IsI dan KuLiT

Apapun di dalam dunia ini, dan kehidupan kita, ianya ibarat isi dan kulit di mana saling memerlukan. Jadilah seperti kulit yang melindungi sang isi yang baik, manis, cantik dan sang isi yang menggembirakan semua orang......

Friday, July 23, 2010

Sepanyol tak larang wanita pakai burqa

2010/07/22

Parlimen tolak cadang larangan menyeluruh

MADRID: Parlimen Sepanyol semalam menolak cadangan melarang wanita daripada memakai tudung yang hanya menampakkan mata di khalayak ramai.

Bagaimanapun kerajaan Sosialis berkata mereka menyokong termasuk larangan terhadap mereka memakai burqa dalam bangunan kerajaan dalam satu rang undang-undang terbaru mengenai isu agama yang akan dibentangkan selepas cuti musim panas parlimen.
Berikutan debat dewan rendah itu, 183 ahli parlimen menentang larangan berkenaan manakala 162 menyokongnya dan dua lagi tidak mengundi.

Cadangan berkenaan dibentangkan oleh parti pembangkang, Parti Popular yang melihatnya sebagai satu langkah menyokong hak wanita. Parti pemerintah Sosialis menentang larangan terbabit.

“Ia amat sukar untuk memahami bagaimana tentera kita mempertahankan pembebasan di Afghanistan tetapi kerajaan tidak berani melakukannya di sini, di Sepanyol,” kata jurucakap pembangkang, Soraya Saenz de Santamaria di Parlimen.

Cadangan pembangkang itu menurut langkah beberapa negara Eropah lain yang mungkin akan melarang pemakaian tudung menutup muka yang hanya menampakkan mata wanita.
Negara seperti Perancis, Belgium dan Switzerland cuba untuk menyeimbangkan identiti kebangsaan mereka dengan penduduk Islam yang semakin berkembang apabila mengamalkan budaya yang disifatkan bertentangan dengan negara terbabit.

Di Sepanyol, PP membawa cadangan itu dalam usaha membela maruah dan persamaan bagi semua wanita dan menghalang wanita Islam daripada dipaksa suami mereka memakai pakaian yang bukan menurut keinginan mereka sendiri seperti tudung berkenaan.

Beberapa penganalisis menyifatkan cadangan terbabit sebagai satu permainan pembangkang dalam memastikan kekuatan parti mereka di tengah kemelesetan ekonomi dan menyangkal prospek pertumbuhan yang dibawakan kerajaan Jose Luis Rodriguez Zapatero. – AP

Haram Purdah????




Friday, October 9, 2009
Kelantan Haramkan Purdah? Nik Aziz Perlu Jelaskan Semula..
Posted by Ibnu Hasyim at 11:53 AM

Al-Azhar Haramkan Niqab @ Purdah, TG Nik Aziz setuju

MENURUT Utusan semalam Syeikhul al-Azhar Syeikh Tantawi merancang untuk mengharamkan pelajar perempuan yang memakai purdah daripada memasuki institusi-institusi pendidikan di bawah Universiti al-Azhar. Arahan lisan telahpun dikeluarkan kepada pihak keselamatan untuk melaksanakan rancangan berkenaan. Akhbar yang sama telah melaporkan bahawa TG Nik Abdul Aziz bersetuju dengan rancangan Syeikhul Azhar berkenaan. Wanita PKR, menurut laporan TV Antara bersetuju dengan kenyataan TG Nik Abd Aziz.

Niqab @ purdah adalah penutup muka kecuali dua mata yang dipakai oleh wanita bersama dengan tudung kepala bertujuan untuk melindunginya dari dilihat oleh lelaki ajnabi. Ia merupakan antara sekian banyak perkara khilafiyah dalam hal agama yang diperselisihkan di kalangan para fuqaha dari dahulu sehingga hari ini.

Lihat petikan berita berkenaan:

Syeikh Tantawi haramkan purdah ke Universiti al-Azhar

KAHERAH 6 Okt. – Syeikh Al-Azhar, Mohammed Sayyed Tantawi merancang untuk mengharamkan pelajar perempuan yang memakai purdah daripada memasuki institusi-institusi pendidikan di bawah Universiti al-Azhar.

Seorang pegawai keselamatan semalam berkata, polis telah menerima arahan secara lisan supaya menghalang pelajar perempuan yang berkelubung daripada memasuki institusi-institusi al-Azhar termasuk sekolah menengah dan tinggi, serta asrama beberapa universiti di Kaherah.

Pegawai itu berkata, pengharaman tersebut adalah atas sebab keselamatan.

Langkah itu dipercayai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk membendung manifestasi Islam yang dianggap ultrakonservatif di Mesir.

Sungguhpun majoriti wanita Mesir memakai tudung, hanya segelintir yang memakai purdah atau dikenali di sini sebagai niqab yang menutup muka dan lebih kerap ditemui di Arab Saudi yang mengamalkan ajaran Wahhabi.

Kebanyakan ulama berpendapat purdah tidak wajib tetapi hanyalah adat resam yang diamalkan oleh masyarakat Arab Badwi sebelum kedatangan Islam.

Rancangan Tantawi itu diumumkan semasa beliau menyuruh seorang pelajar sekolah menengah di sebuah kelas yang dikunjunginya awal minggu ini, supaya menanggalkan niqabnya.

Syeikh itu melawat sekolah-sekolah al-Azhar pada permulaan tahun akademik untuk memeriksa langkah yang diambil bagi membendung wabak selesema babi, menurut butir-butir lawatan yang disiarkan semalam oleh akhbar bebas, Al-Masry Al-Youm.

Tantawi dengan tegas memberitahu gadis berkenaan bahawa niqab ‘tidak ada kena-mengena dengan Islam dan hanya satu adat resam’ dan memaksanya menanggalkan niqabnya.

Beliau kemudian mengumumkan akan mengeluarkan arahan tidak lama lagi bagi mengharamkan pelajar perempuan yang memakai niqab daripada memasuki sekolah-sekolah al-Azhar.

“Niqab tidak ada kaitan dengan Islam…saya lebih arif tentang agama daripada kamu dan ibu bapa kamu,” kata Tantawi kepada pelajar berkenaan.

Seorang sarjana di sebuah pusat penyelidikan al-Azhar, Abdel Moati Bayoumi berkata, para sarjana al-Azhar akan menyokong Tantawi jika beliau mengeluarkan arahan tersebut.

Bagaimanapun pengkritik langkah itu berkata, pengharaman niqab tidak akan dilaksanakan. Arahan sebelum ini oleh Kementerian Wakaf untuk mengharamkan penceramah wanita yang memakai niqab daripada memasuki masjid dibantah keras.

Seorang penyelidik yang dihalang daripada memasuki perpustakaan Universiti Amerika di sini pada 2001 kerana memakai niqab membawa kesnya ke Mahkamah Agung Mesir dan akhirnya menang.

Mahkamah memutuskan pengharaman menyeluruh ke atas niqab menyalahi perlembagaan. – AP

Nik Aziz setuju haram purdah

KOTA BHARU 7 Okt. – Musyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju langkah Syeikh Al-Azhar, Mohammed Sayyed Tantawi yang merancang untuk mengharamkan pelajar perempuan memakai purdah atas alasan keselamatan.

Malah beliau yang juga Menteri Bersar Kelantan menegaskan, langkah yang serupa tentunya akan dilakukan di negeri ini sekiranya keadaan memaksa.

Beliau berkata, pemakaian purdah menimbulkan kekeliruan dan menyebabkan pihak tertentu mengambil kesempatan untuk menyembunyikan identiti bagi melakukan aktiviti haram.

Katanya, Islam hanya mewajibkan perempuan menutup aurat dari kepala sehingga ke kaki tetapi tidak termasuk muka.

“Saya sudah lama sebut bahawa Islam hanya minta perempuan tutup aurat dan saya tak pernah sebut tutup aurat tutup muka, macam kita sembahyang, pakai telekung,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Wanita PKR Setuju Larangan Niqab

Ketua sayap wanita Parti Keadilan Rakyat Zuraida Kamaruddin menyambut baik kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melarang pemakaian niqab, atau penutup muka, sekiranya perlu bagi membendung jenayah dan keganasan.

Menurut Zuraida, keputusan Nik Aziz yang akan melarang pemakaian niqab di Kelantan sekiranya keadaan memaksa adalah satu tindakan wajar dan bertepatan dengan keadaan semasa.

“Kalau purdah itu dalam keadaan sekarang merbahayakan kerana orang menggunakan kesempatan untuk berselindung di bawah pakaian purdah itu untuk melakukan kerja jahat, sebagai perompak misalnya, maka wajarlah seorang ulamak selaku Menteri Besar mengeluarkan fatwa itu”.

Mursyidul Am Pas itu membuat kenyataan tersebut ketika diminta mengulas cadangan ulama tertinggi Universiti Al-Azhar Mohammad Sayyed Tantawi mengharamkan pemakaian niqab di kalangan penuntut institusi-institusi al-Azhar.

Atas dasar keselamatan negara, Tantawi mengambil keputusan tersebut sebagai langkah awal pencegahan jenayah dan keganasan, menangani taktik penjahat menggunakan purdah melindungi aktiviti haram mereka.

Beliau bersetuju bahawa iklim sejagat hari ini tegang dengan ancaman pengganas dan jenayah, dan menambah larangan yang sama akan dikuatkuasakan di Kelantan sekiranya negeri Serambi Mekah itu menjadi mangsa pihak-pihak tidak bertanggungjawab.

” Dari segi dia sebagai seorang pemimpin, dia sebagai alim ulamak di sebuah negeri, dia boleh mengeluarkan fatwa begitu berdasarkan u’ruf, maknanya bertepatan dengan kehendak setempat dan masa. Cara kita berpakaian kalau ikut Islam, bertepatan juga dengan u’ruf dan keadaan masa setempat”.

Nik Aziz menegaskan keputusan ini tidak bermaksud penutupan muka itu haram. Sekiranya larangan ini dikuatkuasakan, ia tidak akan menjejaskan ke-Islaman mana-mana pihak kerana tuntutan tutup aurat tidak semestinya berniqab.

Sebahagian besar ulama berpendapat bahawa purdah tidak wajib tetapi hanyalah adat resam yang diamal masyarakat Arab Badwi dari sebelum kedatangan Islam lagi. Tantawi akan mengeluarkan arahan itu dalam masa terdekat bagi mengharamkan pelajar wanita yang berniqab dari memasuki institusi al-Azhar.

Mengulas dengan lebih lanjut, Zuraida menyuarakan kekhuatiran kenyataan Nik Aziz akan disalah-tafsir oleh sesetengah pihak yang sengaja mencari ruang menyerang tokoh Islam itu.

"Saya harap tidak ada pihak yang dangkal itu memanipulasi kerana mereka mungkin akan kata Tok Guru ikut kehendak rakyat, Islam memang suruh purdah sekarang tak perlu purdah. Mereka boleh memanipulasi demikian”.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Benarkah Tok guru setuju haramkan purdah, terutama di Kelantan? Perlukah tok guru jelaskan semula, supaya tidak timbul kontroversi seperti yang dikhuatiri wanita Parti Keadilan Rakyat Zuraida Kamaruddin? Bagaimana pandangan Dewan Muslimat PAS pula atau Harakah?(2MA)

Syria larang pakai niqab


2010/07/21

DAMSYIK: Syria melarang pelajar dan guru di negara itu daripada memakai niqab, tudung yang hanya mendedahkan bahagian mata wanita, tindakan yang dilihat kebanyakan pihak mempunyai tujuan politik.

Larangan terbabit menunjukkan perjanjian yang jarang berlaku dalam masyarakat sekular Syria, pihak berkuasa kerajaan dan demokrasi Eropah: di mana kedua-dua melihat niqab sebagai sesuatu boleh mengancaman kestabilan.

“Kami memberikan arahan kepada semua universiti agar melarang wanita memakai niqab daripada mendaftar,” kata seorang pegawai kerajaan di Damsyik.
Arahan berkenaan berkuatkuasa di universiti awam dan swasta dan bertujuan melindungi identiti sekular Syria, kata seorang pegawai terbabit yang enggan mendedahkan namanya.

Beratus-ratus guru sekolah rendah yang memakai niqab di sekolah kerajaan dipindahkan bulan lalu untuk melakukan kerja pentadbiran, katanya.

Larangan berkenaan dikeluarkan Ahad lalu oleh Kementerian Pelajaran tidak membabitkan hijab, atau tudung kepala yang biasa di Syria berbanding niqab.

Syria adalah negara terkini membabitkan Eropah hingga Asia Barat yang mengambil tindakan terhadap tudung, kebanyakan dilihat sebagai simbol Islam konservatif. Tindakan terhadap tudung mula merebak ke negara Arab lain termasuk Mesir, Jordan dan Lubnan, sementara Jordan cuba menimbulkan kebimbangan bahawa perompak juga boleh memakai tudung sebagai topeng.
Turki melarang tudung di kalangan pelajar universiti dan kebanyakan rakyatnya menyifatkan tindakan membenarkannya di sekolah sebagai ancaman kepada undang-undang sekular moden Turki. – AP

Tudung - tutup atau buka?

Keratan artikel ini adalah respon seorang YB terhadap majikan yang tidak membenarkan pekerjanya bertudung. Dan juga masalah tidak diterima bekerja kerana bertudung.
Baru-baru ini Mastika telah dihubungi oleh pejabat Ahli Parlimen Ampang, Yang Berhormat Dr. Rozaidah Talib untuk menyatakan sokongan ahli politik itu terhadap isu tudung yang didedahkan dalam Mastika September dan Oktober. Susulan itu, kami telah mengadakan pertemuan khas dengan Dr. Rozaidah. Dalam pertemuan itu, beliau menyatakan rasa bangganya kerana Mastika berani mendedahkan suatu isu yang serius tetapi tidak diketahui oleh media-media lain.
“Saya nak bagi amaran kepada mana-mana syarikat yang mengenakan syarat supaya membuka tudung masa bekerja, ini adalah satu diskriminasi dan saya sebagai Pengerusi Hak Asasi Wanita Gender Fokus di Parlimen, menentang keras diskriminasi yang berlaku terhadap wanita Muslim yang bertudung!” tegas Rozaidah.
Beliau benar-benar terkejut apabila membaca pendedahan Mastika itu. “Bertudung adalah hak asasi bagi seseorang individu. Kita tidak boleh memaksa sesiapa untuk membuka tudung biarpun apa alasannya. Saya akan membangkitkan perkara ini di Parlimen. Sudah 50 tahun kita merdeka tidak sepatutnya berlaku di negara ini,” tegas beliau.
Rozaidah mahu supaya majikan-majikan terbabit dikenakan tindakan tegas. Lebih mengecewakan apabila mendapat maklumat diskriminasi itu telah lama berlaku di negara ini. Amaran itu turut beliau nyatakan ketika dijemput menjadi tetamu dalam rancangan Wanita Hari Ini terbitan TV3 pada 7 September lalu.
-petikan daripada majalah Mastika-
Note: Nak perjuangkan hak wanita bertudung camner kalau diri sendiri dah tak bertudung. Satu lagi bertudung tu bukan saja hak asasi, tetapi KEWAJIPAN bagi seorang Muslimah.

Laungan Azan selama 24 jam tanpa Henti

Salam perjuangan kali ini hendak memaparkan sebuah video kekuasaan Allah SWT. Azan merupakan syariat Islam sebagai menandakan masuknya waktu solat lima waktu. Azan juga merupakan kekuatan umat Islam diseluruh dunia. Kekuatan azan dapat membenamkan Dajjal ke dalam bumi Allah ini, kerana Dajjal pada setiap waktu menggali bumi untuk muncul ke dunia ini, apabila tiba waktu laungan azan maka Dajjal dibenamkan Allah ke dalam bumi kembali, selagimana syariat azan dijalankan di dunia ini, maka selagi itulah Allah akan membenamkan Dajjal di dalam bumi ini.

Video di atas ialah menggambarkan bagaimana Allah menyusun waktu azan di bumi ini dengan tanpa putus pada setiap masa. Waktu azan brmula di Indonesia dan bersambung terus ke negara-negara yang lain sehingga kembali semula pada negara Indonesia.

Ini semua merupakan kekuasaan Tuhan tanpa kita sedari, apabila dikaji baru kita sedari betapa hebatnya kekuasaan Tuhan yang menguasai sekelian alam. Ini juga merupakan bukti bahawa Islam adalah agama membawa kebenaran di dunia ini saksikanlah.....

Alangkah Indahnya Hidup Ini - Raihan

Alyah - Tak Mungkin Kerna Sayang