IsI dan KuLiT

Apapun di dalam dunia ini, dan kehidupan kita, ianya ibarat isi dan kulit di mana saling memerlukan. Jadilah seperti kulit yang melindungi sang isi yang baik, manis, cantik dan sang isi yang menggembirakan semua orang......

Wednesday, August 4, 2010

Bukan senang menjaga niat baik

Setiap orang pasti mempunyai niat baik. Bukan hanya sekali seumur hidup jahat tapi hampir seluruh hidupnya pasti akan terniat untuk berbuat kebaikan. Mana ada manusia yg tak nak buat baik,kan? Malah orang yang paling jahat kat dunia ni pon pernah berniat nak buat baik walaupun sekali seumur hidup dia cuma tak taula apa halangan dia kan?

Biar banyak mana pun niat kita simpan, tapi biarlah konsisten. Susah nak menjaga niat ni terutamanya semasa dan selepas melaksanakan niat tu, especially kalau kita nak buat kebaikan. Once terlintas di hati kita akan satu perkara baik yang bakal kita lakukan, maka malaikat telah pun mencatit satu pahala buat kita. Tu belum laksanakan. Betapa Maha Pemurah Allah ,kan. Tetapi ramai yang terlepas pandang nak bersyukur.

Sementelah telah terdetik nak buat kebaikan tadi, kalau Allah uji kita dengan kesenangan, takut pula menjadi riak dan bangga tetapi kalau diuji dengan kepayahan, ditakuti kita pula merungut dan berkeluh-kesah. Tapi, memang itu pun hakikatnya kan?

Macam mana kita nak konsisten dalam berbuat kebaikan ni? Macam mana kita nak jaga niat ni agar telus, lurus dan bermanfaat bagi diri sendiri dan sekitar kita? Dalam surah al-Mulk ayat 2, "Dialah yang telah menciptakan adanya mati dan hidup utk menguji kamu, siapakah di antara kamu yg lebih baik amalannya. Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun".
Di dalam ayat di atas disebutkan mati dahulu. Allah hendak memberitahu kita bahawa matlamat kita hidup di dunia ini adalah menuju kematian. makanya di sini, utk terus konsisten dgn niat kita tadi, kita perlu meneruskan niat tersebut seolah2 kita sudah tiada masa lagi di dunia ini. Seolah2 kita akan mati bila2 masa sahaja. Allah beri peringatan ini kepada kita kerana manusia ni apabila kemewahan berada di dalam tangan, maka dia akan lupa segalanya. jadi, dengan ingat mati kita akan buat sesuatu dengan bersungguh2 supaya Allah terima amalan dan ibadah kita.

Tak kiralah walau pun kerja tu nampak remeh dan kecil je bagi orang lain. Contohnya tukang sapu. Kalau dia buat kerja dia bersungguh2, maka akan memberi kesan kepada persekitaran dan memberi ketenangan jiwa kepadanya.

Contoh lain, seperti guru. Besar peranannya pada masyarakat. Dialah lawyer, dialah hakim kalau murid bergaduh, dia jugalah polis yang nak menangani masalah disiplin dan tingkah laku murid, dia jugaklah pelawak nak bagi murid seronok ketika belajar dan menumpukan perhatian di dlam kelas, dan dia jugalah doktor kalau ada murid yang sakit. itu pun masih ada masyarakat dan ibu bapa yang merungut menyalahkan guru. Penat lelah guru tak nampak pun walau sebesar zarah. Tapi takpalah, sebab dah tugas dan amanah, maka guru meneruskan perjuangannya mendidik anak2 ini tanpa mengira bangsa, keturunan dan agama kerana yang penting mereka anak2 ini tidak tersesat jalan di dunia dan akhirat. Jika guru ikhlas dengan niat baik dia mengajar tanpa mengaharp balasan, maka ketenangan jiwa dan kebahagiaan menjadi miliknya sampai bila2 kerana dia melakukan ibadah dengan ikhlas lilla hi ta'ala.

Begitu juga dengan suri rumah tak kira lah suri sepenuh masa atau separuh masa kerana ada kerjaya sendiri di luar. Sebagai isteri dan ibu, walau kerja di rumah tak pernah habis, tapi apabila niat nak buat bersungguh2, ia memberi kesan baik kepada ketenangan dan kebahagiaan kepada seisi rumah. kesan daripada ibadah itu, semoga mendorong suami dan anak2 menjadi hamba Allah yang lebih baik. NIAT YANG BAIK APABILA BETUL PELAKSANAANNYA AKAN MEMBAWA KESAN YANG BESAR PADA SUASANA SEKELILING.

Dalam hidup kita yang sangat singkat ini, rebutlah peluang untuk buat kebaikan sebanyak dan sebaik mungkin. Takut2 kita terlepas peluang yang ada. Buat kebaikan tak mengira umur, tak mengira kaum, bangsa dan agama. Jangan mudah patah semangat apabila ada suara2 sumbang yang cuba melemahkan kita daripada meneruskan perjuangan niat baik kita. Jaga niat agar amalan kita dinilai oleh Allah. Jadikan teladan kisah Habil dan Qabil iaitu anak Adam dan Hawa yang mempersembahkan korban yang baik dan sempurna dan korban yang sambil lewa. Allah telah memilih persembahan korban yang betul2 ikhlas, cantik dan sempurna.
Peringatan : Janganlah kita suka buat baik tetapi biarlah kita buat kebaikan.

Selamat beramal , semoga Allah menerimanya.........Wallahu'alam.


Monday, August 2, 2010

Renungan.......

Manusia ini ada 3 jenis:
1. Manusia yang gagal - iaitu manusia yang selalu menceritakan tentang hal orang lain.Orang itu beginilah,orang itu begitu lah.Ada sahaja yang tidak kena.

2. Manusia yang sederhana - iaitu dia tidak menceritak tentang orang tetapi hanya menyebut tentang peristiwa yang berlaku.

3. Dan, manusia yang berjaya - iaitu di mana dia selalu menyebut tentang kejayaan, bercakapo tentang misi dan visi. Sentiasa berusaha mencapai kejayaan dan impian sperti yang telah dirancang.

Muhasabah diri.......

Manusia tetap manusia walau siapa pun dirinya dan apa pun status dan title yang dipegangnya. Manusia akan mudah lupa apabila dirinya diuji dan ditimpa musibah. Baru Allah uji dengan urusan dunia, dia sudah melatah dan lupa siapa dirinya. Kalau selama ini dia sering menasihati orang lain supaya bersabar dan redha dengan ujian yang didatangkan oleh Allah, tetapi apabila terkena kepada dirinya, dia lupa dan mula kelam kabut sepertinya dunia ini akan kiamat.

Oleh itu, walau siapa pun diri kita ini, jangan lah kita lupa akan siapa diri kita ini. Sentiasa basahkan bibir dan didik hati kita dengan beristighfar kepada Allah kerana kita tidak perasan bila kita akan lupa dan melatah dengan kenikmatan dunia. Jangan kita mudah mengatakan diri kita telah cukup beriman, bertaqwa hanya kerana kita tidak pernah meninggalkan solat, hanya kerana puasa yang penuh...itu belum menjamin siapa kita di sisi Allah.

Jangan jadikan diri kita manusia yang rugi lagi merugikan. Jangan asyik menghitung pahala sehingga kita lupa setiap detik dengan dosa yang kita lakukan. Hisab dan muhasabah lah diri kita dengan dosa yang kita lakukan daripada kita sibuk menghitung pahala yang belum tentu menjadi milik kita. Jangan jadikan diri kita manusia yang miskin dan papa di akhirat nanti dengan pahala tetapi kenang dosa kita terhadap diri kita sendiri, pada keluarga, pada masyarakat, kawan2 dan sudah pastinya dosa kita terhadap Sang Pencipta....

Wallahu 'alam......

Bukan senang....

Yer...bukan senang nak jaga hati. Tak kirala hati kita ke, hati suami ke, hati isteri ke, hati anak-anak, hati mak ayah sendiri, hati mak pak mertua, hati ipar duai, adik-beradik, kawan-kawan dan sebagainya. Tapi, ramai yang ambil mudah akan perkara ini. Cuba kita perhatikan sekeliling kita. Kita tentu sering melukai atau menyinggung orang yang berada dalam lingkungan kita, kan? Adakah kita perasan dengan keadan itu?
Jawapannya ialah tidak.

Kita hanya akan perasan jika kita diberitahu,ditegur atau diberi hint tentang itu. Yang paling penting, kita jangan ambil mudah tentang perasaan mak ayah kita. Walau bagaimana buruk mereka sekali pun, merekalah syurga neraka kita. Tanpa mereka, kita tak wujud atas muka bumi nih. Bukan seperti Mariam dan Isa. Kita manusia biasa. Oleh yang demikian, kita kena belajar prihatin dengan keadaan itu. Ada mak yang di mulutnya berkata," takper, mak faham ", sedangkan di hatinya sedih dengan kelakuan dan tindakan kita mungkin juga kata-kata kita. Jadi, seeloknya, sesibuk mana kita dengan kerja, keluarga atau apa pun, telefon lah buat seketika dan bercakap dengannya. Bukan sekadar menyampaikan pesan dan memberi jawapan berbaur harapan sedangkan dia menanti dengan penuh harap akan kehadiran kita. Biarkan dia mendengan suara kita sepuasnya walau pun tidak dapat menatap wajah kita. Begitu juga dengan bapa sekalipun syurga itu di bwah tapak kaki ibu.

Begitu juga dengan suami, jangan ambil mudah dengan perasaan dan kehendak isteri kita. Berilah setakat yang mampu dan elakkan daripada memberi harapan palsu. Sekiranya kita sibuk dengan kerja, beritahu awal-awal agar isteri tidak ternanti-nanti di rumah bersama anak-anak atau merunsingkannya sehingga menimbulkan bibit-bibit syak waangka terhadap suami sedangkan si isteri tidak mahu jadi begitu. Jangan mencetus sesuatu yang kecil sehingga ia melarat di kemudiannya.

Begitu juga dengan isteri. Janganlah buat sepertinya kepada suami. Hormati dia sebagai suami seperti mana kita hormat dan patuh kepada ibu bapa kita selagi tidak menyalahi syarak.

Sebagai ibu bapa, kita juga harus hormati anak-anak dan luangkan masa selagi ade peluang untuk bersama. Jangan persiakan amanah Allah buat kita sehingga Allah murka dan mengambil semula permata hati kita.

Bersama-sama kita hayati, renungi dan insafi kesalahan diri. Mohon maaf kepada yang telah tersinggung hati dan perasaan. Moga ada sedikit ruang kemaafan di hati mu untukku semoga aku aman nanti di persemadian.

Wallahua'lam
.

Perangai manusia ni macam-macam ada.....

Malam tadi semasa aku sedang membuai dodoi anak kecilku, tiba-tiba aku teringat tentang seorang lelaki tua. Di kala itu aku terkenang dan terimbas semula kejadian beberapa tahun lalu yang berlaku di hadapanku. Kala itu terdapat seorang wanita yang telah berumahtangga sibuk mengurus anak-anaknya untuk ke sekolah dan makan tengahari. Waktu itu aku lihat lelaki tua itu tersenyum dengan sebatang rokok di tangannya memandang ke arah wanita itu. Lalu kedengaran di telingaku akan kata-katanya. "Ko tengok tu Long, sibuknya si Ana mengatur anak-anaknya. Tu ler bahana kawen. Kan elok tak kawen. Takde sibuk-sibuk nak urus anak. Kawen ajer kalau tak beranak takper. Elok-elok takde beban cari beban."

Pada ketika itu hatiku terdetik tetapi aku mengiyakan sedikit sebanyak akan kata-katanya. Maklumlah di ketika itu aku masih bujang. Tetapi, malam tadi aku terus sujud syukur dan melafazkan kata-kata syukur yang tidak terhingga kerana aku melalui fitrah sebagai manusia di bumi ini dengan kurniaan zuriat, suami buat aku. Rahmat yang Allah bagi itu tak ternilai buatku. Aku terfikir semula, bagaimana orang lelaki tua itu boleh berkata sedemikian sedangkan dia juga seorang suami, seorang bapa dan juga seorang datok kepada cucu-cucunya. Sepatutnya dia bersyukur dengan apa yang dia ada walaupun sesusahmana kehidupannya. Setidak-tidaknya anak-anaknya telah pun besar, berkahwin dan mempunyai anak(cucu kepadanya). Mengapa kata-kata yang tidak enak di dengar itu diluahkan terhadap keluarga orang lain? Sepatutnya dia memberi perangsang di atas kesibukan orang melayan keluarga kerana menjaga dan memelihara keluarga adalah ibadah. Jaga makan pakai suami, jaga maruah sebagai isteri, jaga kebajikan anak-anak adalah ibadah. Bukankah mudah mencari redha Allah?

Sekali pun hidup kita susah,kewangan yang terhad, ahli keluarga yang ramai,ingatlah sesungguhnya Allah beri sesuatu kepada kita atas kemampuan kita. Allah tidak akan membebani kita dengan sesuatu yang tidak mampu kita galas.

Oleh itu, sentiasalah beristighfar, ucapkanlah hamdalah dan berlapang dada dengan setiap sesuatu di atas muka bumi ini. Ingatlah, yang kekal itu akhirat, bukan dunia.

Wallahua'lam.....

Pengajaran dan pelajaran buatku.......

Ahad yg lps betul2 mbuatkan aku menitiskn air mata dgn senario yg blaku dihadapan mataku. Walaupun ianya senario biasa yg blaku di mana2,ttp hari itu mbuatkan hatiku sujud menyembah bumi Allah ini.Semasa aku dtg ke masjid di mana tpt suamiku mengajar kuliah hj/umrah, bkebetulan sewaktu aku sampai bekas imam msjid tsebut jg sampai dgn keadaan yg uzur sekali. Bertongkat tp lemah dan plahan pgerakannya. Semasa solat asar berjemaah setelah selesai kuliah hj/umrah, aku memerhatikan solatnya di sebalik tabir yg jarang. Sekali lagi aku tidak mampu menahan rembesan airmataku krn hanya 2 - 3 orang shj pemuda yg berada dalam saf. Sedangkan yg uzur mampu merangkak ke masjid mengapa yg masih berkudrat tidak mahu mhadirkan diri ke rumah Allah? Adakah mahu tunggu sehingga nikmat kuasa dan daya kita ditarik Allah semula baru mahu menjejakkan diri ke masjid?

Senario kedua di hari yg sama semasa aku memandu dari Klang ke Perak, waktu hampir maghrib aku mndengar nukilan Tn Hj Nik Aziz di radio menyebut bersyukur dan berbahagialah orang2 yg masih mpunyai ibu. Bersedihlah sekiranya ibu menolak utk tinggal bsama kita. Apa lebihnya itik, apa hebatnya ayam berbanding tinggal bersama2 kita sehingga ibu sanggup duduk bjauhan dgn kita? Leteren ibu itu sesungguhnya merupakan rahmat dan pahala bg anak2. Namun, kebanyakan drp kita merungut apabila ibu berleter dan sanggup tinggal berasingan hanya krn leteran itu. Mendengarkan itu hatiku hiba dan pecah lagi empangan kelopak mataku dihamburi tangisan. Bersyukur nya aku krn masih mpunyai ibu. Biarlah ibu dipanjangkan usianya dgn jariah yg berterusan. Semoga Allah merahmati ibu dan berikanlah kesihatan yg baik utknya. Aminnnnn................I love u very much mother....

Terlebih pandai, atau.......

Puas aku perhatikan sekeliling aku...mengimbau perjlnan ku dari utara semenanjung hingga selatan tanah air.Aku bjumpa dgn mcm2 jenis org,pelbagai peringkat status dan umur serta bangsa dan agama.Tapi, pokok cerita di sini ialah bangsaku dan agamaku.

Aku tk pasti samada mereka ini tk faham, atau tak perasan, atau mmg jahil?Belajar tinggi sampai degree,ada ilmu agama yg cukup tetapi knp masih mpcayai amalan khurafat?Mereka solat 5waktu sehari semlm tetapi apa yg diamalkan sbnrnya?Sekadar solatkah mereka bg menutupi mata manusia lain?Atau benarkah solat lillahita'ala?Di mana phayatan di kalbu mereka?

Sepatutnya dlm setiap tindakan,fikiran dan keputusan sepatutnya Allah diletakkan yg paling utama, bknnya selain Allah cthnya spt makhluk halus.Benar ianya wujud tp mintalah ptlongan dan lindungan Allah, bkn selain Allah.Cthnya nk pindah rumah baru,ngapa diutamakan benda2 remeh spt garam atau kunyit nk dimasukkan dahulu ke dlm rumah baru atas alasan supaya serasi atau tidak diganggu makhluk halus.Mengapa tk bawak masuk quran dulu?Ngapa tk buat kenduri dgn bacaan ayat suci al-quran dahulu?Berjalan mlm kene letak sesuatu pd anak kecil?Adakah itu amalan Islam?Mengapa tidak dibacakan ayat2 yg kita tahu ?Paling mudah selawat ataupun fatihah.Knp tidak mengamalkan ajaran Islam sdgkan lebih tega mereka mengamalkan malan hindu.Subhanallah........

Wahai manusia..bangkitlah dengan kebangkitan yg sebenar sebelum kamu dibangkitkan kelak....Amalkan ilmu yg Allah turunkan melalui quran dan Nabi,bkn mengamalkan ilmu yg dibisik syaitan laknatullah........fikir2k
an teman,istighfar lah sblm manusia lain meng istighfarkan kamu...Bagaimanalah isi nak elok jika kulitnya pun tk dijaga dan dihias dengan molek dan dengan hiasan yg sepatutnya....Atau ada juga yg mementingkan kulit luaran demi mengaburi mata yg melihat agar seolah2 isinya baik dan sempurna...Kalau boleh biarlah kulit dan isi seiring eloknya...Kulit dan isi sama penting tetapu bg pandangan Allah adalah keutamaan isinya.

Wallahua'lam....