IsI dan KuLiT

Apapun di dalam dunia ini, dan kehidupan kita, ianya ibarat isi dan kulit di mana saling memerlukan. Jadilah seperti kulit yang melindungi sang isi yang baik, manis, cantik dan sang isi yang menggembirakan semua orang......

Wednesday, August 4, 2010

Bukan senang menjaga niat baik

Setiap orang pasti mempunyai niat baik. Bukan hanya sekali seumur hidup jahat tapi hampir seluruh hidupnya pasti akan terniat untuk berbuat kebaikan. Mana ada manusia yg tak nak buat baik,kan? Malah orang yang paling jahat kat dunia ni pon pernah berniat nak buat baik walaupun sekali seumur hidup dia cuma tak taula apa halangan dia kan?

Biar banyak mana pun niat kita simpan, tapi biarlah konsisten. Susah nak menjaga niat ni terutamanya semasa dan selepas melaksanakan niat tu, especially kalau kita nak buat kebaikan. Once terlintas di hati kita akan satu perkara baik yang bakal kita lakukan, maka malaikat telah pun mencatit satu pahala buat kita. Tu belum laksanakan. Betapa Maha Pemurah Allah ,kan. Tetapi ramai yang terlepas pandang nak bersyukur.

Sementelah telah terdetik nak buat kebaikan tadi, kalau Allah uji kita dengan kesenangan, takut pula menjadi riak dan bangga tetapi kalau diuji dengan kepayahan, ditakuti kita pula merungut dan berkeluh-kesah. Tapi, memang itu pun hakikatnya kan?

Macam mana kita nak konsisten dalam berbuat kebaikan ni? Macam mana kita nak jaga niat ni agar telus, lurus dan bermanfaat bagi diri sendiri dan sekitar kita? Dalam surah al-Mulk ayat 2, "Dialah yang telah menciptakan adanya mati dan hidup utk menguji kamu, siapakah di antara kamu yg lebih baik amalannya. Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun".
Di dalam ayat di atas disebutkan mati dahulu. Allah hendak memberitahu kita bahawa matlamat kita hidup di dunia ini adalah menuju kematian. makanya di sini, utk terus konsisten dgn niat kita tadi, kita perlu meneruskan niat tersebut seolah2 kita sudah tiada masa lagi di dunia ini. Seolah2 kita akan mati bila2 masa sahaja. Allah beri peringatan ini kepada kita kerana manusia ni apabila kemewahan berada di dalam tangan, maka dia akan lupa segalanya. jadi, dengan ingat mati kita akan buat sesuatu dengan bersungguh2 supaya Allah terima amalan dan ibadah kita.

Tak kiralah walau pun kerja tu nampak remeh dan kecil je bagi orang lain. Contohnya tukang sapu. Kalau dia buat kerja dia bersungguh2, maka akan memberi kesan kepada persekitaran dan memberi ketenangan jiwa kepadanya.

Contoh lain, seperti guru. Besar peranannya pada masyarakat. Dialah lawyer, dialah hakim kalau murid bergaduh, dia jugalah polis yang nak menangani masalah disiplin dan tingkah laku murid, dia jugaklah pelawak nak bagi murid seronok ketika belajar dan menumpukan perhatian di dlam kelas, dan dia jugalah doktor kalau ada murid yang sakit. itu pun masih ada masyarakat dan ibu bapa yang merungut menyalahkan guru. Penat lelah guru tak nampak pun walau sebesar zarah. Tapi takpalah, sebab dah tugas dan amanah, maka guru meneruskan perjuangannya mendidik anak2 ini tanpa mengira bangsa, keturunan dan agama kerana yang penting mereka anak2 ini tidak tersesat jalan di dunia dan akhirat. Jika guru ikhlas dengan niat baik dia mengajar tanpa mengaharp balasan, maka ketenangan jiwa dan kebahagiaan menjadi miliknya sampai bila2 kerana dia melakukan ibadah dengan ikhlas lilla hi ta'ala.

Begitu juga dengan suri rumah tak kira lah suri sepenuh masa atau separuh masa kerana ada kerjaya sendiri di luar. Sebagai isteri dan ibu, walau kerja di rumah tak pernah habis, tapi apabila niat nak buat bersungguh2, ia memberi kesan baik kepada ketenangan dan kebahagiaan kepada seisi rumah. kesan daripada ibadah itu, semoga mendorong suami dan anak2 menjadi hamba Allah yang lebih baik. NIAT YANG BAIK APABILA BETUL PELAKSANAANNYA AKAN MEMBAWA KESAN YANG BESAR PADA SUASANA SEKELILING.

Dalam hidup kita yang sangat singkat ini, rebutlah peluang untuk buat kebaikan sebanyak dan sebaik mungkin. Takut2 kita terlepas peluang yang ada. Buat kebaikan tak mengira umur, tak mengira kaum, bangsa dan agama. Jangan mudah patah semangat apabila ada suara2 sumbang yang cuba melemahkan kita daripada meneruskan perjuangan niat baik kita. Jaga niat agar amalan kita dinilai oleh Allah. Jadikan teladan kisah Habil dan Qabil iaitu anak Adam dan Hawa yang mempersembahkan korban yang baik dan sempurna dan korban yang sambil lewa. Allah telah memilih persembahan korban yang betul2 ikhlas, cantik dan sempurna.
Peringatan : Janganlah kita suka buat baik tetapi biarlah kita buat kebaikan.

Selamat beramal , semoga Allah menerimanya.........Wallahu'alam.


No comments:

Post a Comment