IsI dan KuLiT

Apapun di dalam dunia ini, dan kehidupan kita, ianya ibarat isi dan kulit di mana saling memerlukan. Jadilah seperti kulit yang melindungi sang isi yang baik, manis, cantik dan sang isi yang menggembirakan semua orang......

Wednesday, August 25, 2010

Keputusan Badminton Piala Dunia

2010/08/25


Perseorangan lelaki
(pusingan pertama)

Simon Santoso (INA x8) klk Przemyslaw Wacha (POL) 21-11, 21-14 Chen Jin (CHN x4) klk Ville Lang (FIN) 21-14, 21-14
Boonsak Ponsana (THA) klk Vladimir Malkov (RUS) 21-6, 21-6
Chen Ong Zhao (SIN) klk Chetan Anand (IND x14) 21-14, 21-18
Wong Choon Hann (MAS x16) klk Simon Marmoury (FRA) 21-18, 10-21, 21-17
Stephan Wojcikiewicz (CAN) klk Dmytro Zavadsky (UKR) 21-18, 21-19
Kestutis Navickas (LTU) klk Kieran Merrilees (SCO) 15-21, 21-13, 21-14
Carl Baxter (ENG) klk Michal Matejka (SVK) 21-10, 21-12
Dicky Palyama (NED) klk Brice Leverdez (FRA) 21-16, 21-15 Peter Gade (DEN x2) klk Daniel Paiola (BRA) 21-10, 21-7
Marc Zwiebler (GER x15) klk Jan Vondra (CZE) 21-14, 21-12
Kazushi Yamada (JPN) klk Kaveh Mehrabi (IRI) 21-16, 21-15
Wan Ho Shon (KOR) klk Yun Hu (HKG) 21-18, 21-13

Perseorangan Wanita
(pusingan kedua)


Wang Lin (CHN x7) klk Maja Tvrdy (SLO) 21-7, 21-18
Petya Nedelcheva (BUL x15) klk Larisa Griga (UKR) 21-17, 21-13
Wang Yihan (CHN x1) klk Porntip Buranprasertsuk (THA) 21-12, 21-19
Yip Pui Yin (HKG) klk Anna Rice (CAN) 21-19, 21-13
Eriko Hirose (JPN x10) klk Maria Febe Kusumastuti (INA) 21-14, 21-18
Tine Baun (DEN x4) klk Lianne Tan (BEL) 21-10, 21-11
Cheng Shao-Chieh (TPE) klk Bae Seung Hee (KOR x14) 21-14, 21-23, 21-16
Juliane Schenk (GERx8) klk Cheah Li Ya (MAS) 21-16, 21-17. - AFP

Tuesday, August 24, 2010

Buta dalam Terang...

Kita sering mendengar orang selalu menyebut, "time ade, ko buat musuh, ko gaduh, ko ngata, hah!! sekarang dah tkde baru ko nk kenang2 watper? Baru nak nangis2..tak guna dah." Biasakan kita mendengar ungkapan tersebut? Mungkin kita yang mengucapkannya kepada orang lain atau ianya terjadi pada diri kita sendiri kan? Kenapa susah sangat kita nak menghargai apa yang kita ada? Kenapa kita sanggup mempertahankan ego kita? Takut orang mengata kita ke? Takut orang memperlekehkan kita ke? Dalam erti kata yang lain, kenapa kita tak pernah bersyukur sewaktu "ADA" dan kenapa perlu meratapi sewaktu "TIADA"? Kenapalah kerasnya hati kita ini? Apalah salahnya kita penuhi waktu dan peluang yang itu dengan sebaik-baiknya bersama-sama terutamanya dengan orang yang kita sayang.

Banyak yang berlaku di hadapan mataku, betapa ramainya anak-anak yang tidak mahu menghargai masa yang mereka ada untuk bersama keluarga dan belajar. Mereka rata-rata lebih banyak menghabiskan masa bersama teman-teman merayau dan melepak di pusat-pusat membeli belah. Ada juga yang melepak di rumah sambil membawa teman-teman dengan harapan ibu bapa tidak bimbang. Bermain playstation atau pun game di komputer atau juga PSP yang melambak-lambak dalam pasaran. Ada juga yang sanggup men"download" ke dalam pendrive mereka dan bermain di komputer. Menghabiskan masa berjam-jam memerap di dalam bilik bersama game atau teman-teman. Alangkah baiknya masa yang ada itu digunakan untuk bermesra dengan ahli keluarga atau membantu ibu membuat kerja-kerja rumah agar ibu yang bekerja tidak terbeban apabila pulang dari kerja di waktu rembang petang. Tidakkah kita belas kepada ibu yang telah banyak berkorban dan lelah kerana kita? Tidak nampakkah jerih di wajahnya? Tidak nampakkah keuzuran pada tubuh badannya? Dari mula mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari ibarat membawa bata di perut beratnya. Ibarat sebulan satu bata ditambah pada badan. Sehinggalah saat kelahiran di mana ibu mempertaruhkan nyawanya, kudratnya untuk melihat kita sihat, selamat lahir ke dunia? Setelah lahir, ibu juga sanggup bersakit-sakit dan bersengkang mata untuk menyusui kita di waktu orang lain sedang lena dibuai mimpi, menjaga kita di saat kita sakit, demam contohnya. Diusahakannya mencari ubat dan dijagai kita sehingga kita benar-benar sembuh. Adakah kita tidak boleh berfikir akan keadaan itu?
Dalam surah Ar-Rahman sebanyak 31 kali ditanyakan : "Maka apakah lagi ni'mat Tuhanmu yang kamu dustakan?" Tidak bersyukurkah kita dengan segala ni'mat yang telah kita perolehi dari nyawa, kesihatan, susu yang diminum sehingga kita membesar dengan sihat dan cerdas.

Bagi mereka yang tinggal di asrama penuh atau asrama harian pula kebanyakan mereka banyak menghabiskan masa dengan membuat perkara-perkara yang boleh dikira merugikan masa. Contohnya tidur di dalam kelas, ponteng kelas dan lebih rela tidur sepanjang hari di dalam dorm, tidur di setor buku teks, tidur di surau atau pun merayau-rayau sekitar sekolah hanya kerana bosan duduk di dalam kelas bagi mengikuti pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan cikgu cikgi ustaz ustazah. Kenapalah anak-anak ini lebih rela menurut hawa nafsu berbanding menggunakan akal yang Allah beri untuk dimanfaatkan sepenuhnya? Mengapa tidak waktu yang terluang itu digunakan untuk menghabiskan kerja atau tugasan yang diberikan oleh guru-guru, berdiskusi tentang pelajaran bersama kawan-kawan atau mengaji? Kebanyakannya lebih rela menonton video-video yang melekakan dan meransang jiwa muda mereka atau menghafal lagu-lagu yang terkini dari penyanyi-penyanyi yang melata bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Masya Allah....alangkah ruginya......

Bagi ibu bapa pula, mereka juga terlihat akan kealpaan ini. Rata-rata zaman ini, ibu bapa ramai yang menghabiskan masa di luar rumah lebih banyak daripada bersama keluarga di rumah. Keadaan ini berlaku kerana desakan hidup yang semakin mencabar dan menghimpit. Segalanya memerlukan wang untuk memenuhi keperluan dan kehendak terutama di bandar-bandar besar dan maju seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Johor Bahru dan bandar-bandar yang lain. Ada segelintir ibu bapa langsung tidak pernah tahu apakah kegiatan anak-anak mereka di rumah, di luar rumah atau pun di sekolah. Anak-anak hanya dibekalkan dengan wang belanja dan bagi yang berkemampuan, anak-anak mereka akan tinggal dengan bibik di rumah. Wahai ibu dan bapa, tidakkah kamu menyedari bahawa anak-anak itu anugerah dan amanah yang Allah tinggalkan untuk kamu jaga dan pelihara? Sebelum adanya mereka, kamu terlalu mengharap dan meminta-minta akan kehadiran mereka, namun sesudah mereka lahir ke dunia, mereka diabaikan. Adakah kamu hanya akan bersama mereka sewaktu ingin mengirinya ke liang lahad? Hargailah kurniaan Allah itu selagi ada masa dan tenagamu sebelum ianya diambil semula oleh pemiliknya.

Zaman ini juga menunjukkan suami isteri ramai yang terpisah atas keperluan kehidupan. Masing-masing sibuk bekerja siang dan malam untuk mencari dan menambah rezeki keluarga. Semua juga berlumba-lumba untuk merasai kehidupan yang mewah dan berstatus. Ada rumah besar, ada kereta yang besar dan berjenama, ada simpanan wang yang banyak, melancong ke sana ke mari dan berpakaian cantik dan eksklusif dengan aksesori yang mahal juga. Suami sudah balik dari kerja tetapi isteri masih di luar dengan kerjanya. Suami sudah tidur si isteri baru pulang kerja. Suami dan anak-anak makan atau tidak, pandai-pandailah suami menguruskannya. Keadaan ini juga berlaku kepada suami-suami. Apa yang berlaku kepada isteri, ada juga segelintirnya berlaku kepada suami. Duit, harta, semakin dicari, semakin dikejar, semakin tidak mencukupi kita rasakan. Ada sahaja kehendak dan keperluan yang hendak dipenuhi sehinggakan ada pasangan yang bergaduh hanya kerana duit dan harta.

Masya Allah.....Alangkah bahagianya jika di kesempatan yang ada, kita bersama dan mengenali lebih mendalam perasaan serta perangai pasangan kita. Mengenali hati budi masing-masing, menambahi apa yang terkurang dan membaiki segala kepincangan yang terdapat pada diri masing-masing daripada mencari kesalahan, keburukan dan kelemahan pasangan kita. Allah telah menjadikan segala yang ada di muka bumi ini lengkap dengan pasangannya yang akan saling melengkapi dan menemani di antaranya. Mengapakah kita tega menghancurkan kebahagiaan yang kita harapkan sedangkan itu yang menjadi harapan kita selama ini? Kenapalah kita sanggup melepaskan ni'mat kehidupan bersama demi menggantikan harta yang bersifat sementara? Mengapa kita lebih rela hidup bersendirian di dunia yang akan musnah ini hanya kerana memuaskan kehendak nafsu kita yang serakah dan tidak pernah puas?

Sebahagian pernah berkata, jika pasangan mati kita cari lain. Usah diratapi yang telah pergi dan hidup perlu diteruskan.Mudah sungguh lidah mengucapkan ungkapan tersebut seolah-olah tiada nilai. Tidakkah kita rasa bersyukur dengan ni'mat kehidupan berpasangan selama ini? Segala keseronokan dan kepuasan ketika bersama? Mengapa bila berlaku sedikit dugaan dan ujian, kita melupakan segala kesenangan yang pernah kita kecapi?

Selama hidupku ini, melalui berbagai-bagai pengalaman bergaul dengan pelbagai jenis orang dari pelabagai status, dari berbeza latar belakang dan budaya serta agama,seiring dengan bertambahnya umurku, aku ke sana ke maridi muka bumi Allah ini, aku sujud kepadaMU wahai Allah, yang memiliki hidup dan matiku.... Selama ini banyak yang telah aku abaikan, banyak yang aku nafikan,banyak juga yang aku kufurkan. Aku lupa aku siapa di sisiMu. Aku suka bila aku mendapat apa yang aku harapkan. Aku gembira apabila hajatku dimakbulkan. Aku gembira apabila dapat bersama orang yang aku sayang. Aku seronok dapat memiliki kasih sayang orang yang aku cinta..... Namun aku selalu tersasar dan tidak mampu mengawal perasaanku, fikiranku apabila sedikit ujian kau berikan padaku. Aku marah apabila kau datangkan ujian kepada. Aku lupa itu semua. Aku lupa pada Engkau Ya Allah. Aku menyalahkan takdir yang kau timpakan. Aku katakan kau tidak sayang padaku. Aku jeritkan bahawa kau sengaja menyusahkan aku......

Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.....Kenapalah aku ini terlalu kejam? Aku kejam pada diriku sendiri. Aku turutkan nafsuku yang marah sehingga lupa bahawasanya Engkau tidak pernah tidur, dan tidak pernah melupakan hamba-hambaMu walau sedetik. Hamba-hambaMu sahaja yang sering lupa dan meninggalkanMu, wahai Allah.

Aku bersyukur kini dengan segala kebahagiaan, keni'matan yang telah Engkau berikan kepadaku walau pun sedetik cuma. Engkau masih memberi kesempatan kepadaku mengecapi keindahan di dunia ini. Aku masih lagi dapat bersama dengan orang-orang yang aku sayangi yang menjadi tunjang kehidupanku selama ini. Alhamdulillahi Rabbil 'Alamiiinn....Allahu Akbar....

Sedikit kesakitan ku rasakan terlalu parah sedangkan kesakitan itu kau berikan padaku untuk menjadi penebus segala dosa-dosaku terhadapMu. Sakit yang kau berikan pada ku untuk mengingatkan aku kepadaMu. kau tidak pernah sama sekali jauh dariku sedangkan kau dekat denganku, bukan di mata malah lebih dekat dari urat di leherku. Engkau telah lama wujud dalam diriku tapi aku yang tak pernah melihat Engkau dalam diriku. Sungguhku buta dalam terang, sungguh ku lupa ketika bahagia. Ampunilah aku, Ya Allah di atas kesalahan, kekhilafan dan kekuranganku selama ini. Tetapkan aku di kala kesesatan. Aku kini merinduiMu, aku mencintaiMu sepenuh hatiku....Seluruh hati aku berserah....Hidup matiku hanya untukMu....Aku menunggu waktu untuk bertemu denganMu.....PASTI........


Monday, August 23, 2010

Penulis yang menulis menulisi tulisan yang ditulis

Huh...assalamualaikum kepada pembaca blog aku ni. Penat pulak rasa hari ni. Tak tau le ngape. pagi tadi punyalah bersemangat nak masuk ngajo. Tup-tup....pappp!!!! Letrik tkde. Aduhaiiiii....Nasib ler kelas aku satu jer hari ni dua masa. Kelas dak pompuan jer. Ok la jugak...sebelah bilik guru jer. Kene nyer 3 pat kelas...mau semput aku turun ke bawah naik ke atas.
Masuk-masuk kelas jer budak-budak ok lagi sebab masih pagi. Cuaca pon tk lah panas sangat. Dah beri new word kat diorang, suruh diorg buat karangan novel. Gunakan new word yang aku berikan tadi untuk mem"variasi"kan ayat dalam cerita. Baru ler sedap dibaca. Ni balik-balik perkataan yang sama jer....dari kecik sampai ke besar sampai nak masuk liang lahad pon balik-balik "eat", "run", "play".....tk happening langsung sedangkan banyak lagi perkataan yang lain tp masih memberi maksud yang sama. Tahun ni ada la pembaharuan yang dibuat sebab budak-budak tahun ni lain sikit cara diorg belajar dan level of understanding pon lain.
Tengah-tengah nulis lebih kurang dah sejam suku gitu, dah ade dah yang tersungkur atas meja. Makkk aiiii...sodap bonar tengok deme tidur. Aku pon ngantuk jugak sebab panas tapi aku terpaksalah bawak2 berjalan keliling kelas tu supaya tk tidur. Haru pulak kang cikgu tdo dlm kelas. kene macam deme lagi ler kul 4pagi dah kene bangun sahur. Beratur ramai-ramai. Kalau aku, tgh beratur pon leh tertidur sebab ngantuk sangat2.

Tidur tu tidur lah tp bg aku yang penting tugasan yang aku beri mesti siap on time. kalau tak.....siap la. Aku tambah lagi kerje tu. Aku ni dah tak garang....tp aku gunakan perang psikologi sehingga diorg surrender nak bertanggguh kerja. nak keje banyak atau sikit tp lekat kat dalam kepala otak tu??? PILIH!!!! Sememangnya deme akan memilih kerja yang sedikit. Hahahaha...tu ler...lawan cikgu lagi. tak guna membebel dengan deme ni. Deme dah lali. Kat umah kene bebel, kat asrama kene bebel...jd aku tk nk buat benda yg sama sebab aku ni mmg jenis pesen tk suka wat sama ngan org lain. Dulu kalau aku buat benda pelik2 ni, seme ngata aku sebab iyelah bende tu bukan kelaziman. Tapi bila dah aku buat ramai lak yg nk ikut buat sama. Hah!!!! Baru tau. Kutuk2 aku last2 deme pon buat jugak. Speaks louder than action!!! Citt!!! POddaahhh!!!

Tepat 9.50am, loceng pon bunyi, aku kemas barang and keluar. Yiiippppyyyy!!!! Abes kelas dahhh. Aku pon duduk tempat aku bukak laptop....maka aku pon start la menulis blog nih. Semakin lama aku menulis blog ni semakin seronok aku rasa. Semakin bersemangat untuk ber blog. Dulu, mungkin aku takde bahan nak diceritakan. Dan rasanya macam tkde bende nak cerita. Tapi, sekarang dh lain. Mungkin bertambahnya umur aku, bertambahnya pergaulan membuatkan aku lebih juga dalam memuntahkan isi kandungan ber blog. Mungkin blog ni biasa jer bg sesetengah org, tp bg aku sebagai beginner aku dh rasa bangga sebab ini lah hasil tulisan aku yang pertama. patutlah suami aku tu suka menulis.

Sebenarnya, menulis pon boleh dikira sebagai dakwah. Dakwah ni ada mcm2 cara tk semestinya berceramah ke sana ke mari. Orang membaca tulisan kita dan mengamalkannya pon dah dikira sama mcm berdakwah cuma method yg berbeza. Apabila orang teransang dengan apa yang kita sampaikan, berubah daripada buruk kepada baik, kita menjadi sangat bahagia. Contohnya macam mak kita masak la....dah la penat balik keje, sampai umah nk kene masak lak. Bila anak-anak dan suami mkn dengan berselera, hilang penat dia memasak td dan terasa bahagia di hati dia sebab susah penat dia td dibalas dgn penghargaan tak langsung. Takde sapa yg kata sedap tp bila pinggan licin lico tu tandanya sedap la tuh. Boleh jadi jugak sebab kebulur tp tk kesahlah tu. Cam tu jugak menulis nih. Bila kita menyampaikan sesuatu yg baik, org buat dan ikut, seronok rasanya. Dulu aku pk apalah yg best sgt menulis nih. tapi sekarang baru ku tahu bagaimana rasanya. Memang berbaloi!!! Tak kisah la orang nak baca ke idak, orang nak ikut ke idak, orang nak ngate atau memuji, yg penting menulis tetap menulis.
Nak menulis kita pon kene rajin membaca. kalau tak nk tulis mende dah tkde knowledge. Selain drp tu pengalaman bercampur gaul dengan pelbagai jenis org. Learn about human behaviour mmg best sgt. Setidak2nya, bila kita belajar ttg org lain, belajar ttg budaya lain, agama lain, akan menambah pengetahuan kita, belajar mengubah keburukan dan kekurangan serta kelemahan diri sendiri menjadi lebih baik, lebih kuat dan lebih positif. Apabila minda dah tercana dengan benda2 baik, kita akan lebih baik meneruskan kehidupan dengan tenang dan gembira. Jauh drp stress. Sebab kita dh paham konsep hidup. Taklah kita menyalahkan sesapa, atau merungut ttg sesuatu yg tak masuk dek akal. Bila kita dah rasa isi, kulit tidak menjadi hal lagi....Hehehehe.....Kepada penulis2 yang ada di luar sana, teruskan lah menulis. Tidak kira lah yg ditulis tu pendek, panjang, komentar atau ilmiah, teruskan sahaja kerana di muka bumi ni Allah mmg dh jadikan manusia itu berbeza-beza pendapat dan fahaman supaya kita saling berfikir dan bertukar2 pendapat untuk menyempurnakan hidup menuju akhirat, kehidupan yang kekal abadi.........................

Sunday, August 22, 2010

Pergi dengar kuliah Subuh

Tiba -tiba jer pagi tadi aku rajin la pulak nak ke masjid solat berjemaah dan hajat sebenarnya nak dengar kuliah subuh. Sajalah sebab dah kebetulan sang kekasih hati sendiri yang beri kuliah tu, maka amik peluang la nak dengar.

Lepas sahur makan lebih kurang, mandi, terus siap-siap nak pi masjid. Masa keluar daripada rumah tu, gelap jer, sejuk dingin. Tiba-tiba terlintas kenangan lalu yang teramat indah. Sebab masa tu pon aku pakai baju yang memang menjadi kegemaran aku, jubah tu beli masa kat Mekah time wat haji dulu. Masa tu terbayang aku dok kat Madinah. Subuh-subuh hari aku dah kene kejut ngan mak sebab kene mandi awal. Nak pi awal ke masjid. Sejuk nye masya Allah....sebab masa pi wat haji dulu time sejuk. Mandi ler air panas tp pas kuar bilik air terlebih-lebih lak sejuknya. baju dah la serba putih..aku rasa dah rupe beruang kutub lak. Nak nak pulak aku ni chubby (segan nak kata gumuk...tp aku tk gumuk pon...berisi!!) Masa turun drp hotel nak ke masjid nabi, cuaca memang sejuk. ade ke tidak...bangun kul 4 pagi dah mandi...embun masih segar lagi...tp sana bukan embun tp mmg cuaca dia sejuk...sana aku tk penah nmpk awan pun..langit lapang jer membiru...Subhanallah...memang cantik.

Dah pastu sampai kat Masjid Nabi...aku suka duduk kat luar...sebab dok kat dalam panas sebab pepagi deme tk on aircond...pastu bumbung pon tk bukak....so bila dok kat luar...huhuhuh..punggung ku bagai duduk atas air deee....sojuk tak tahu nak kata...puas la bergerak kejap bersila kejap bersimpuh...sat sat kang peluk lutut pulak....sejuk la katakan.... Punggung tu di alas dengan sejadah pon masih aku rasa sejuk.

Maka, balik pulak citer asal tadi. Sepanjang jalan nak ke Bukit Naga tu, jalan masih sunyi, cuma ada beberapa biji kenderaan je. Lampu jalan yang kekuningan...memang terasa sangat saat-saat di Madinah. Sebab Madinah ni mmg tenang jer tempatnya...orangnya pon cantik-cantik, manis, putih,suka senyum dan peramah. Berbeza dan amat kontra dengan Mekah. Madinah bandarnya lebih terancang berbanding Mekah. Di Mekah, untuk aku sampai ke Masjidilharam, kiri kanan aku adalah kedai-kedai.

Sesampai je di Masjid Bukit Naga tu, orang baru jer lepas azan, maka sempatla aku berjemaah. Memang best sebab dah lama tk berpeluang sebegitu. Masjid pon sejuk jer. Imam yang baca pon suara sedap. Ok la tu kan.

Dah habis solat, maka tibalah giliran kekasih aku tu pulak. Tajuknya kuliah subuh mestilah yang berkaitan dengan puasa sebab kita kan masih berpuasa, baru 13 hari. Tajuknya "apakah makna puasa"? Kalau dilihat pada tajuk tu macam biasa je kan, semua pon tahu makna puasa. Hehehehe....Sebenarnya apakah makna HAKIKAT berpuasa itu? Kita sebenarnya berpuasa kerana apa? Untuk siapa? Puasa itu kan kulitnya tetapi apakah isi puasa itu???

Gedebak gedebuk dekat sejam jugaklah kekasih aku tuh menguliahkan jemaah-jemaah masjid termasuk aku. Kuliah pon habih. tak banyak sikit ada juga refreshment ilmu untuk aku. tapi, yang nak diceritakan di sini bukan pasal kuliah tu, tp sebab teringat sejuk tadi waktu di Madinah dan Mekah. Hatiku terlalu rindu untuk ke sana lagi. alangkah bahagianya jika aku dapat ke sana lagi.

"Wahai Allah, permudahkan lah laluan untuk ku untuk menjejak kakiku ke rumah Mu lagi....Betapa ni'matnya memperhambakan diri di rumahMu....Betapa damai dan tenang ketika bersamaMu wahai Allah....Tiada rindu yang lebih ulung dan unggul selain rindu kepadaMu wahai Allah.....Sesungguhnya aku merasa teramat tenteram jauh dari gundah gulana dan resah gelisah ketika aku berada dalam dakapanMu wahai Rabbi....Jemputlah aku untuk kesekian kalinya ke tempat Mu wahai Allah...."

Khadijah bt Khuwailid

Khadijah bt Khuwailid Al-Asadiyah r.a.juga disebut sebagai Khadijah At-Tahirah.Beliau adalah merupakan isteri nabi Muhammad s.a.w. yang pertama. Sebelum berkahwin dengan baginda, beliau pernah menjadi isteri kepada Atiq bin Abid dan Abi Halah bin Malik dan telah mempunyai empat anak, dua dengan suaminya yang bernama Atiq, iaitu Abdullah dan Jariyah, dan dua dengan suaminya Abu Halah iaitu Hindun dan Zainab.

Banyak kisah memaparkan bahawa sewaktu nabi Muhammad s.a.w. bernikah dengan Khadijah, umur Khadijah berusia 40 tahun sedangkan nabi Muhammad s.a.w. hanya berumur 25 tahun. Tetapi menurut Ibnu Kathir, seorang tokoh dalam bidang tafsir, hadis dan sejarah, mereka berkahwin dalam usia yang sebaya. Nabi Muhammad s.a.w. bersama dengannya sebagai suami isteri selama 25 tahun iaitu 15 tahun sebelum bithah dan 10 tahun selepasnya iaitu sehingga wafatnya Khadijah, kira-kira 3 tahun sebelum hijrah. Khadijah wafat semasa beliau berusia 50 tahun.

Beliau merupakan isteri nabi Muhammad s.a.w. yang tidak pernah dimadukan kerana kesemua isterinya yang dimadukan adalah berlaku selepas daripada wafatnya Khadijah. Di samping itu, kesemua anak baginda kecuali Ibrahim adalah kandungannya.
Mas kahwin daripada nabi Muhammad s.a.w. sebanyak 20 bakrah dan upacara perkahwinan diadakan oleh ayahnya Khuwailid. Riwayat lain menyatakan, upacara itu dilakukan oleh saudaranya Amr bin Khuwailid.


Anak-anak Rasulullah bersama Khadijah
1.Al-Qasim bin Muhammad
2.Abdullah bin Muhammad
3.Ibrahim bin Muhammad
4.Zainab binti Muhammad
5.Ruqaiyah binti Muhammad
6.Ummu Kalthum binti Muhammad
7.Fatimah binti Muhammad

Diriwayatkan bahawa anak perempuan Nabi Muhammad SAW iaitu Fatimah Az-Zaharah telah berkahwin dengan Khalifah Saidina Ali bin Abi Talib.Kesemua ketiga - tiga anak lelaki Rasullullah telah meninggal dunia sejak kecil lagi.Tujuan Allah SWT mencabut semua nyawa anak lelaki Nabi adalah bagi mengelakkan supaya tiada lagi wujud Nabi dan Rasul yang baru sesudah Nabi Muhammad,hal ini kerana Nabi Muhammad adalah Nabi dan Rasul yang terakhir diutuskan Allah sesudah Nabi Isa diatas muka bumi ini.Nabi Muhammad adalah Nabi dan Rasul bagi seluruh umat alam buana dan semesta sehinggalah ke Hari kiamat.

Qibla Pointer: Guide to Qibla Direction (Mecca) using Google Map

Qibla Pointer: Guide to Qibla Direction (Mecca) using Google Map

Monday, August 16, 2010

Kata-kata yang Berkata-kata

Untuk santapan rohani kita semua... renungkanlah........

1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik
walaupun hanya sekadar senyuman.

2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan
telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan
layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.
3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu
penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi
mainan orang.

5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada
bentuk asalnya.

6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada
kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan
keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila
masa ia akan pecah.

8) Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan.
Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak
tapi diiringi dengan riak.

9) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada
insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

10) Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.
Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.
11) Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya
enam kaki.

12) Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu
mengecewakan agama.

13) Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal
mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya.
Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

14) Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam
dimalam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

15) Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan.
Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan
pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

16) Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung
sehingga ia mula bercakap kosong

17) Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan
berkembang jika ianya digunakan.

18) Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan.Oleh
itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha
Berkuasa.

19) Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu
tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

20) Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu
sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.

21) Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua
untuk bertaubat.

22) Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan
rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

23) Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.

24) Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat
berteduh.Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu
dan hanya layak dibuat kayu api.

25) Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada
melaksanakan sepotong pesanan.

26) Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu
kadang-kadang menumpahkan darah.

27) Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan
dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan
yang anda miliki itu kepada teman anda.

28) Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah
untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

29) Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang
diimaginasi .

30) Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia
bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian.
Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

31) Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca
kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa
itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu
pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal
kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat
muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu
dari segala ketenangan jiwa.

32) Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang
mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan
iman yang dirasakan manisnya dalam hati...

33) "Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata yang
bersinar-bersinar,tetapi tidak melihat apa-apa"

34) "Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita
walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"

35) Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu
Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa);
Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.

36) Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan
dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan,
itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia
dan terpuji."

37) "Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair"
38) "Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan
perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa.
Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"

39) "Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh
menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah
menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"

40) "Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji
keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak
hati tidak sanggup menerima penderitaan.

41) Hadiah Terbaik :
Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan

42) "Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi
merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan"

43) "Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti
duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."

44) "Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah
beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat"

45) "Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan,
Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang
ditinggalkan".

46) "Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan
orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg
telah dicari"

47) "Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg
diwarisi dari nenek moyang"

48) "Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan
mati tak ber teman.."

49) "Lidahmu adalah bentengmu, jika e***** menjaganya maka ia akan
menjagamu, dan jika e***** membiarkannya maka ia tidak akan
mempedulikanmu"
50) "Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri"

51) "Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang
lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."

52) "Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita
akan terkejut dengan hasilnya."

53) "Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita
sering kali ingat apa yang orang lain ada."

54) "Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa
yang kita berikan padanya."

55) "Fikirkan hal-hal yang paling hebat, Dan e***** akan menjadi terhebat.
Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan e***** akan mencapai yang tertinggi."

56) "Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang."

57) "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang
berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang.
Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui
apabila kita kembali semula ke pada Ilahi."

58) "Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut
kesempatan yang menjelma."

59) "Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari
semangat yang tidak pernah mengalah."

60) "Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak
melakukan perkara yang betul."

61) "Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan
yang terbaik."

62) "Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua
yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan."

63) "Kasih sayang ibarat ISI dan KULIT..jagalah dan hargai ia..jgn biarkan kulit disiat-siat dan ditoreh-toreh sehingga mencacatkan sang isi sehingga tiada lagi pelindung yang akan melindungi isi yang cantik itu..."