IsI dan KuLiT
Apapun di dalam dunia ini, dan kehidupan kita, ianya ibarat isi dan kulit di mana saling memerlukan. Jadilah seperti kulit yang melindungi sang isi yang baik, manis, cantik dan sang isi yang menggembirakan semua orang......
nuffnang_bid = "d34a8b3c94a92a06d463ba2a147a532c";
Monday, October 11, 2010
Maher Zain - Baraka_Allahu_Lakuma with Lyrics
SEKADAR HANTARAN, HIASAN, ATAU.............
Kepade mreke2 yg nk menghantar dan menerime hantaran...pk2n
“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil...
“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.
Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.
“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.
“Ala, awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.
“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.
“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..
“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.
“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.
“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.
“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.
“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.
“Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.
“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.
“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.
Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.
Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.
“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.
Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.
“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.
“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.
“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.
Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.
“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.
“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi. Surah Ar Rad
Surah Ar Ra'd
“ Apa benda nih ” detik hati Nabil.
“ Bismillahirrahmaani rrahim.. ALL..MAA.. RIII..!! ” berlagu Nabil.
Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.
“ Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A ’ uzubillahiminnassya itaanirra jim.. Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.. ” kedengar suara gemersik Ustaz Sa ’ ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.
Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.
“ Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim ” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa ’ ad.
“ Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.. ” penutup Ustaz Sa ’ ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.
Hari semakin cepat berlalu..
Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.
Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa ’ ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil. read dis.. Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud and the chest of the deceased.
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.
Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'
Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an, which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will have no grief.'
Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'
When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.
Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement, before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:
'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.
'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'
Wednesday, October 6, 2010
FITNESS TRAINING 1ST PHASE
25 JANUARI 2010; ISNIN
Sesi perkenalan bersama player thn lepas dan yang baru. Kemudian, memanaskan badan. Diikuti dengan latihan secara ringan utk lembutkan otot2 dan urat2 yg dah cramp entah berapa bulan cuti sekolah lama sangat. Makan tidur makan tidur je kojer nyer.
26 JANUARI 2010; SELASA
Training lagi utk menguji sejauh mana tahap permainan player yang sedia ade ni sebelum nih. Aduhaiiii...main belasah jer....ada kederat, rasa nak smash dia smash, rasa nak back hand dia back hand....senang citer main ikut suka je lah......takde teknik dan tkde strategi. Janji boleh pegang reket, boleh serve bola, boleh pukul bola. Ada tu, pegang reket pon salah. (tak per lah dik...belajar...)
27 JANUARI 2010; RABU
Berlatih seperti biasa bermula dengan memanaskan badan, pukulan ringan2 dan seterusnya membuat larian utk membina semula stamina. Pukul 4pm plak aku ada janji dengan coach. Diorg tk dpt nak datang ke dewan sekolah atas sebab2 tertentu. Jumpa diorg pon sebab coach nak bagi a few tips of coaching. Aku sendiri pun penat sebab awal2 tahun penat dengan registration yang tak putus2 dan nak susun semula struktur ngajar. Mana dengan RPT, RPH......huhhhhhh.......Tapi aku gagahkan jugak diri aku ni demi pemain2 harapan sekolah nih.
28 JANUARI 2010;KHAMIS
Fitness training as usual. Then, sejam untuk teori.

GURU PENASIHAT KELAB BADMINTON MAM 2010
Tahun ni, tanpa aku sangka2 entah macam mana aku telah diamanahkan untuk menjadi penasihat kelab badminton sekolah. Perghhhh.....Memula tu sengal jugak kepala aku. Ade ke tidak.....dah berapa tahun aku tak pegang racquet....tiba2 jadi penasihat. Last aku main pun tahun 2008 selepas lahirkan Busyra. Tu pun kalah sebab baru pas operation and tkde latihan langsung.
Early January, entah mcm mana takdirnya, aku diperkenalkan dengan coach badminton. Well-trained coach from BAM. Abang Aji aku ler yang rekomen. Kawan dia katanya. Then, seperti waktu dan hari yang dipersetujui mereka dtg sekolah utk bersua muka dan tentukan terus tentukan jadual latihan. Memula aku mmg tension sebab dh la tk pernah amik tahu hal ehwal perjalanan kelab permainan nih...tup tup jadi penasihat. Aku la pengurus dan aku jugaklah yg nnt jd coach. Alahaiiii....tp sebab aku dah mmg minat dengan permainan ni aku ikut jer. Apa2hal blkg citer. Bila dia dok sebut pasal coaching fees aku dah berasap. Well-trained coach mestilah mahal. sejam dah berapa. Sengal lagi kepala aku.
Dipendekkan cerita, pada 23 JANUARI 2010, bermulalah latihan kecerdasan di dewan RPA 1 KK. Drp pagi sampai tghari. Bengkok budak2 aku. Baru diorg tau cner kene train. Selepas tu, on 25 JANUARY 2010 aku meeting dengan PK KOKO ttg jadual latihan kecerdasan ni. Dia semedang ok jer. So aku pun menetapkan training 3.30pm~5.30pm from basic sampai lah yg intermediate. Tak sampai advance pon sebab budak2 tu lemah kepala lutut. Hehehehehe........

Tuesday, October 5, 2010
Semput datang lagi...(nyanyi mcm Dina Malaysian IDOL)
Huhhhhh!!!!!Hari ni punyelah aku bersemangat nak dtg ke sekolah sempena meraikan dan memberikan semangat kpd pelajar2 yg akan menduduki PMR esok (Selasa; 5 Oktober 2010). Bersemangat juga mengenakan baju kurung pemberian pelajar tingkatan 5 sempena hari jadi ku tahun ini.
Lepas perhimpunan mingguan, aku bercadang nak pergi breafast tp sbb masih belum pukul 8am, aku naik staff room dulu. Buat kerja gitu gini, 8.40am aku masuk ke kelas buat kali yang terakkhir dengan 3C. Deme ada yang tidur tp aku tak mahu lah nak marah2 deme di saat2 stress gini. aku biarkan sahaja tp bg mereka yang belajar aku mengalu2kan kehadiran mereka utk bertanya.
Selepas kelas habis, ada 2 masa jerk hari nih, aku pon turun ke kantin. Alas perut jerk sebab kalau nk makan yg berat2 mmg tak lalu disebabkan belum tidur lagi. Selesai mkn, aku pun mencari "buah hati" SMA MAM....sapa lagi kalau bukan Ustaz yang comel lote tuh...ni hah!!! Ustaz Megat. Aku pun menyusuri koridor pejabat, lalu terserempak dengan dia di hujung koridor dekat gents. Aku pon mintk kebenaran dia utk ke klinik kesihatan terdekat. Sepanjang tahun ni aku kerap kali sakit boleh dikatan setiap bulan PASTI aku akan MC. Yang paling ketara ialah........S.E.M.P.U.T!!! Sejak ngandungkan 'Ilmee, semasa mengandung, selepas bersalin dan sehinggalah ke saat ini, aku kerap semput, sampai sakit2 dada sukar nak bernafas. Hanya org yg pernah merasai asthma kronik shj yg tau bagaimana rasanya semput nih. Dah kira macam nak mati. Baring tak boleh, ngiring tak boleh, terlentang lagi le tak boleh. Terpaksa duduk dengan keadaan telangkup. Pastu nafas akan berbunyi (whizzing). Ini disebabkan bronkiol mengecut. (nnt kita cerita dengan lebih detail dlm page yg lain ok!)
Sampai kat klinik, mcm biasalah klinik kerajaan nih, beratur, amik nombor, tunggu giliran. Sampai giliran aku pun masuk jumpa MA (medical assistant). Kat cni seme MA yg handle kecuali emergency barulah nmpk muka doktor. Pas dia dh tanya itu ini, check oxygen, dengar nafas, then dia suruh sedut. Sedut means kene nebulizer la tuh. Apa bende nebulizer???? Nebulizer tu ni hah bendanya.
Lebih kurang setengah jam menyedut gas tu sampai gas tu habih, aku pun masuk balik bilik MA tu then tanya lagi lebih kurang, dia pon bg resit/ prescription ke hapa gitu, utk amik ubat kat kaunter. Then aku pun balik semula ke sekolah. Pas mkn ubat, kepala pon rasa ting tong la..........zzzzzzzzzzzzzz
Lepas perhimpunan mingguan, aku bercadang nak pergi breafast tp sbb masih belum pukul 8am, aku naik staff room dulu. Buat kerja gitu gini, 8.40am aku masuk ke kelas buat kali yang terakkhir dengan 3C. Deme ada yang tidur tp aku tak mahu lah nak marah2 deme di saat2 stress gini. aku biarkan sahaja tp bg mereka yang belajar aku mengalu2kan kehadiran mereka utk bertanya.
| Hj Megat Radzuan |
| Nebulizer |
"AKU" sedang menyedut gas
|
Lebih kurang setengah jam menyedut gas tu sampai gas tu habih, aku pun masuk balik bilik MA tu then tanya lagi lebih kurang, dia pon bg resit/ prescription ke hapa gitu, utk amik ubat kat kaunter. Then aku pun balik semula ke sekolah. Pas mkn ubat, kepala pon rasa ting tong la..........zzzzzzzzzzzzzz
Monday, October 4, 2010
Drama tangis tradisi peksa............
Esok budak2 dah PMR (5 Oktober 2010, Selasa). Tapi aku tengok deme tu langsung macam tak kesah. Siap boleh tidur lagi dalam kelas hari ni. Bila ditanya tidur pukul berapa, kata deme tidur pukul 12 bangun kul 4 pagi. Aku yang tak tidur2 lagi nih tegak lagi ke hulu ke hilir. Haiiiiii.............[sigh@mengeluh!!!]
Pukul 11.30am semua guru2 tingkatan 3 diarahkan turun ke dewan besar utk taklimat akhir kepada pelajar2. Bermula dengan bacaan doa oleh pelajar lelaki, kemudian disusuli dengan ucapan, amanat daripada Pengetua kesayangan MAM, Ustaz Megat. Kemudian, nasihat serta peringatan daripada PKHEM Puan Nik Khairiah dan PK KOKO Encik Azmi bin Sukirman, diikuti dengan guru2 lelaki dan perempuan. Masing2 bersemangat memberikan nasihat, kata2 perangsang (walaupun dlm hati cikgu2 cikgi2 nih berdebar mcm nak meletup dada sebab risaukan prestasi budak2 nih!)
Lepas sorang2 memberikan ucapan. Tiba giliran aku, aku berdebar. Terasa bahang jer tiba2 drp atas kepala sampai ke telinga. Apa yg dah di draf dlm kepala otak dah jd lain(tp tk tersasar lg drp agenda utama). Aku dengan tenang memberikan kata2 perangsang, memberi ingat kepada yg terlupa, dan sentiasa ingatkan diri aku jua ttg kewujudan Allah. Allah lah yg menentukan segala2nya. As usual daripada zaman aku sekolah dulu pon time cengginilah nak mintak ampun dan maaf sesama. Kadang2 dlm memberikan ilmu ade kesilapan, kesalahan dan kekhilafan yang tak dapat dielakkan dan tk sedar mungkin sebab dek marah, merajuk, terasa hati dan over confident. Aku halalkan segalanya dunia akhirat dan ku harapkan jua mereka jua tk simpan yg buruk2 dlm hati mereka ketika kenangan belajar bersama aku. Sebagai seorang BONDA, guru dan orang yang lebih dewasa drp mereka, aku tk perlu nak pendam rasa atau berdendam dengan budak2 tuh. Happy happy jer. Macam laaku tak penah muda dan melalui zaman mereka.
PArt yang dinantikan pon tiba. Jeng! Jeng! Jengggg! Apakah agaknya??? Cuba kome teka???? Hehehehehe.....Apakah tradisi peksa yg selalu terjadi di sekolah2 agama???? Hahahahah......Ingat raya je ke yang ade tradisi? Peksa pon ade tradisi tau!!!
Ni lah diaaa!!!! Sesi nangis2 dan salam2 dengan cikgu2...Tengok jangan tak tangok!!!!!
Entah kenapa thn ni aku berjaya menahan air mataku drp terhambur keluar. alhamdulillah. Tahun ni aku lebih redha agaknya. Aku pun tk berapa nak emo sangat dengan deme thn nih. Kepada semua anak2anda BonDa, BonDa halalkan segalanya dunia akhirat dan semoga kalian tenang menghadapi peperiksaan sehingga ke akhirnya. Jaga kesihatan dan peliharalah maruah diri dan IsLam.
Wallahua'lam.......
Pukul 11.30am semua guru2 tingkatan 3 diarahkan turun ke dewan besar utk taklimat akhir kepada pelajar2. Bermula dengan bacaan doa oleh pelajar lelaki, kemudian disusuli dengan ucapan, amanat daripada Pengetua kesayangan MAM, Ustaz Megat. Kemudian, nasihat serta peringatan daripada PKHEM Puan Nik Khairiah dan PK KOKO Encik Azmi bin Sukirman, diikuti dengan guru2 lelaki dan perempuan. Masing2 bersemangat memberikan nasihat, kata2 perangsang (walaupun dlm hati cikgu2 cikgi2 nih berdebar mcm nak meletup dada sebab risaukan prestasi budak2 nih!)
| Pelajar2 duduk mengikut angka giliran... |
| Pelajar2 khusyuk mendengar ucapan drp guru |
| Sesi taklimat akhir PMR |
| Antara guru yg menghadirkan diri ke dewan besar..cikgu BM, sains, sejarah, KHB, PAI |
| teacher @ madam, mua'llimah |
| Ustaz Naushad sdg mberikan nasihat |
| Dari kiri: PKHEM, Pengetua, PK KOKO |
| "AKU" yang berucap..... |
PArt yang dinantikan pon tiba. Jeng! Jeng! Jengggg! Apakah agaknya??? Cuba kome teka???? Hehehehehe.....Apakah tradisi peksa yg selalu terjadi di sekolah2 agama???? Hahahahah......Ingat raya je ke yang ade tradisi? Peksa pon ade tradisi tau!!!
Ni lah diaaa!!!! Sesi nangis2 dan salam2 dengan cikgu2...Tengok jangan tak tangok!!!!!
| "Salam, mintak ampun, doakan kejayaan kami cikgu,"antara dialog pelajar. |
| Bersalaman dan memohon kemaafan sesama rakan pula... |
| As usual...pasti ada yang meleleah...baik guru baik pelajar....sama jerk |
| Sesi bersalaman dan minta maaf kepada guru2 |
Entah kenapa thn ni aku berjaya menahan air mataku drp terhambur keluar. alhamdulillah. Tahun ni aku lebih redha agaknya. Aku pun tk berapa nak emo sangat dengan deme thn nih. Kepada semua anak2anda BonDa, BonDa halalkan segalanya dunia akhirat dan semoga kalian tenang menghadapi peperiksaan sehingga ke akhirnya. Jaga kesihatan dan peliharalah maruah diri dan IsLam.
Wallahua'lam.......
KOMUTER
Masa time raya, 16 September 2010, Khamis Busyra beriya-iya sangat nak naik ketapi katanya. Aku pun puas pikir punyer pikir dan timbang itu ini, akhirnya aku setuju nak bawak dia naik ketapi. Lagi pun aku sendiri since stay in Perak dah tk naik tren nih. Almost 4 years...quite some times jugak la kan? I was decided to take the train from Klang station and off to Pelabuhan Klang. Aku pikir sebab budak2 nih bukan boleh jalan jauh dengan public transport just like my nephew. Dulu drp Klang ke Seremban last last trip tu jadi tak best sebab dia menjerit dlm tren. So this time aku just amik short distance jer. My daughter happy and satisfied, aku pon tk penat. Aku suruh mak tunggu aku kat pelabuhan Klang. Rupanya dalam tren skrg ni ada bnyk info. Macam kempen dlm tv yg suruh membaca. Tapi yang menarik perhatian aku ialah.......................gambar di bawah ini.
Ini baru betul....dan memang best serta selesa........Takdelah nak berlaga dengan lelaki-lelaki yang suka mengambil kesempatan atau pun aku terpaksa mengadap dengan aksi-aksi couple2 yang memang takde segan silu langsung di depan khalayak ramai. ikut suka dia jer nak beromen dlm tren. Eventhough masih lagi kedengaran ade lelaki yang duduk dlm koc wanita tp dalam keadaan terkawal. Baguslah kerana KTMB perihatin dengan keselesaan dan keselamatan wanita.
| "Koc wanita..." |
Akhirnya..........aku dan Busyra sampai ke destinasi terakhir di Pelabuhan Klang. She was so satisfied. Next time, kita naik GBS pulak!!!!(Geng bas sekolah.....semua bas Busyra sebut GENG BAS SEKOLAH...)
Subscribe to:
Posts (Atom)