IsI dan KuLiT

Apapun di dalam dunia ini, dan kehidupan kita, ianya ibarat isi dan kulit di mana saling memerlukan. Jadilah seperti kulit yang melindungi sang isi yang baik, manis, cantik dan sang isi yang menggembirakan semua orang......

Tuesday, May 10, 2011

Aduhai makhluk...

“Sudah pastilah kecintaan-KU itu untuk orang-orang yang saling ziarah menziarahi kerana AKU. Sudah pasti pula kecintaan-KU untuk orang yang saling cinta menyintai kerana AKU, sudah pasti pula kecintaan-KU kepada orang-orang yang saling bantu membantu kerana AKU. Juga sudah pastilah kecintaan-KU untuk orang yang saling tolong menolong kerana AKU.” - Riwayat Ahmad dan Hakim.


Di antara makhluk yang bernama manusia, makhluk yang bernama binatang dan alam sekeliling yang terdiri daripada tumbuhan, saling memerlukan, saling menyokong antara mereka. Inilah yang disebut sebagai hablum minallah, hablum minan nas dan hablum minal 'alam, iaitu hubungan antara Allah sebagai Pencipta, hubungan antara manusia dan hubungan antara alam. Ini terbukti antara dua makhluk yang istimewa ini.

Sekilas memandang gambar ini, pasti pembaca akan tersenyum. Setelah itu akan berfikir akan ketakjuban keadaan ini. Inilah kebesaran yang telah Allah ciptakan untuk kesejahteraan makhluknya yang hidup daripada pelbagai jenis dan bentuk. Selagi mana kita berbuat kebaikan di antara sesama makhluk, nescaya makhluk lain juga akan berbuat kebaikan dan mendoakan untuk kesejahteraan dan kebahagiaan kita. Indah, bukan? 

Jika antara makhluk bernama manusia dan makhluk bernama haiwan dapat berkawan baik, saling menjaga satu sama lain, bagaimana pula sekiranya hubungan manusia dengan manusia? Tidakkah kita mahu hubungan seperti mana gambar di atas? Tetapi, realitinya tidak sebegitu. Makhluk manusia dengan manusia yang lain lebih gemar berbalah dan bersengketa sedangkan mereka dikurniakan oleh Allah dengan sebaik-baik akal tetapi lemah dengan nafsu serakah. 

Lihatlah di sekeliling kita dan hayatilah keindahan ciptaan Allah. Setiap yang dijadikan mempunyai sebab dan pergunakanlah dengan sebaik-baiknya untuk manfaat bersama selagi ada hayat. Pergunakanlah segala kenikmatan yang telah Allah berikan untuk menjadi hamba yang sebenar-benar hamba kepada Pencipta Yang Maha Agung yang memiliki seluruh alam ini dan seluruh isinya. Wallahu 'alam.





















Thursday, March 17, 2011

Ketenangan dapat dirasai melaluinya terhadapNYA...


Apabila hati dirundung kegelisahan, kekecewaan, jika terlihat keadaan ini, sudah pasti hati akan merasa ketenangan dan kedamaian. Selalunya, memang dicari pun tempat-tempat sebegini. Bukannya boleh terjumpa dengan tiba-tiba atau kebetulan. Itulah sebabnya ramai yang suka masuk ke hutan, pergi ke tepi laut atau pantai, bersendirian di air terjun, dan macam-macam lagi yang dibuat oleh manusia apabila ada masalah atau kerunsingan untuk mententeramkan jiwa mereka. Cuba perhatikan....Indah, bukan? Inilah kebesaranNYA untuk manfaat hamba-hambaNYA......Subhanallah............

Tuesday, February 15, 2011

Si Isi dan Si Kulit


Hari Jumaat yang lepas adalah penentu bg segala kebuntuan dan kesesakan dan kesebakan perasaan aku. Segalanya terungkai apabila anak kedua aku jatuh disebabkan mahu menggapai gambar aku yang tergantung di dinding rumah abangku. Gambar yang hendak dicapai tak dapat, kepalanya pula menjadi habuan kepada bucu tiang rumah yang tajam. maka berhamburlah darah tanpa henti sehingga menyebabkan semua isi rumah kaget. Bukan kerana anakku yang jatuh tetapi kerana darahnya yang mengalir tanpa henti sehingga memenuhi dan melenjapkan kain napkinnya. Malah turut berada di lantai. Inilah antara contoh ISI dengan KULIT. Aku sebagai ibu berasa rindu, mampu mengungkapkan kata RINDU itu dan menatap gambarnya di henfon mahupun album gambar, tetapi bagi si kecil ini melalui perbuatan mencium gambar adalah petunjuk ia rindu kepada induknya. Tetapi kali ini nasib tidak menyebelahinya, maka dia terpaksa menanggung kesakitan ini. Semoga kamu dilindungi Allah anakku, dan semoga cepat sembuh.




Monday, November 29, 2010

Tak sedar masa berlalu

Hhuhhh!!!!Letih sungguh la hari nih.3 jam yang pertama pagi tadi dh tkde kelas.Kelas hari ni last kul 4.30 petang.malam ni semua orang rilek jer sebab esok sehingga hari Jumaat nak pergi camping unit beruniform di Lembah Nur pangsun,Ulu Langat.There are 3 more weeks to go.hari ni dah isnin minggu kedua.Tapi aku leh tak perasan la pulak.Hmmmmm...sungguh cepat masa berlalu.kalau tk diisi dengan perkara berfaedah alangkah ruginyer.

Wednesday, October 20, 2010

ANTARA SABAR DAN MENGELUH.......

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajarnya.

“Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati.”

Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lali ia bertanya, “Apakah katamu hai saudaraku? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini.”

Abu Hassan bertanya, “Bagaimana hal yang merisaukanmu?”

Wanita itu menjawab, “Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, “Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing?”

Jawab adiknya, “Baiklah kalau begitu?”Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk nasi tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua.”

Lalu Abul Hassan bertanya, “Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu?”

Wanita itu menjawab, “Tiada seorang pun yang dapat membedakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeza. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka.”

Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi: “Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya.”

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang.”

Dan sabdanya pula, “Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka.” (Riwayat oleh Imam Majah) Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.

Rahsia berWUDHUK dari sudut kesihatan manusia

Syarat mendirikan solat ialah mengambil wuduk .Tentu tidak sah jika kita mengerjakan solat lima waktu tetapi meninggalkan wuduk.

Pernahkah kita terfikir dengan perintah Allah SWT dengan perbuatan yang nampak remeh ini. Kenapa tidak?? Kenapa tangan bersama dengan air menyentuh anggota-anggota tubuh. Kenapa wajah yang dibasuh? Kenapa mesti telinga?

Banyak rahsia berwuduk yang hanya Allah Maha Mengetahui namun antara rahsia wuduk yang dapat diungkapkan ialah:

Setiap perintah Allah SWT tentu memiliki hikmah kebaikan disebaliknya. Lima pancaindera kenapa semua tanpa terkecuali disapu oleh air wuduk. Mata, hidung, telinga & seluruh kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa.

Pakar Urat Saraf / neurologist pun telah membuktikan dengan air wuduk yang menyejukkan hujung-hujung urat saraf jari-jari tangan dan jari-jari kaki berguna untuk menenangkan fikiran.

Anda tentu pernah mendengar akupuntur kan? Cuba cari dan ketahui dimana terletaknya titik-titik sensitif yang sering digunakan dalam ilmu akupuntur?kemudian hayati rukun wuduk. InsyaAllah kita akan menemui persamaan antara keduanya.

Anggota badan yang terkena semasa berwuduk terdapat ratusan titik akupuntur yang merupakan titik penerima ransangan terhadap sentuhan berupa basuhan, gosokan, usapan, dan tekanan/urutan ketika melakukan wuduk. Sentuhan tersebut akan dihantarkan ibarat signal ke sel, jaringan, organ dan sistem organ yang bersifat terapi. Ini terjadi kerana adanya sistem komunikasi iaitu antara sistem saraf dan hormon untuk mewujudkan homeostasis (keseimbangan). Titik-titik akupuntur merupakan suatu fenomena yang menarik bila berkaitan dengan syariat wuduk yang disyariatkan 15 abad yang lalu.

Jumlah Titik Akupuntur Pada Anggota Wuduk(rukun dan sunat)

Muka 84
Tangan 95
Kepala 64
Telinga 125
Kaki 125
Jumlah keseluruhan = 493

Ternyata terdapat 493 titik penerima ransangan pada anggota wuduk!

Subhanallah!! Bayangkan jika kita melakukan itu setiap hari paling sedikit 5 kali sehari…

Kita tidak harus memandang ringan semasa menjalani wuduk. Mengapa? Cuba ingat semasa kita membasuh tapak kaki & tangan…apakah celah-celah jari sering kita abaikan? Ternyata ada fakta menarik yang ingin saya kongsikan:

Dari ilmu ahli akupuntur,pada celah-celah jari terdapat 16 titik akupunktur yang mana titik-titik tersebut apabila dirangsang secara istmewa ianya dapat mengubati migrain, sakit gigi, tangan-lengan merah, bengkak, dan jari kaku.

Berkenaan telinga pula, walaupun ia adalah amalan sunat, ia mengandungi 30 titik ransangan! Maka, semasa menyapu telinga itu jangan cuma membasuh saja, tapi harus dengan urutan lembut juga. Selepas ini sebaiknya kita tidak meninggalkan amalan sunat semasa berwuduk kerana setiapnya mempunyai titik penerima ransangan.

Terdapat 125 titik akupuntur pada telinga apabila disentuh semasa mengambil wuduk.

Subhanallah…sungguh luar biasa rahsia wuduk… 


HIKMAH BERWUDUK DARI SUDUT SAINS 


Sesungguhnya setiap syariat yang difardukan ALLAH kepada manusia mempunyai rahsia yang tersendiri. ALLAH mewajibkan umat Islam berwuduk sebelum melakukan solat, malah umat Islam disunatkan berwuduk dalam banyak keadaan lain seperti ketika ingin membaca Al-Quran, tidur, mandi wajib dan sebagainya. 

Mengapakah wuduk begitu dititikberatkan di dalam Islam?? Apakah rahsia yang tersirat di sebalik perlakuan berwuduk? 

Mari kita menyingkap hikmah berwuduk dari teropong sains dan kesihatan.

Dr. Magomed Magomedov dari Department of Man's Hygiene and Ecology di Akademi Perubatan Daghestan State telah menulis satu artikel yang bertajuk "Muslims Rituals and their effect on the person's health" (Ibadah Muslim dan kesannya ke atas kesihatan seseorang). Di dalam artikel tersebut, beliau menyatakan bahawa berwuduk dapat merangsang pusingan biologi manusia dengan cara merangsang kawasan-kawasan tertentu yang dikenali sebagai Kawasan Aktif Biologi atau Biological Active Spots. Menurut beliau, bangsa Cina banyak mengkaji tentang ilmu sains refleksologi dan mereka meyakini jika Kawasan Aktif Biologi dirangsang ia akan merangsang sistem saraf di dalam badan sekaligus memberi kesan yang positif terhadap kesihatan seseorang.

Mengikut ilmu perubatan Cina, badan manusia mempunyai lebih kurang 700 Kawasan Aktif Biologi dan 66 daripadanya memberi kesan positif yang segera sekiranya dirangsang. Apa yang menakjubkan ialah 61 daripada 66 kawasan tersebut berada di kawasan wuduk utama orang Islam. Lima lagi berada di kawasan di antara buku lali dan lutut iaitu kawasan yang disunatkan berwuduk. Berhubung dengan kawasan yang khusus (antara buku lali dan lutut) ini, Muslim meriwayatkan sabda Nabi yang bermaksud: "Sesiapa yang mampu di antara kamu maka hendaklah dia memanjangkanghurrah dan tahjeelnya."


Ghurrah bermaksud membasuh muka melebihi kawasan muka yang biasa dan tahjeel pula bermaksud membasuh tangan melebihi siku dan membasuh kaki melebihi kawasan buku lali iaitu di antara buku lali dan lutut. Tafsiran ini disebut di dalam Bustanul Akhbar Mukhtasar Nailul Authar terjemahan A.Qadir Hassan, Mu'ammal Hamidy, Drs. Imron Am dan Umar Fanany B.A. (Pustaka Ilmu, Surabaya). 


Selain daripada ibadah, wuduk juga mengandungi penawar yang mampu mencegah pelbagai penyakit. Dr. Magomed Magomedov menyatakan bahawa apabila seseorang menyentuh mukanya semasa berwuduk, ia akan merangsang saraf bagi memberi kekuatan baru (recharge) kepada organ-organ seperti usus, perut, pundi kencing dan sistem peranakan serta saraf. Apabila kawasan kaki kanan dibasuh dan digosok, ia merangsang sistem saraf bagi mengelokkan sistem tulang, usus, pankreas, hempedu, tiroid (thyroid) dan kawasan pinggang (lumbar area). Apabila kawasan kaki kiri dibasuh dan digosok, saraf berperanan untuk mengelokkan kelenjar pituitary dan kawasan otak yang mengawal sistem endokrin. 


Di samping itu, Mukhtar Salem menyatakan di dalam bukunya yang bertajuk: "Prayers: A Sport for The Soul and Body" bahawa berwuduk boleh mencegah seseorang daripada mendapat kanser. Hal ini adalah kerana mengikut kajian semasa, salah satu punca kanser ialah bahan kimia yang melekat pada kulit badan seseorang kesan daripada pencemaran yang berlaku pada hari ini. Oleh sebab itu, pembasuhan badan melalui wuduk dapat membersihkan badan daripada kesan pencemaran tersebut.

Benarlah ALLAH itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. DIA Maha Tahu apa yang terbaik untuk hamba-NYA....

Tuesday, October 19, 2010

Jamuan Akhir Tahun 2010 Kelab Badminton

Pada 14 Oktober 2010 yang lepas Khamis malam Jumaat jam 9.30 malam, jamuan akhir tahun kelab badminton bergabung dengan Kelab ping Pong sekolah serta pemain-pemain badminton sekolah telah diadakan di kantin MAM. Di antara guru-guru yang hadir selain dirikku sendiri ialah Ustaz Fadhli (Guru penasihat badminton lelaki), Cikgu Fazly Alias (warden asrama lelaki) , Ustaz Yusof (warden asrama lelaki) dan Ustaz Naushad (warden asrama peprempuan). Guru penasihat yang lain tidak dapat hadir di atas beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan.

Sederhana tetapi cukup meriah. Waktu-waktu sebeginilah guru-guru diraikan, pelajar-pelajar juga diraikan dan dihargai atas segala penat lelah dan usaha keras mereka selama ini untuk menaikkan nama sekolah sehingga peringkat tertinggi. Alhamdulilah tahun ini kelab badminton telah melahirkan pemain-pemain yang mampu melonjakkan nama sekolah ke peringkat tinggi walaupun belum sampai ke tahap kebangsaan namun cukup memberi inspirasi kepada golongan pelapis untuk terus berusaha memajukan prestasi diri sendiri dan potensi kecemerlangan.

Antara gambar-gamabar yang sempat diambil (kamera habis bateri la pulak!!!ishh ishhh isshhh!!)
Kek yang ditempah pelajar khas utk guru-guru...cantik dan sedap kek ni. Ada dua biji. Satu lagi pada guru lelaki.

Malu la pulak....tp nak bergambar...

Dulu senior yer kome...


Mereka yg bnyk membantu ku.....

Sebahagian pelajar lelaki yang hadir....