IsI dan KuLiT

Apapun di dalam dunia ini, dan kehidupan kita, ianya ibarat isi dan kulit di mana saling memerlukan. Jadilah seperti kulit yang melindungi sang isi yang baik, manis, cantik dan sang isi yang menggembirakan semua orang......

Monday, August 2, 2010

Bukan senang....

Yer...bukan senang nak jaga hati. Tak kirala hati kita ke, hati suami ke, hati isteri ke, hati anak-anak, hati mak ayah sendiri, hati mak pak mertua, hati ipar duai, adik-beradik, kawan-kawan dan sebagainya. Tapi, ramai yang ambil mudah akan perkara ini. Cuba kita perhatikan sekeliling kita. Kita tentu sering melukai atau menyinggung orang yang berada dalam lingkungan kita, kan? Adakah kita perasan dengan keadan itu?
Jawapannya ialah tidak.

Kita hanya akan perasan jika kita diberitahu,ditegur atau diberi hint tentang itu. Yang paling penting, kita jangan ambil mudah tentang perasaan mak ayah kita. Walau bagaimana buruk mereka sekali pun, merekalah syurga neraka kita. Tanpa mereka, kita tak wujud atas muka bumi nih. Bukan seperti Mariam dan Isa. Kita manusia biasa. Oleh yang demikian, kita kena belajar prihatin dengan keadaan itu. Ada mak yang di mulutnya berkata," takper, mak faham ", sedangkan di hatinya sedih dengan kelakuan dan tindakan kita mungkin juga kata-kata kita. Jadi, seeloknya, sesibuk mana kita dengan kerja, keluarga atau apa pun, telefon lah buat seketika dan bercakap dengannya. Bukan sekadar menyampaikan pesan dan memberi jawapan berbaur harapan sedangkan dia menanti dengan penuh harap akan kehadiran kita. Biarkan dia mendengan suara kita sepuasnya walau pun tidak dapat menatap wajah kita. Begitu juga dengan bapa sekalipun syurga itu di bwah tapak kaki ibu.

Begitu juga dengan suami, jangan ambil mudah dengan perasaan dan kehendak isteri kita. Berilah setakat yang mampu dan elakkan daripada memberi harapan palsu. Sekiranya kita sibuk dengan kerja, beritahu awal-awal agar isteri tidak ternanti-nanti di rumah bersama anak-anak atau merunsingkannya sehingga menimbulkan bibit-bibit syak waangka terhadap suami sedangkan si isteri tidak mahu jadi begitu. Jangan mencetus sesuatu yang kecil sehingga ia melarat di kemudiannya.

Begitu juga dengan isteri. Janganlah buat sepertinya kepada suami. Hormati dia sebagai suami seperti mana kita hormat dan patuh kepada ibu bapa kita selagi tidak menyalahi syarak.

Sebagai ibu bapa, kita juga harus hormati anak-anak dan luangkan masa selagi ade peluang untuk bersama. Jangan persiakan amanah Allah buat kita sehingga Allah murka dan mengambil semula permata hati kita.

Bersama-sama kita hayati, renungi dan insafi kesalahan diri. Mohon maaf kepada yang telah tersinggung hati dan perasaan. Moga ada sedikit ruang kemaafan di hati mu untukku semoga aku aman nanti di persemadian.

Wallahua'lam
.

No comments:

Post a Comment