IsI dan KuLiT

Apapun di dalam dunia ini, dan kehidupan kita, ianya ibarat isi dan kulit di mana saling memerlukan. Jadilah seperti kulit yang melindungi sang isi yang baik, manis, cantik dan sang isi yang menggembirakan semua orang......

Monday, October 4, 2010

Drama tangis tradisi peksa............

Esok budak2 dah PMR (5 Oktober 2010, Selasa). Tapi aku tengok deme tu langsung macam tak kesah. Siap boleh tidur lagi dalam kelas hari ni. Bila ditanya tidur pukul berapa, kata deme tidur pukul 12 bangun kul 4 pagi. Aku yang tak tidur2 lagi nih tegak lagi ke hulu ke hilir. Haiiiiii.............[sigh@mengeluh!!!]


Pukul 11.30am semua guru2 tingkatan 3 diarahkan turun ke dewan besar utk taklimat akhir kepada pelajar2. Bermula dengan bacaan doa oleh pelajar lelaki, kemudian disusuli dengan ucapan, amanat daripada Pengetua kesayangan MAM, Ustaz Megat. Kemudian, nasihat serta peringatan daripada PKHEM Puan Nik Khairiah dan PK KOKO Encik Azmi bin Sukirman, diikuti dengan guru2 lelaki dan perempuan. Masing2 bersemangat memberikan nasihat, kata2 perangsang (walaupun dlm hati cikgu2 cikgi2 nih berdebar mcm nak meletup dada sebab risaukan prestasi budak2 nih!)
Pelajar2 duduk mengikut angka giliran...


Pelajar2 khusyuk mendengar ucapan drp guru


Sesi taklimat akhir PMR


Antara guru yg menghadirkan diri ke dewan besar..cikgu BM, sains, sejarah, KHB, PAI


teacher @ madam, mua'llimah


Ustaz Naushad sdg mberikan nasihat


Dari kiri: PKHEM, Pengetua, PK KOKO


"AKU" yang berucap.....
Lepas sorang2 memberikan ucapan. Tiba giliran aku, aku berdebar. Terasa bahang jer tiba2 drp atas kepala sampai ke telinga. Apa yg dah di draf dlm kepala otak dah jd lain(tp tk tersasar lg drp agenda utama). Aku dengan tenang memberikan kata2 perangsang, memberi ingat kepada yg terlupa, dan sentiasa ingatkan diri aku jua ttg kewujudan Allah. Allah lah yg menentukan segala2nya. As usual daripada zaman aku sekolah dulu pon time cengginilah nak mintak ampun dan maaf sesama. Kadang2 dlm memberikan ilmu ade kesilapan, kesalahan dan kekhilafan yang tak dapat dielakkan dan tk sedar mungkin sebab dek marah, merajuk, terasa hati dan over confident. Aku halalkan segalanya dunia akhirat dan ku harapkan jua mereka jua tk simpan yg buruk2 dlm hati mereka ketika kenangan belajar bersama aku. Sebagai seorang BONDA, guru dan orang yang lebih dewasa drp mereka, aku tk perlu nak pendam rasa atau berdendam dengan budak2 tuh. Happy happy jer. Macam laaku tak penah muda dan melalui zaman mereka.


PArt yang dinantikan pon tiba. Jeng! Jeng! Jengggg! Apakah agaknya??? Cuba kome teka???? Hehehehehe.....Apakah tradisi peksa yg selalu terjadi di sekolah2 agama???? Hahahahah......Ingat raya je ke yang ade tradisi? Peksa pon ade tradisi tau!!!




Ni lah diaaa!!!! Sesi nangis2 dan salam2 dengan cikgu2...Tengok jangan tak tangok!!!!!




"Salam, mintak ampun, doakan kejayaan kami cikgu,"antara dialog pelajar.


Bersalaman dan memohon kemaafan sesama rakan pula...
As usual...pasti ada yang meleleah...baik guru baik pelajar....sama jerk

Sesi bersalaman dan minta maaf kepada guru2




















 Entah kenapa thn ni aku berjaya menahan air mataku drp terhambur keluar. alhamdulillah. Tahun ni aku lebih redha agaknya. Aku pun tk berapa nak emo sangat dengan deme thn nih. Kepada semua anak2anda BonDa, BonDa halalkan segalanya dunia akhirat dan semoga kalian tenang menghadapi peperiksaan sehingga ke akhirnya. Jaga kesihatan dan peliharalah maruah diri dan IsLam.

Wallahua'lam.......

1 comment:

  1. NOTES::::BAJU YANG AKU PAKAI HARI NI JUA ADALAH PEMBERIAN DRP PELAJAR KU...SEMPENA HARI JADI KU YANG KE .............EHEM!!!!

    ReplyDelete