IsI dan KuLiT

Apapun di dalam dunia ini, dan kehidupan kita, ianya ibarat isi dan kulit di mana saling memerlukan. Jadilah seperti kulit yang melindungi sang isi yang baik, manis, cantik dan sang isi yang menggembirakan semua orang......

Tuesday, October 5, 2010

Semput datang lagi...(nyanyi mcm Dina Malaysian IDOL)

Huhhhhh!!!!!Hari ni punyelah aku bersemangat nak dtg ke sekolah sempena meraikan dan memberikan semangat kpd pelajar2 yg akan menduduki PMR esok (Selasa; 5 Oktober 2010). Bersemangat juga mengenakan baju kurung pemberian pelajar tingkatan 5 sempena hari jadi ku tahun ini.

Lepas perhimpunan mingguan, aku bercadang nak pergi breafast tp sbb masih belum pukul 8am, aku naik staff room dulu. Buat kerja gitu gini, 8.40am aku masuk ke kelas buat kali yang terakkhir dengan 3C. Deme ada yang tidur tp aku tak mahu lah nak marah2 deme di saat2 stress gini. aku biarkan sahaja tp bg mereka yang belajar aku mengalu2kan kehadiran mereka utk bertanya.

Hj Megat Radzuan
Selepas kelas habis, ada 2 masa jerk hari nih, aku pon turun ke kantin. Alas perut jerk sebab kalau nk makan yg berat2 mmg tak lalu disebabkan belum tidur lagi. Selesai mkn, aku pun mencari "buah hati" SMA MAM....sapa lagi kalau bukan Ustaz yang comel lote tuh...ni hah!!! Ustaz Megat. Aku pun menyusuri koridor pejabat, lalu terserempak dengan dia di hujung koridor dekat gents. Aku pon mintk kebenaran dia utk ke klinik kesihatan terdekat. Sepanjang tahun ni aku kerap kali sakit boleh dikatan setiap bulan PASTI aku akan MC. Yang paling ketara ialah........S.E.M.P.U.T!!! Sejak ngandungkan 'Ilmee, semasa mengandung, selepas bersalin dan sehinggalah ke saat ini, aku kerap semput, sampai sakit2 dada sukar nak bernafas. Hanya org yg pernah merasai asthma kronik shj yg tau bagaimana rasanya semput nih. Dah kira macam nak mati. Baring tak boleh, ngiring tak boleh, terlentang lagi le tak boleh. Terpaksa duduk dengan keadaan telangkup. Pastu nafas akan berbunyi (whizzing). Ini disebabkan bronkiol mengecut. (nnt kita cerita dengan lebih detail dlm page yg lain ok!)


Nebulizer
Sampai kat klinik, mcm biasalah klinik kerajaan nih, beratur, amik nombor, tunggu giliran. Sampai giliran aku pun masuk jumpa MA (medical assistant). Kat cni seme MA yg handle kecuali emergency barulah nmpk muka doktor. Pas dia dh tanya itu ini, check oxygen, dengar nafas, then dia suruh sedut. Sedut means kene nebulizer la tuh. Apa bende nebulizer???? Nebulizer tu ni hah bendanya.



"AKU" sedang menyedut gas



Ubat batuk, ubat demam, antibiotik, dan ubat  penat






 Lebih kurang setengah jam menyedut gas tu sampai gas tu habih, aku pun masuk balik bilik MA tu then tanya lagi lebih kurang, dia pon bg resit/ prescription ke hapa gitu, utk amik ubat kat kaunter. Then aku pun balik semula ke sekolah. Pas mkn ubat, kepala pon rasa ting tong la..........zzzzzzzzzzzzzz

1 comment: