IsI dan KuLiT

Apapun di dalam dunia ini, dan kehidupan kita, ianya ibarat isi dan kulit di mana saling memerlukan. Jadilah seperti kulit yang melindungi sang isi yang baik, manis, cantik dan sang isi yang menggembirakan semua orang......

Monday, August 2, 2010

Perangai manusia ni macam-macam ada.....

Malam tadi semasa aku sedang membuai dodoi anak kecilku, tiba-tiba aku teringat tentang seorang lelaki tua. Di kala itu aku terkenang dan terimbas semula kejadian beberapa tahun lalu yang berlaku di hadapanku. Kala itu terdapat seorang wanita yang telah berumahtangga sibuk mengurus anak-anaknya untuk ke sekolah dan makan tengahari. Waktu itu aku lihat lelaki tua itu tersenyum dengan sebatang rokok di tangannya memandang ke arah wanita itu. Lalu kedengaran di telingaku akan kata-katanya. "Ko tengok tu Long, sibuknya si Ana mengatur anak-anaknya. Tu ler bahana kawen. Kan elok tak kawen. Takde sibuk-sibuk nak urus anak. Kawen ajer kalau tak beranak takper. Elok-elok takde beban cari beban."

Pada ketika itu hatiku terdetik tetapi aku mengiyakan sedikit sebanyak akan kata-katanya. Maklumlah di ketika itu aku masih bujang. Tetapi, malam tadi aku terus sujud syukur dan melafazkan kata-kata syukur yang tidak terhingga kerana aku melalui fitrah sebagai manusia di bumi ini dengan kurniaan zuriat, suami buat aku. Rahmat yang Allah bagi itu tak ternilai buatku. Aku terfikir semula, bagaimana orang lelaki tua itu boleh berkata sedemikian sedangkan dia juga seorang suami, seorang bapa dan juga seorang datok kepada cucu-cucunya. Sepatutnya dia bersyukur dengan apa yang dia ada walaupun sesusahmana kehidupannya. Setidak-tidaknya anak-anaknya telah pun besar, berkahwin dan mempunyai anak(cucu kepadanya). Mengapa kata-kata yang tidak enak di dengar itu diluahkan terhadap keluarga orang lain? Sepatutnya dia memberi perangsang di atas kesibukan orang melayan keluarga kerana menjaga dan memelihara keluarga adalah ibadah. Jaga makan pakai suami, jaga maruah sebagai isteri, jaga kebajikan anak-anak adalah ibadah. Bukankah mudah mencari redha Allah?

Sekali pun hidup kita susah,kewangan yang terhad, ahli keluarga yang ramai,ingatlah sesungguhnya Allah beri sesuatu kepada kita atas kemampuan kita. Allah tidak akan membebani kita dengan sesuatu yang tidak mampu kita galas.

Oleh itu, sentiasalah beristighfar, ucapkanlah hamdalah dan berlapang dada dengan setiap sesuatu di atas muka bumi ini. Ingatlah, yang kekal itu akhirat, bukan dunia.

Wallahua'lam.....

No comments:

Post a Comment