IsI dan KuLiT

Apapun di dalam dunia ini, dan kehidupan kita, ianya ibarat isi dan kulit di mana saling memerlukan. Jadilah seperti kulit yang melindungi sang isi yang baik, manis, cantik dan sang isi yang menggembirakan semua orang......

Friday, October 21, 2011

Facebook Ada Kaitan dengan Saiz Otak?


LONDON 19 Okt. - Saintis mendapati jumlah rakan di dalam Facebook mempunyai kaitan secara langsung dengan saiz otak seseorang itu, sekali gus meningkatkan kemungkinan menggunakan rangkaian sosial di dalam talian boleh merubah otak.
Empat bahagian otak itu adalah yang berperanan untuk mengingat, memberi reaksi emosional dan interaksi sosial, menurut penyelidikan yang diterbitkan di jurnal Proceedings of the Royal Society B, hari ini.
Namun setakat ini, belum boleh dipastikan sama ada lebih banyak rakan dalam Facebook menyebabkan beberapa bahagian otak lebih besar atau sebaliknya.
"Persoalan kini tertumpu kepada sama ada struktur ini berubah dari semasa ke semasa, sesuatu yang boleh membantu kita menjawab persoalan sama ada Internet merubah otak kita," kata seorang penyelidik yang terlibat, Ryota Kanai dari University College London (UCL).
Kanai dan rakan sekerjanya menggunakan saringan resonan magnetik (MRI) untuk mengkaji otak seramai 125 penuntut universiti yang kesemuanya aktif menggunakan Facebook dan melakukan semakan silang ke atas penemuan mereka terhadap sekumpulan 40 pelajar lain.
Mereka mendapati terdapat kaitan kuat antara jumlah rakan dalam Facebook dengan jumlah jirim kelabu dalam bahagian otak amygdala, sulkus, gyrus dan cortex. Jirim kelabu ialah tisu otak tempat proses mental berlaku.
Lapisan jirim kelabu di amygdala turut mempunyai kaitan dengan jumlah rakan di kehidupan sebenar seseorang itu, tetapi saiz tiga lagi bahagian otak itu hanya mempunyai kaitan dengan aktiviti di dalam talian. Kumpulan penuntut yang terlibat dalam penyelidikan itu mempunyai kira-kira 300 teman di dalam Facebook dengan jumlah tertinggi 1,000 orang. - REUTERS
kredit : utusan.com.my
Info Gallery - Banyak benar kajian tentang facebook ni..

No comments:

Post a Comment