada suami yang lain atau berkenan kepada lelaki yang lain. Sangat suka membanding-bandingkan suaminya dengan suami/lelaki lain. Tak redha dengan suami yang ada.

4. Al-Hudaaqah : Suka memaksa. Bila hendak sesuatu maka dipaksa suaminya melakukannya. Pagi, petang malam asyik menekan dan memaksa suami. Adakalanya dengan berbagai ancaman. Ingin lari, ingin bunuh diri, ingin membuat malu suami. Suami dibuat seperti orang suruhannya, bukan sebagai pemimpinnya. Yang dipentingkan adalah kehendak dan kepentingan dia saja.

5. Al-Hulaaqah : Sibuk bersolek atau tidur atau santai-santai hingga lalai dengan ibadah-ibadah asas, seperti solat berjemaah, wirid zikir, mengurus rumah-tangga, berkasih sayang dengan anak-anak.

6. As-Salaaqah : Banyak berbicara, bergosip. Siang malam, pagi petang asik bergosip. Apa saja yang suami kerjakan selalu tidak benar dimatanya. Zaman sekarang ni bergosip bukan saja berbicara di depan suami, tapi dengan telefon, SMS, internet, dan macam-macam cara yang lain . Yang jelas isteri tu asyik menyusahkan suami dengan kata-katanya yang menyakitkan. 

Thursday, March 21, 2013

Kalau Allah baik kenapa buat Neraka



Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peratura n ni bukan semata-mata peraturan
majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar
nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti
masuk syurga... Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: "perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah...mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak.

sumber Kau Jodohku

Monday, February 18, 2013

Kek


Hasil kedua membuat kek dalam seminggu.

Minggu ni minggu buat kek aje. Semenjak-menjak dah berjaya buat kek pelangi yang memang terlalu diidam-idamkan, semalam operasi membuat kek kali kedua. Hmmm....memang amat berpuas hati dengannya. Bukan senang nak buat kek nih. Perlu sabar, tekun dan fokus kalau tk konfem kek tak jadi. Nak buat kek juga kene ada mood yang baik, kalau tidak hancurlah kek tu.

Sebelum ni buat kek kukus tapi tk pernah yang menjadi. Kecewa sangat masa tuh. Hmmm.... sekarang dah dapat petua dan hasilnya kejayaan itu mendorong untuk memvariasikan lagi kek yang akan datang. Tambahan pula suami amat sukakan rasa kek buatan di rumah (home-made) ni. Terima kasih Abang kerana bagi sokongan.
Dekorasi kek oleh Busyra. Hehehe...jadilah ye!
Kek pelangi untuk Busyra

Kerana Sebiji Epal



Ahad, 13 Januari 2013. Aku dan anak-anak balik ke Klang menjenguk mak yang kini tinggal berseorangan. Anak-anak sudah tinggal bersama denganku di Perak kerana mereka telah pun bersekolah. Seperti biasa hari Ahad pasti aku dan mak serta anak-anak akan keluar menghabiskan masa bersama dengan makan bersama dan "window shopping". Destinasi kali ni makan tengahari di Restoran Cili Merah dan kemudian ke Plaza Alam Sentral.

Tujuan ke Plaza Alam Sentral ialah mencari tudung sekolah untuk Busyra dan 'Ilmee. Kalau putih sudah lama aku buat sendiri tapi ni nak mencari warna ungu dan yang paling utama mesti mudah dipakai atau disarung sebab anak-anak kecil agak lasak dan sukar digayakan.

Setelah 15 minit berlegar-legar di lantai satu Alam Sentral, akhirnya bertemu juga dengan tudung yang dikehendaki. Dapatlah seorang sepasang. Kemudian, menemani emak cari barang yang dikehendaki pulak..

Setelah apa yang dihajati emak diperolehi kami turun ke lantai bawah(ground floor). Anak-anak dah mula membising sebab dah berjalan agak lama. Mulalah mereka mintak itu dan ini. Kemudian, emak berhenti di gerai buah berdekatan eskalator. Sambil emak memilih-milih buah yang segar, aku seperti biasa melayan androidku. Sambil melayari facebook di android mataku menjeling-jeling juga untuk memastikan keselamatan anak-anak ku agar mereka tidak pergi jauh daripada aku dan emak. Entah macam mana, dalam kekalutan emak memilih buah dan anak-anak yang dah mula riuh, mata aku terpandang seorang mat Bangla tukang sapu di bangunan Alam Sentral tu sedang berbual dengan peniaga buah tersebut. Peniaga buah tersebut sedang ralit menyusun buah ke rak. Sambil berbual dia tidak memandang ke arah mat Bangla tersebut. Aku agak curiga dengan mat Bangla tersebut yang mana bahasa badannya membuatkan  aku untuk terus memerhatikan dia dan apakah yang akan dibuat seterusnya.

Sambil dia berbual dan sambil menyapu ala kadar di sekitar gerai buah itu, tiba-tiba tangannya meraba-raba buah epal yang berdekatan. Tanpa peniaga tersebut menyedari, mat Bangla itu telah mengambil sebiji epal yang agak kehijau-hijauan dan di sembunyikan di tanggannya. Kelihatannya dia seperti ingin tunjuk atau minta kepada peniaga buah tersebut tetapi mungkin dia takut atau rasa bersalah atau ditakuti peniaga tersebut minta wang selepas itu mat Bangla tersebut tiba-tiba menyeluk sakunya. Dia nekad menyembunyikan epal tersebut. Aku teragak-agak untuk menegur mat Bangla tersebut. Pertama aku fikir mat Bangla tersebut mungkin akan malu. Kedua aku takut akan terjadi pergaduhan antara peniaga buah dengan mat Bangla tersebut. Kemudian, ku lihat mat Bangla tersebut terus beredar tapi wajahnya masih menunjukkan rasa bersalah.

Aku mula terfikirkan sesuatu. Kenapa mat Bangla tersebut tergamak berbuat demikian? Tidak ada duitkah dia? Sebiji epal baru berapa sen sahaja. Atau adakah kalau mat Bangla tersebut meminta kepada peniaga tersebut, mungkinkah peniaga tersebut akan memberinya dengan percuma atau akan terus meminta bayaran?
Dalam aku berkira-kira tu, aku cuba mencari tanda harga bagi buah epal tersebut. Setelah aku tolak kali bahagi akhirnya aku dapati harga bagi sebiji epal hanyalah RM0.50 sahaja. Masya Allah. Aku beristighfar  berkali-kali dan pada masa yang sama aku bersyukur dengan apa yang telah Allah kurniakan untuk aku dan keluargaku. Lantas, aku berjumpa dengan peniaga buah tersebut lalu aku berikan RM0.50 kepadanya. Aku katakan ada yang ambil buah epal di gerainya tadi. Dia cuba bertanya sesuatu lalu aku katakan takpalah. Tak perlu tahu siapa. Anggap saja saya beli. Tapi saya beli sebiji sahaja. Peniaga tersebut nampaknya keliru. Tapi masih lagi menerima wang pemberianku.

Emak pun selesai membeli buah dan kami terus memutuskan untuk balik ke rumah kerana bas ku ke Perak akan bergerak jam 4.30 petang. Barang perlu dikemas dan anak-anak perlu dibersihkan sebelum balik ke Perak.

Sepanjang perjalanan balik, kepala dan perasaanku sarat dengan kejadian yang berlaku tadi. Manusia sanggup buat apa sahaja demi sesuap makanan. Manusia tega mencuri, merompak, mengemis untuk makan. Ada juga segelintir manusia yang mahu makan tapi tak mahu membayar dengan erti kata lain nak 'makan free". Kejadian ini membuatkan aku insaf dengan apa yang telah aku ada. Jika kita ada rezeki lebih tidak salah rasanya kita berkongsi dengan mereka yang betul-betul memerlukan. Jangan kedekut kerana rezeki itu datangnya daripada Allah jua. Sekuat mana dan segigih mana kita bekerja tapi Allah jua yang mengurniakan. Janganlah kita mendabik dada dengan berkata, "aku kerja penat-penat, senang-senang je dia nak mintak". Itulah kata-kata manusia yang sombong dan kufur ni'mat. Adakalanya mata zahir kita tidak dapat melihat apa sebenarnya yang berlaku. Mungkin seseorang itu amat memerlukan wang dan wang itu perlu dibelanjakan dengan sebaiknya untuk keperluan yang lebih utama. Seperti insiden mat Bangla tersebut aku berfikir mungkin dia teringin sangat nak makan epal tersebut tetapi mungkin wangnya amat terhad. Jadi, aku niatkan sedekah untuknya. Mudah-mudahan ianya menjadi jariah buatku dan aku doakan mat Bangla tersebut jangan lagi mengulangi perbuatannya yang salah. Mudah-mudahan Allah berikan dia kekuatan untuk membuat kebaikan.

Hadis ada menyebutkan yang berbunyi:

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:Allah memberikan rahmat kepada seseorang yang berusaha mencari harta dengan jalan yang halal dan membelanjakannya dengan cara sederhana dan berhemat dan menabung kelebihannya untuk hari susah dan hajatnya.  

Antara kelebihan bersedekah ialah:

Dari Abu Dzar r.a katanya:Beberapa orang sahabat Nabi SAW pernah berkata kepada beliau,:Kaum hartawan memperolehi pahala yang lebih banyak. Mereka solat seperti kami solat, puasa seperti kami puasa dan bersedekah dengan sisa harta mereka. Jawab Rasulullah SAW:Bukankah Allah telah menjadikan berbagai macam cara untuk kamu bersedekah? Setiap kalimah tasbih adalah sedekah; setiap kalimah takbir adalah sedekah; setiap kalimah tahmid adalah sedekah; setiap kalimah tahlil adalah sedekah; amar makruf dan nahi mungkar (menagajak kepada kebaikan dan melarang kepada yang mungkar) adalah sedekah; bahkan pada kemaluanmu pun terdapat pula unsur sedekah. Mereka bertanya:Kalau begitu, adakah kami mendapat pahala jika kami memuaskan nafsu syahwat kami? Jawab Rasulullah SAW Jika kamu melakukannya dengan yang haram, tentunya kamu berdosa. Sebaliknya jika kamu melakukannya dengan yang halal, kamu mendapat pahala.

Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Sesiapa bersedekah seberat biji kurma dari usaha yang baik, dan tidak naik (sampai) kepada Allah melainkan yang baik, maka sesungguhnya Allah menyambutnya dengan tangan kanan-Nya. Kemudian Allah memelihara sedekah itu untuk pemiliknya, sebagaimana seorang kamu memelihara anak-anak kudanya sehingga menjadilah sedekah itu setinggi gunung.

Abu Said al-Khudri r.a menerangkan bahawasanya segolongan sahabat dari golongan Ansar meminta pemberian daripada Rasulullah lalu baginda memberikannya kepada mereka itu. Kemudian mereka meminta lagi kepada Rasulullah lalu baginda memberikannya pula sehingga habis apa yang ada padanya. Maka bersabdalah nabi: Harta yang ada pada ku tidaklah sekali-kali aku menyimpannya untuk orang yang lain daripada mu. Sesiapa yang memelihara diri dari meminta-minta nescaya Allah memeliharanya daripada yang haram. Dan sesiapa yang memohon kepada Allah, nescaya Allah memberikan kecukupan kepadanya. Dan sesiapa bersabar menahan penderitaan, nescaya Allah memberikan kepadanya kesabaran. Dan tidak diberikan kepada seseorang sesuatu pemberian yang lebih baik dan luas daripada ˜kesabaran'.




Saturday, February 16, 2013

LADAP 2 - Pembinaan Blog

Hmmm....Lama sudah tak menulis dan memasukkan entri.Rindu untuk menulis sebenarnya tetapi apakan daya kekangan masa untuk mengurus rumah dan anak-anak yang baru memulakan alam persekolahan. Inni entri saya yang pertama dalam tahun 2013 ini.

Hari ini LADAP 2 di sekolah dengan tajuk "Pembinaan Blog". Instructor hari ni ialah PK Pentadbran sendiri iaitu Tuan Haji Ahmad Zuhairi bin Haji Zakaria. seronok juga apabila kita buat 'revision" tentang laman blog nih. Dulu masa mula-mula buat blog tak lah secanggih sekarang ni. Hari ni diri ni banyak mendengar, melihat dan senyum. Hehehehe.....

Aktiviti yang menyeronokkan hari ni semasa membuat laman blog ni ialah dapat membantu kawan-kawan membuat tapak blog yang baru. Hmmm....inilah kelebihan dan hikmah berkongsi ilmu. "Sharing is caring". :)  :)

Jom tengok sekitar aktiviti pembinaan blog hari ini.

Inilah rupanya blog yang direka pagi tadi oleh PK1 tn Hj Ahmad Zuhairi


Guru-guru tekun mendengar tutorial drp PK1.
"Ustazah Shida dah sampai ke mana tu...???"